CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 29, 2012

Kesakitan Itu akan HILANG bersama sebuah MEMORI

Bila engkau letih dan hilang semangat
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka
Allah telah mengira titis air matamu

Bila engkau merasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
Allah tetap bersamamu
Bila engkau kebuntuan akal
maka Allah adalah penunjuk jalan
apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah
~Facebook~

Tiada duka yang pernah abadi
Sampai satu saat duka itu akan berlalu pergi bersama sebuah memori

Percayalah

Rasa kesakitan itu akan menghakis sebuah memori
Membuat kita makin lupa dari hari ke hari
Kerana sebuah keazaman bersama doa yang dipanjatkan
Dan kerana titisan air mata keikhlasan agar dihilangkan kesakitan

Dan percayalah Allah itu sangat sayang pada kita
Dia akan beri apa yang kita minta
kerana air mata keikhlasan yang kita tumpahkan
kerana keazaman yang sepenuh hati
meminta kepadaNya
Dan kerana Dialah Tuhan yang maha mengasihani

Ya Dia telah beri
Dan yakinlah Dia akan beri
Cuma masih teguhkah keimanan ini disaat hati hanya disalut gembira?

Masih teguhkah hati ini mengingatiNya disaat duka berlalu pergi

Benarlah ujian yang susah itu adalah ujian disaat senang
Membuat kita sering lupa

Muslimah sekalian,
Pernah kita terfikir mengapa ALlah beri kesedihan ini pada kita
Kerana hanya dengan cara ini saja membuat kita lebih mengingatiNya
Dia beri kita ujian ini kerana kita orang yang mampu untuk melaluinya

Dia ingin beri kita peluang untuk mendekatiNya
Dia ingin beri kita peluang untuk menebus dosa-dosa kita
Dia rindukan hambanya
Dia ingin berikan kita syurga

Cuma kita yang tidak menyedarinya 

Wahai wanita jika anda adalah insan yang dipilih untuk bersedih
gunakanlah masa ini sebaiknya beribadah
menangis padaNya
meminta agar hidayah itu berkekalan dihatimu
kerana kamu mungkin tidak akan tahu
saat ujian ini berakhir
mungkinkah hati dan iman mu masih dapat teguh seperti di kala waktu itu.

saya bukan wanita yang solehah
ya saya memang bukan
tapi saya wanita yang cuba mensolehkan diri

saya wanita yang cuba memuhasabahkan diri
melalui tulisan sendiri
disaat saya mula lupa

saya menulis walau saya bukan seorang daie mahupun ustazah
saya cuma wanita biasa
cuma satu yang saya harapkan
jika satu saat saya pergi
saya masih dapat memberi
satu bahagian dari diri dan hidup saya
untuk dijadikan pedoman dan iktibar pada insan lain
dan mengharapkan pahala yang berterusan
yang dapat di salurkan
bagi membantu saya diakhirat sana

Wallahualam

Monday, October 1, 2012

Quotes That Build My Strength =)

Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..
Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan


Al-Imtiyaz
(Facebook)

'Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya.''
(Imam As Syafie)


Perempuan y suci adlh
perempuan y dijaga oleh ALLAH,
tdk sedikit pun ALLAH m'bnrkn mn2 lelaki m'yentuh dirinya wlaupun hatinya...
Krn ALLAH tramt mencintainya...
Tetpi andai kita brgelumng dgn cinta lelaki,
Di mana ALLAH utk m'jaga kita?
ALLAH sprti mlepskan kita kepada seorang manusia y lebih banyak mengecewakan kita"
"Jika ALLAH dtgkn kesedaran dalam diri supaya m'ninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali utk dijagaNYA.
Mengapa masih ragu2?"
"kekuatan usah di tunggu tapi harus di cari"
Hargailah di atas kesempatan y ALLAH berikan...
 


Al-Imtiyaz
(Facebook)

"... Ketika kamu MENCINTAI orang yang mampu MENGUBAH KAMU UNTUK KEBAIKAN, cintailah dia. Ketika dia MENOLAK CINTAMU, lepaskanlah dia, akan tetapi KEKALKANLAH KEBAIKAN, agar ALLAH mempertemukan orang yang LEBIH BAIK BUATMU ..."

Al-Imtiyaz
(Facebook)

Apabila Kita REDHA Pd
Sesuatu Yg Mengecewakan
HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan
Kekecewaan Itu Dgn Sesuatu Yg Tidak DiSangka..

Hadiah x Semestinya Berbungkus Dgn BAHAGIA,
Kadang-kadang ia berbungkus
dgn UJIAN, tetapi di dalamnya
ada BARAKAH...


Al-Imtiyaz
(Facebook)

Terima kasih ukhti untuk peringatan ini =)

Allah yaftah aleik (Semoga Allah membuka pintu kebaikan buatmu ukhti =)
 
 

Jodoh dari Allah itu...

''Apakah perkara yang paling jauh daripada manusia?''
Masa lalu
"Dan yang paling dekat dengannya?"
Mati

-Imam Al-Ghazali-

Lewat petang tadi seorang dari sahabat menceritakan pada saya tentang masalahnya.Seperti yang diduga pastinya berkaitan hati dan perasaan.Dan sebagai seorang sahabat saya hanya dapat memberi sokongan dan nasihat yang berupa pandangan yang pastinya dapat mengingati dan mendidik hati ini juga.

"Kami salu bergaduh.Boleh kata tiap hari tapi kemudian kami baik balik.Mungkin dia jodoh saya kan.Sebab mcmmana kami bergaduh pun kami tetap baik semula" kata sahabat saya.

Mungkin kami punyai pandangan yang berbeza.Kerana pengalaman telah mematangkan hati dan pemikiran saya.

"Tapi mungkin juga tanda peringatan dari Allah yang dia mungkin bukan jodoh awak kan.Awak tak rasa begitu?? "kata saya.

Terkadang kita terlalu taksub dengan cinta hingga dibutakan mata dan hati.Hinggakan walau bergaduh saban hari pun kita masih merasakan dia jodoh kita.Lupakah kita dimana letaknya ketenangan sebuah hubungan jika setiap hari hidup kita berlinangan air mata.

Bukankah sudah jelas ia tanda peringatan dari Allah akan hubungan yang tidak diberkatinya ini.

Jodoh dari ALLAH itu tidak mungkin akan serumit ini.Tidak mungkin akan memberikan kelukaan dan tangisan yang berpanjangan.

Tetapi ketenangan hati apabila melihat dia.Lebih mencintai ALLAH apabila mencintai dia.Mengingatkan kita lebih pada ALLAH jika kita mengingati dia.Dan dapat memimpin kita ke syurga apabila bersama dia.

Bukan dengan sebuah tangisan yang sia-sia.

Muslimah sekalian,

Percayalah dengan janji ALLAH

Jika kita menjaga ALLAH,insyaallah ALLAH juga akan menjaga kita.

Jodoh bukan ditangan kita.
Maka berdoalah
Istikharahlah

Kata teman saya,

"Abis awak nak suruh saya clash ke??.Awak senangla sebab awak bukan lg dijalan ini.Kalau saya jadi awak,andai saya diberi peluang jadi mcm awk saya akan pilih jalan awak pilih skrg.sy akan dekatkan diri dgn DIA.sb tu je pilihan yg sy ada."

Sahabat

Kerana saya tak mahu awak jadi seperti sayalah,saya akan terus nasihat dan terus nasihat.
Kerana
awak takkan mengerti betapa perit jalan yang saya lalui.
jika pilihan tu ditangan awak mengapa awak perlu pilih jalan yang sukar untuk melaluinya??
jika awak sudah ada contoh di depan mata mengapa awak tidak mahu memanfaatkannya.

dan dari pihak saya

Seandainya dahulu saya punyai teman yang dapat menyedarkan saya
Seandainya dahulu saya punyai contoh didepan mata

Terkadang pernah saya berfikir alangkah baiknya jika saya dilahirkan dgn latar blakang yang kuat agamanya
Alangkah bertuahnya saya jika saya di sekolahkan disekolah agama menjadi tahfizah
Saya mahu hidup yang diberkatiNya

Cuma terkadang persekitaran yang tidak membantu
Kawan-kawan yang tidak membantu

Ketenangan yang saya peroleh hanya saat di uia
Dan pabila memikirkan ini semester yang terakhir
Membuat saya takut

Terkadang saya lupa
Pabila saya di persekitaran yang lama

Mungkin mereka fikir dengan membawa saya bejalan
Bergelak ketawa
Maka saya akan bergembira
Tapi ia sementara
Saat balik entah mengapa
hati ini rasa sunyi dan sedih sahaja
Sedikit pun ia tidak memberi kegembiraan pada saya
Malah membuat saya makin lemah

Kamu dan saya tidak sama
Mungkin ini hidayah ALLAH untuk saya
Bukan saya tidak mahu menghargai kawan
Cuma saya tak tahu mengapa
Saya gagal mencari ketenangan dalam persahabatan ini

Ketenangan dan kekuatan yang saya dapat
hanyalah kata nasihat dari seorang sahabat
yang mengingatkan saya pada Allah
dan
membuat saya menangis mengadu padaNya

Tujuan hidup saya bukan lagi enjoy semata
saya tahu kamu sahabat yang baik
Kamu mahu saya move on
Kamu mahu saya mencari yang lain

Cuma mungkin cara kita tidak lagi sama
Hati saya gagal untuk bercinta lagi
Walau macam mana yang saya cuba

Jadi tidakkah kamu terfikir
yang mungkin Dia inginkan saya mencintaiNya
sebelum menyintai insan yang turut mencintaiNya?


Wallahualam






 

  



Sunday, September 23, 2012

Isteri Yang Diuji

Seorang Isteri yang Diuji

Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat juga tetapi segala-galanya disuarakan begitu teratur.
“Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami,” luahnya perlahan.
“Sudah lama?”
“Baru sahaja… Sejak dua bulan yang lalu,” katanya.
“Puan rasa kecewa, marah?”
“Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-galanya dengan baik.”
“Jadi apa masalahnya?” tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.
“Masalahnya ialah ibu-bapa saya dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak.”
“Puan bertindak?”
“Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah.”
“Alhamdulillah, kalau begitu… Jadi, apa masalahnya lagi?”
“Bila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersyubahat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah menziarahi tidak semeriah dulu lagi. Saya sedih diperlakukan begini.”
Saya diam. InsyaAllah itu akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah… kekadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin ‘didengari’. Teringat apa yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, manusia peru didengar luahan dan rintihannya sama seperti mereka perlukan makanan.
“Puan, kunci keharmonian dalam poligami ini, insya-Allah, terletak di tangan puan dan suami, bukan di tangan ibu-bapa puan, ibu-bapa suami, apalagi oleh ipar-duai puan,” akhirnya saya bersuara. Perlahan-lahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.
Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan,”Jika puan tabah, tenang dan kelihatan ‘steady’, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan ‘bising’ seketika sahaja. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa rasa puan berpoligami?”
“Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya,” ujarnya.
Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah ‘rezeki’. Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-galanya dengan tabah sejak awal lagi.
“Apa yang mendorong puan bertindak begitu?” tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.
“Ustaz, suami saya baik. Bertanggung jawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggung jawab dengan baik terhadap dua orang wanita.”
Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar… Ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isteri sendiri.
“Sejak awal lagi rumah tangga kami dibena atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istiharah dia. Sebelas tahun berlalu, telah bermacam-macam-macam ujian kami lalui. Istikharah itu pun diujikan? Begitu yang saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah itu pun perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang… ujian poligami.”
“Puan tidak rasa dieksploitasi?”
“Oh, tidak, “jawabnya dengan tegas, ” tidak sekali-kali ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri…”
“Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama dengan suaminya,” pintas saya.
“Mengapa ibu-bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya yang menanggung segala-galanya?” Dia kembali kepada permasalahan asalnya.
“Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepsi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami itu adalah satu perkongsian dan pembelaan.”
“Mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini,” balasnya.
“Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit penceraian terjadi… apakah penyebabnya poligami?”
“Masyarakat kita hanya mengikut sentimen. Bukan berdasarkan ilmu dan fakta, ustaz.”
“Saya tidak nafikan, ada juga yang lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba,  dan sebab-sebab lain yang tidak syar’ie. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka  tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!”
“Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibu-bapa, mertua dan ipar-duai saya?”
“Selagi puan tabah, selagi suami puan berlaku adil dan bijak mengemudikan rumah tangga, insyaAllah semuanya akan reda dengan sendirinya.”
“Sunyi juga. Terasa kehilangan.”
“Inilah hikmah besar poligami puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan untuk akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!”
“Saya akan kehilangan cinta suami?”
“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”
“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah!”
Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al Quran dan Al Hadis. Atau oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan… Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu ditempa oleh derita!
“Kekadang datang juga rasa cemburu… bagaimana?” kembali suara itu mengocak lamunan saya.
“Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?”
“Begitulah ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat, membaca Quran,  dan buku-buku yang tangguhkan membacanya sejak dulu.”
“Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri,” dorong saya.
“Seperti mana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji,” ujar saya perlahan.
“InsyaAllah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz pesankan… jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?

 Hidup itu satu ujian

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”
Saudara/i, pembaca… maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘menguruskan’ diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.
Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman…

p/s: Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah diatas.Adakah iman kita mampu menyamai wanita ini?.Bersamalah kita bermuhasabah diri.Hidup ini tidak akan pernah sempurna kerana hidup ini adalah satu ujian yang perlu kita tempuh demi menentukan siapa dan dimana kita di akhirat sana.Dan beruntunglah pada barangsiapa yang bersabar dan kuat pergantungganNya kepada Allah.

Wallahualam


Sumber: iluvislam.com

Sunday, September 16, 2012

Menjadi Wanita Bahagia:Carilah redha kedua ibu bapa


Kadang-kadang kita sibuk meminta maaf pada orang lain
walau kita tidak pasti apa kesalahan kita

Terkadang kita terlalu leka menjaga perasaan orang lain
sedangkan dia tidak pernah kisah tentang kita

Terkadang juga kita telalu asyik bercerita tentang orang lain
menjadikan dia terlalu penting dalam hidup kita

Terkadang doa kita sentiasa untuk orang lain walau kita mungkin tidak pernah ada dalam
doa-doa dia

Terkadang kita sentiasa memberi yang terbaik walau mungkin hati kita yang terluka

Dan kadang-kadang juga kita terlalu sibuk untuk memaafkan orang lain walau mungkin dia tidak pernah
ingin untuk dimaafkan

Tapi kita sering lupa perkara utama yang perlu kita lakukan

Menjaga hati seorang ibu dan ayah

Dalam saya tidak sedar saya masih seorang  manusia yang ego
Pada orang lain terlalu mudah ungkapan maaf itu saya ungkapkan
Terlalu mudah kemaafan itu saya berikan
Pada orang yang tidak pernah berjasa apa2 pun pada saya
Tapi pada seorang yang bergelar ibu dan ayah pada saya mengapa saya perlu memikir 2 kali untuk meminta maaf.

Saat tangan mak saya kucup untuk pohon kemaafan air mata seakan ingin menitis
"Maafkan Nur sebab ego dengan ibu.Nur nak hidup dalam redha ibu."

Dan seorang ibu itu akan dengan mudah nya memaafkan
"Tak de dosa nur pun.Ibu tak pernah simpan pun dalam hati"

Hari ini saya ingin ajar diri saya
Saya ingin ajar hati ini
Untuk belajar supaya tidak pernah lagi malu dan rasa ego
untuk meminta maaf pada insan yang bergelar ibu dan ayah
Kerana

Saya ingin hidup dalam redha Allah.Dan SEBAB itu saya ingin hidup dalam redha kedua ibu bapa saya.

Sebesar mana kesalahan orang tua kita pada kita tidak akan pernah dapat menandingi jasa mereka yang membesarkan kita.
Tidak pernah dapat kita bayar jasa mereka memberikan makan dan pakaian kita
Dan sebagai anak apa yang kita mampu adalah memberikan doa yang terbaik kepada mereka

Ya semua manusia inginkan sebuah keluarga yang sempurna
Dan ada juga insan2 yang diluar sana yang mungkin tidak bernasib baik
Yang mempunyai masalah-masalah keluarga
Yang rata-ratanya saya baca melalui penulisan mereka di blog-blog

Jika ditakdirkan kamu dikurniakan dengan ibu bapa yang sebegitu
Bersyukurlah kerana kamu mungkin tidak akan mengetahui betapa banyak pahala yang akan kamu
perolehi jika kamu dikalangan orang yang bersabar.
Bersyukurlah walau dengan keadaan begitu kamu masih dibesarkan dengan baik
Bersangka baiklah dengan ibu bapa
Dan dengan cara itulah kamu akan hidup dengan keadaan yang diberkati Allah

Ingatlah tiada manusia yang hidupnya sempurna.Disaat Allah memberikan kelebihan pada sesuatu Dia mungkin akan menarik sesuatu yang lain dari kita.Disaat kamu mungkin lihat dia bahagia dengan sesuatu kamu mungkin tidak tahu perkara lain yang ditangisinya.

Pilihan ditangan kita.Untuk mengatasinya dengan cara yang diredhai Allah atau sebaliknya.

Ingatlah jika kita hanya baik dipandangan orang lain.Kita meminta maaf demi menjaga hubungan dengan orang lain tetapi hubungan dengan ibu bapa kita tidak perlihara hidup kita tidak pernah akan tenang.

Kerana ibu bapa adalah orang yang ketiga terpenting selepas Allah dan rasul.Lihatlah betapa tinggi martabat  mereka yang Allah letakkan.

Semoga kita sentiasa mencari redha ALLAH dengan menjaga redha ibu bapa kepada kita.


Wallahualam  


Wednesday, September 5, 2012

MENJADI WANITA BAHAGIA: Dalam Sedar Kita Perlu Percaya



Dalam hidup ini tahu sahaja tidak cukup
tapi dalam kita menyedarinya kita perlu percaya

~ Nur ~

Seringkali tatkala dilanda kesedihan mahupun ujian kita sering bertanya
"Mengapa aku yang ditimpakan dengan rasa yang sebegini?Mengapa bukan orang lain?"

Kita lupa bahawa kita adalah hambaNya.Apakah hak yang kita ada untuk menyoal Dia?.

Tahukah muslimah, mungkin kerana ketidaksyukuran inilah yang banyak membuat kaum kita menjadi seperti ini.Kerana kita lupa dengan nikmat lain yang telah diberi olehNya.

Ya dugaan itu memang menyakitkan.Tapi mengapa kita diduga.Kerana tanpa dugaan kita lupa pada Dia.

Muslimah sekalian,

Dugaan itu adalah tanda cinta Allah pada hambaNya.Tanda kerinduan Dia untuk mendengar esak tangis kita merayu padaNya.Dan sebagai cara untuk menghapuskan dosa-dosa.

Terkadang saya sering bertanya pada diri.Persoalan demi persoalan saya cuba rungkaikan demi sebuah jawapan.Kadang-kadang kita amat pasti dan kita tahu apa yang terbaik.Jawapan sudah jelas terbentang di depan mata.Walau sedalam mana dinilai,walau dari sudut mana pun yang diukur, keburukan masih mengatasi kebaikan.

Tetapi hati masih mengatasi akal.Dan jawapannya adalah kerana untuk tahu dan sedar sahaja memang tidak akan mencukupi tapi dalam kita sedari kita perlu percaya.

Kita perlu percaya dengan sepercayanya bahawa apa yang ditentukan Allah dan ujian yang diberinya bukan untuk menyakitkan kita sahaja.Tetapi kerana dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.Mungkin kerana pergantungan kita pada Allah terlalu lemah membuat kita sering risau dan takut akan perkara yang kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.

Jika kita percaya Allah akan sentiasa memberi yang terbaik maka tidak akan ada kerisauan lagi di dalam hidup ini.Jika ditimpa ujian kita redha dan jika diberi rezeki kita bersyukur.

Hidup ini adalah untuk beribadah padaNya kerana kita tidak tahu sesingkat mana masa yang kita masih ada.Semoga kita sentiasa diberkatinya dan mendapat husnul khotimah di akhir hidup kita.Insyaallah.




Wallahualam

Wednesday, August 15, 2012

Cantik Seorang Wanita Itu


Wanita itu sangat cantik
apabila dia diuji

=)


Cantik wanita itu terpamer dengan keindahan akhlak yang ada pada dirinya setelah dia diuji.
Kekuatan yang ada pada dirinya untuk sentiasa memaafkan.

Ketahuilah muslimah, 

Kamu diantara wanita yang dipilih ALLAH jika kamu diuji
Kerana ujian itu adalah anugerah dari Allah untuk menjadikan kamu wanita yang sangat cantik
Cantik yang  bukan hanya dipandang dari rupa
tapi akhlak dan hati yang sentiasa dijaga oleh Allah
Idaman setiap lelaki di dunia dan bidadara syurga.

Seringkali apabila kita ditimpa ujian kita sering menginginkan agar ujian ini segera berakhir tanpa kita
benar mengerti kemanisan yang akan kita peroleh dari ujian ini.

Ujian itu adalah nikmat wahai muslimah.

Percayalah

Jika Dulu
inilah bualan doa saya sehari-hari.
Semoga dijauhkan hati dari rasa sakit ini

Dan saya bersyukur kerna kini hati ini tidak sakit lagi

Dan Allah telah memakbulkan doa saya

Tapi tahukah muslimah mujahadah diri dimasa senang itu lagi sukar dari di masa susah

Hati ini terkadang rasa jauh dari Dia.Tidak seperti di masa susah dahulu.

Rasa takut menerjah hati.Jangan Kau berpaling dariku ya Allah.

Kini saya mula memahami
nikmat disebalik kesedihan itu
nikmat disebalik ujian itu
nikmat tangisan dan air mata menangisi padaNya
Dan
saya mula merindukan nikmat itu

Nikmat menangis setelah menunaikan solat
yang sangat sukar untuk saya lakukan kini 

Jadi muslimah sekalian

Bersyukurlah jika anda diuji.Gunakan dengan sebaiknya.Kerana saat ujian itu berakhir.Masih mampukah kita mengekalkan mujahadah kita kepadaNya tanpa leka??


Wallahualam


 




Thursday, August 2, 2012

Cinta Dalam Ibadah



Siapakah diantara manusia yang paling rugi?

Dia adalah manusia yang beribadat tanpa dapat merasa dengan menggunakan hati.

Muslimah sekalian,

Ibadat yang sempurna itu perlu dilafazkan dengan lisan,dirasa dengan hati dan dilakukan dengan perbuatan.
Seringkali kita beribadat tetapi diakhirnya kita tidak dapat merasa kemanisan iman.Kita gagal untuk mendapat ketenangan hati.Kita gagal untuk merasa menggunakan hati.

Persoalannya,cukup sempurnakah ibadah yang kita kerjakan tanpa kita dapat betul-betul mendalami rasa disebalik ibadah itu sendiri?..Persoalannya,diterimakah ibadah itu?

Perkara yang paling menakutkan saya adalah ini.Bilamana ibadah yang dilakukan itu diakhirnya menjadi sia-sia dan yang tersisa cumalah penat dan letih sahaja.Terkadang hati sering berfikir mungkin ada silap dimana-mana.

Rasa takut menguasai hati.Mungkin hati ini belum benar-benar bersih sepenuhnya.

Entah mengapa perasaan ini tidak sama dengan sebelumnya.Tidak sama dengan ramadhan yang sebelumnya.

Ya Allah jika ada salah dan silap diri ini ya Allah ampunkan lah hambamu ini yang sering terleka.

Sesungguhnya perkara yang paling ditakuti bilamana memikirkan kemungkinan ramadhan ini yang akan menjadi ramadhan yang terakhir.

Masih sempatkah kita mengejar ramadhan yang akan datang.

Jika tidak,cukupkah amalan kita selama ini untuk dibawa menghadapNya.

Ya Allah,jika aku tidak mengejar ramadhan ini maka aku termasuklah dikalangan orang yang rugi.Ya allah kurniakan rasa nikmat ibadah ke dalam hatiku.Jangan kau tarik nikmat itu.Ampunilah aku.Kerana tanpa nikmat itu aku gagal untuk merasa.Sesungguhnya Kau lah yang maha pengampun lagi maha penyayang.

Muslimah sekalian,

Beribadatlah dengan menggunakan lisan,hati dan perbuatan. dan marilah kita sama-sama berdoa agar ibadat kita sempurna dan diterima olehNya.


Ingatlah muslimah

Ramadhan itu mempunyai 3 peringkat dimana

10 hari yang pertama  Allah membuka segala pintu rahmatNya
10 hari yang kedua  Allah memberi keampunan kepada hambaNya
10 hari terakhir adalah hari untuk mencari malam lailatulqadar.

DAN


Sesungguhnya manusia itu dikalangan orang yang sangat rugi jika tidak mengejar pahala yang telah dijanjikan oleh Allah dibulan yang mulia ini.Marilah kita bersama-sama meningkatkan ibadah kita dan mendekatkan lagi diri kepada Nya.

Wallahualam





 

Tuesday, July 31, 2012

Khas Buat wanita Yang Sedang Bersedih:Wanita Dan Hidayah Dari Allah



Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa??

Fikir itu dengan menggunakan akal
dan rasa itu melalui hati

~ Nur ~

Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya??

Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut
dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.

Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.Dan kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.Kerana hati ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya.

Ketahuilah muslimah,

Hati itu pengawal keseluruhannya.Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang itu,insyaalah baiklah keseluruhannya.

Seringkali akal gagal untuk memandu hati.Kerana itu bersihkanlah hati mu.Bila marah berdoalah muga dibersihkan hatimu.Ditenangkan hatimu.Berceritalah kepadaNya.Nescaya Dia akan menghadiahkan sebuah ketenangan kepada hati milikmu.

Ingatlah muslimah sekalian,

Jika hatimu bersih insyaalah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hatimu.

Dan tahukah kamu jika terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah,ianya adalah hidayah dari Allah untukmu.Kerana rasa itu milik Allah,dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa itu kepada kita.

Cuma mungkin kita diantara sedar atau tidak dengan perkara tersebut.Dan mungkin kita yang mengeraskan hati dari menuju kepada rasa yang telah diilhamkan itu.

Wahai muslimah,

Sesungguhnya Allah sangat menyintai kaum kita.Diberinya kita dengan perasaan yang halus dan peka.Hati yang lembut dan kerana itulah kaum kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa itu.Kerana hati yang lembut dan penyayang itu sangat dicintai Allah.Maka kita harus bersyukur dengan anugerah ini.Dekatilah Dia.Luahkan kesedihan anda kepadaNya.Insyaalah satu hari anda akan bahagia..



Waalhualam
   

Saturday, July 28, 2012

Kenapa Awak Biarkan Air Mata Saya Mengalir?

Jiwa yang TERLUKA tidak seindah SENYUMAN yang terukir
 Facebook
~ taken by Nur ~

Tertarik saya dengan bait kata diatas.Ya,sebuah senyuman bukan penentu yang hati ini bahagia.Tetapi hati yang bahagia pasti akan membuat kita sentiasa tersenyum.

Saya mahukan hati yang bahagia.
Saya mahu tersenyum.
Saya mahu gembira dengan apa yang saya ada.

Dan saya gembira.

Cuma ada ketika saat hati ini terluka.
air mata seakan tidak berhenti mengalir


Rasa marah memenuhi hati.

Dan kepada Dialah
tempat saya bercerita


Dan hati ini tenang kembali

Ingin saya katakan di sini
saya ingin menjadi seperti ini

Aku tidak berharap
untuk menjadi orang terpenting dalam hidup setiap orang
Kerana 
itu merupakan permintaan yang terlalu besar untukku

Aku hanya berharap satu hari nanti
saat dia dan mereka 
melihatku
mengingatiku
Mereka akan tersenyum dan berkata
"Dialah orang yang selalu menyayangiku" 
 


saya ingin bahagia dengan hati yang terluka
untuk saya lebih memahami makna memaafkan

 Kita manusia biasa yang sentiasa diduga.Ada saat kita pasti bersedih dan terluka.Dan pilihan di tangan kita samaada untuk mengubati luka itu dengan nikmat dunia atau nikmat akhirat.Kita cuma insan biasa yang ingin menjadi lebih baik.Tetapi tidak bermakna kita tidak punyai perasaan dan rasa marah.

Ya mmg lebih mudah untuk marah dan mengatakan apa yang dirasa.Lebih mudah untuk melukakan hati orang demi untuk kepuasaan hati.Tetapi untuk diri ini memilih cara itu alhamdulillah belum terdetik lagi.Bukan kerana tidak mampu tetapi lebih kepada tidak mahu. 

Kerana, melukakan hati orang itu adalah lebih sakit dari dilukakan.
kerana dosa menganiaya orang itu hanya boleh diampunkan oleh orang yang dianiaya
kerana tidak mahu menanggung dosa orang yang dianiaya
dan
kerana satu doa yang dipanjatkan agar satu hari dibukakan pintu hatinya untuk benar-benar sedar.

Belajarlah menghormati orang lain
Belajarlah erti menjaga hati
hayati konsep islam sebenarnya
fahami apa itu ukhuwah
kerana insan yang baik itu
insan yang baik pada hatinya
meskipun pernah melakukan dosa
tapi sentiasa berjihad untuk mengubah dirinya
untuk menjadi lebih baik.

waallahualam



Tuesday, July 24, 2012

Hati Yang Terluka

Allah beri apa yang kamu PERLU..
BUKAN apa yang kamu MAHU..
Kamu amat BERHARGA..
BUKAN UNTUK DIPERSIA..


---yang diatas is taken from facebook-----

Manusia itu sama di mata ALLAH
yang membezakan cumalah iman di dada
Siapa kamu yang merasa terlalu bangga
Melukakan hati orang sewenangnya


Jika lidah kamu umpama belati
Lebih baik kamu diam tidak bersuara 
Apakah kamu fikir memaafkan itu adalah mudah?

Apa erti kemaafan itu
Jika ia masih dilakukan berkali-kali


"kalau dah mati lawat jelah"

ayat itu
umpama belati yang menghiris hati
menunjukkan
keegoaan seketul hati

mungkin ia satu persendaan dan permainan
untuk orang sepertimu

tapi aku ingin ingatkan

kesakitan aku
bukan mainan
maruah aku
bukan untuk dipersendakan
diri aku
bukan untuk
di sia-siakan

pernah kau fikir
ape yang pernah aku lalui
pernah kau fikir
walau sekali
kebaikan aku walau sedikit

jika kau benar berfikir
aku pasti
kau tidak akan melakukan aku
sebegini

dan baru kini aku benar mengerti
tiada guna bersahabat
dengan
orang yang tidak pernah
menjaga lidah dan hati

lebih baik memiliki wajah yang hodoh
dari memiliki wajah yang elok
tapi lidah yang berbisa
dan
hati yang keras umpama batu

mungkin kau lupa
hati yang keras itu
adalah hati yang jauh dari Allah

dan orang yang benar bertaubat itu
tidak mungkin akan masih memiliki
lidah yang mampu melukakan hati orang lain

Ya Allah
ampunilah aku atas ketidaksabaranku dalam ujian ini
sesungguhnya aku manusia biasa
hati ini benar-benar sakit
ampunkanlah aku ya Allah.







Wednesday, July 18, 2012

Insan Yang Terpilih


Wahai wanita,
Bergembiralah
Kerana andalah insan-insan yang terpilih

=) ~Nur ~

Pernah dulu aku sering tertanya-tanya kenapa aku ditimpakan dengan musibah ini
Tapi sekarang aku mula memahami
Dan aku yakin inilah jawapan yang aku cari

Kerana aku insan yang terpilih

Terkadang bila aku mula leka
aku merasa sesuatu di hati
pernah tak muslimah mengalaminya?

Hati terasa panas
Jiwa mula tidak tenteram
Hendak marah tanpa sebab
Kerja yang dilakukan menjadi tidak sempurna

Maka saat itu aku tahu aku sudah terleka
Maka aku muhasabah diri
Dan kembali mengingatiNya

Wahai muslimah,

Nikmat apa lagi yang kita inginkan
selain dari nikmat ini
Berapa ramai manusia yang terlalu jauh terleka
kerana tidak dikurniakan dengan nikmat seperti ini

Ketahuilah

Allah mengilhamkan hati-hati kita dengan rasa ini
agar kita sentiasa dekat denganNya


Muslimah sekalian,

Mahukah anda mengetahui mengapa nikmat ini diberikan kepada kita
Kerana ketahuilah hidayah Allah itu adalah untuk orang yang lembut hatinya
Hati yang mudah dibentuk
Hati yang mudah disaluri dengan kemanisan iman
Ya, iaitu hati kaum kita

Hidayah itu tidak mungkin akan hadir ke dalam hati insan yang keras hatinya
Kerana keegoaan hatinya adalah tanda keegoan dirinya pada Allah
Dan sesungguhnya itulah yang menjauhkan dia dari TuhanNya

Sesungguhnya Ya ALLAH
Aku benar-benar bersyukur dengan nikmat ini
Sesungguhnya aku manusia yang sering terlupa
Ingatilah aku dan janganlah Kau berpaling dariku
Lorongkanlah aku ke jalanMu
Ke jalan yang Kau sentiasa redhai.

Amin Ya Rabb

Wallahualam



Monday, July 9, 2012

Seorang yang bernama WANITA


HATI

Seorang yang bernama WANITA.

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.

Dengan kelembutan hati wanitalah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.

Muslimah sekalian,

Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya dengan cinta kepada Illahi.

Wahai wanita,

Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.

Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.


Wallahualam


Thursday, June 28, 2012

Punca Kesedihan Itu



"Masa yang lapang itu adalah punca utama kesedihan"
                                                             Quote from;
                                                                ~Nur~  =)

Saat kita di timpa kesedihan dan ujian, menangislah dan keluarkan sebanyak mana air mata yang kita mampu.
Saat kita bersedih jangan ditahan rasa sakit itu dan menangislah sepuas yang kau mahu.

Dan

Sampai satu saat yang kita merasa letih untuk terus menangis,lapkan air matamu lalu bangun dan katakan pada dirimu,cukup.
Dan lakukanlah kerja harianmu seolah-olah sebelum ini ianya tidak pernah berlaku.

Jika kita tahan rasa sakit itu ia seumpama kita mnghiris hati sendiri dengan sebilah belati.Kesakitan itu terasa didalam.
Tetapi jika kita menangis,hati kita akan merasa lega dan kerja yang kita lakukan dapat membantu dalam melenyapkan masalah itu.

Menangis itu perlu pada saat yang tertentu.Tetapi bukan berterusan.Ianya cukup untuk melenyapkan sedikit kesakitan kala itu.Tetapi jika berterusan melayan perasaan itu yang tidak betul.

Masa yang terlalu lapang akan mendekatkan kita dengan kesedihan.Dengan masa yang lapang kita punyai masa yang banyak untuk memikirkan hal-hal yang menyedihkan.

Dan hati yang bersedih itu menjauhkan diri kita dengan Tuhan yakni Allah s.w.t.  

“Barang siapa yang mengkufuri nikmat masa lapang ini dengan cara membuka pintu “hawa nafsu” terhadap dirinya; dan dia terbawa-bawa atau hanyut dalam kepimpinan syahwat dan hawa nafsu, Allah akan menciptakan “kekacauan” di dalam hatinya yang merupakan nikmat utama yang diberikan Allah dan Allah akan mencabut kebersihan dan ketenangan hati yang pernah dianugerahkan Allah ke atasnya.”


Muslimah sekalian,

Saat anda bersedih jangan dipanjangkan rasa sedih itu.Cukuplah dengan sebuah tangisan lalu kau lapkan air matamu.Berdoa setulusnya pada Allah supaya ditenangkan hatimu kala itu.Lalu bangun dan buat lah segala rutin harianmu.

Percayalah saat kau melayan rasa sedih itu,hatimu akan kosong.Fikiranmu cuma akan dipenuhi bayangan lalu.Matamu hanya penuh dengan kepiluan.Dan pipimu hanya dipenuhi dengan linangan air mata.

Dan apa yang kau akan pandang, cumalah masa depan yang kosong,Sekosong dinding putih yang kau pandang kala itu.

Apakah itu yang kita mahu?

Lupakah kita pada pemberi ketenangan.Lupakah kita ketenangan itu adalah untuk orang yang mendekatkan diri padaNya.

Lupakah kita yang Dia tidak pernah menarik sesuatu tanpa memberikan kita yang lebih baik.

Buat wanita di luar sana,


La Tahzan
Menangis tidak bererti kita lemah.
Tapi tanda indahnya ciptaan Allah pada kaum kita.
Di anugerahkan kita sebuah air mata.
Tanda kelembutan fitrah kita sebagai seorang wanita.
Lambang kekuatan dalam sebuah kelembutan.
Indahnya ciptaan itu.

Maka, gunakanlah ia di jalan yang sebetulnya =)




Wallahualam





Tuesday, June 26, 2012

Dapat kerja..Alhamdulillah =)

Currently work as secretary - at Alliance Life Insurance Malaysia

Tak sabar menanti esok..hehe
Pertama kali masuk kerja.Rasa berdebar je hati.Tak pe yang penting dapat pengalaman.
Nasib baik bos tu terima walaupun hanya kerja sementara memenuhi cuti selama tiga bulan ni.
Bos tanya juga kenapa tak nak kerja tetap terus.Insyallah kalau semua ok,environtment ok,keje pun ok boley jugak apply lepas abis belajar ni untuk sementara sebelum sambung master.

Sebenarnya tak berapa tahu sangat camne kerja secretary ni.Tapi menurut bos cuma siapkan kertas kerja,report,masuk data,kemas meja bos,susun2 kertas,so mcm tak susah sangat lah.Hope dapat wat kerja dengan baik.=)

Alhamdulillah semuga dipermudahkan semua.


Wallahualam

Monday, June 25, 2012

Sampai bila aku harus dihanyutkan dengan perasaan ini?


"Sampai bila aku harus dihanyutkan dengan perasaan ini?"

Aku sangat terpanggil untuk menjawab persoalan ini.Soalan yang aku ambil dari sebuah blog yang aku baca.Tulisan hati dari wanita sepertiku.

Dulu,persoalan inilah yang selalu bermain-main dibenakku.Sampai bila?

Dan siapa sangka hari ini,sakitnya makin hilang dari hari ke hari.Seperti yang pernah aku ceritakan pada entri yang lepas.Melupakan adalah mustahil kerana ia terlekat dihati dan fikiran kita.Tetapi redhalah dan jadikanlah kenangan itu satu memori yang terindah dalam hidup kita.

Di sini aku ceritakan serba sedikit kisah antara aku dan dia.

Perkenalan kami sejak di bangku sekolah lagi.Bermula dari sahabat baik aku mula rapat dengannya.Oleh kerana terlalu rapat bibit cinta mula terbit di hati kami dan kami mula menjalinkan cinta.7 tahun perkenalan.

Dan aku sedar kesilapan aku dulu.Seusia 16 tahun aku cumalah remaja yang diselimuti dengan manisnya cinta.Dan aku fikir dialah cinta pertama dan terakhir sekaligus lelaki yang bakal menjadi suami dan pembimbingku.

Oleh kerana terlalu lama menjalinkan cinta maka semakin sukar untukku melepaskannya pergi.Satu jawapan dariku mungkin tiada jodoh antara kami.Mungkin aku pernah terluka tapi satu aku tidak pernah menyesal dengan kenangan ini.

Kenangan ini mengajar aku untuk lebih mencintaiNya.Kenangan ini menjadikan aku wanita yang lebih tabah dan matang.Kenangan ini juga mengajar aku agar tidak melatah lagi jika satu hari aku ditimpakan dengan ujian yang sama seperti ini contohnya selepas berkahwin.

Sungguh aku tidak pernah membenci dia.Malah aku sangat berterima kasih padanya untuk memori yang indah ini.Ya, hati ini pernah terluka tapi itu tidak bermakna tiada kebaikan padanya.Mungkin situasi,keadaan dan persekitaran yang menjadikan dia begitu.Mungkin dia tidak pernah bermaksud malah mungkin kesalahan itu pun tidak dia sengajakan.

Jadi dengan tulus hati aku memaafkan dia dan mendoakan agar dia bahgia dengan jalan yang dipilihnya.

Muslimah sekalian,

Bukalah hati dan maafkanlah dengan seikhlas hati.Itulah kuncinya.Dan perlahan-lahan hatimu akan tenang.

"Ya Allah, mengapa aku harus menempuhi ujianmu dengan cara sebegini?"

Kerana inilah selemah-lemah ujian untuk kita.Kerana jika Dia memberi ujian yang lain belum tentu kita mampu untuk mengatasinya.Kerana ujian inilah yang bersesuian dengan kemampuan kita.Jadi kita harus bersyukur dengan ujian ini.

Jika hati kita belum tenang bererti belum cukup lagilah amalan kita untuk menebus dosa-dosa lalu.Belum dekat lagilah hati kita denganNya.Belum cukup lagilah doa kita padaNya.

Maka teruskan perjuanganmu muslimah sekalian untuk mendekatkan lagi diri padanNYA.Ya ianya tidak mudah.Dan tidak akan pernah mudah.Tapi percayalah ianya tidak mustahil.Melupakan memang satu perkara yang amat sukar dan hampir mustahil tapi percayalah  sakit yang terasa itu akan berkurangan.

Dan satu saat bila sakit itu benar-benar hilang,kau akan tersenyum bahagia.Tersenyum dengan sebuah kenangan lalu.Tersenyum dengan saat indah itu.Dan tersenyum dengan pengajaran yang dapat kau ambil dari kisah itu.Dan dengan senyuman dan hati yang tenanglah dapat kau bangkit semula dan mendoakan agar kisah hidupmu yang akan datang seindah kisah Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s.Agar kisah hidupmu itu dapat kau coretkan untuk menjadi tauladan pada anak-anakmu di masa akan datang.

Ikhlas dari hati saya,
Nur 


Wallahualam




Saturday, June 23, 2012

Jika Rindukan Dia??



"Jika kau rindu.Pejamkan mata mu.Aku pasti di sisi" ~ Satu bait kata dari filem 9 September.Terkadang terlagho juga hati ni.Tengok filem cinta tiba-tiba rindu menerpa.Astaghfirullah.

Rindu itu normal bagi setiap manusia.Anugerah yang Allah beri hanya kepada manusia.Istimewanya manusia itu Allah ciptakan dengan pelbagai rasa.Tipulah jika hati ini tidak pernah merindu.Terkadang teringat kenangan lalu terasa indahnya waktu itu.

Rindu itu tidak salah kerana ia terkadang akan hadir.Tapi yang salah jika kita terus melayan perasaan itu.Ingat hati itu milik kita,jadi kitalah yang berkuasa untuk mengawalnya.Rindu yang hadir sementara pada kenangan yang lalu adalah biasa bagi insan bergelar manusia tapi salah jika rasa rindu itu membawa kita kepada kita yang lalu.

Jika terkadang ia hadir,ucapkanlah astaghfirullahalazim.Kerana mungkin hati kita terlagho sedikit waktu itu.Bisikkan dalam hati,Ya Allah lindungilah hatiku dari bisikan syaitan yang dapat membolak-balikkan hatiku dan iman ku kepadaMu.Insyallah selepas itu perlahan-lahan rasa rindu itu akan berlalu.

Bahayanya rindu itu kerana ditakuti ianya lebih kepada perbuatan syaitan untuk membolak-balikkan iman kita.Terkadang kerana terlalu rindu,ia boleh hadir didalam mimpi.Menjadi mainan tidur sehari-hari.Saat dalam mimpi terasa indah sekali.Seolah-olah kita berada dizaman dahulu.Seolah-olah ianya benar2 wujud dan bukan mimpi.

Tapi saat bangun kita terpaksa menghadapi realiti.Saat itu hati ini terasa sakit dengan rindu.Lihatlah beginilah liciknya syaitan menggunakan jarum2 nya untuk mencucuk hati kita.Bukan hanya di saat kita bangun tapi juga disaat kita tidur.

Proses mujahadah kita untuk mendekatinNya memang tidak mudah.Pernah dulu,saat aku menangis di waktu malam setelah menunaikan solat memohon keampunannya ,malam itu dia datang di dalam mimpiku.Mengingatkan aku pada waktu indah itu.Membuat aku berasa seperti telah kembali kezaman dahulu.Segalanya seperti realiti.Tapi saat bangun sekali lagi terasa sakit di hati.

Kerana apa ia terjadi wahai muslimah?

Kerana syaitan ingin membolak-balikkan iman kita.Syaitan amat takut dgn anak adam yang bertaubat dan mendekatiNya.Maka saat itu dia akan melakukan pelbagai perkara termasuklah dengan mencucuk hati kita saat kita tidur agar disaat kita bangun hati kita kembali sakit dan semakin berat untuk melakukan ibadat.

Maka sebelum tidur doalah sekali lagi agar Allah melindungi hati dan iman kita walau disaat kita terjaga maupun tidur.Dan hanyalah Dialah sebaik-baik pelindung.


Wallahualam

Friday, June 22, 2012

Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk ~Taken From Facebook

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI   : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat…

Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?

Wallahulam…

sumber : http://panduanislam.com/blog/2011/01/apabila-lelaki-kehilangan-tulang-rusuk/

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah



Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Hari ni result keluar.Tepat pukul 6.30 pm dgn tak sabarnya buka laman web uia.Dan bila tengok result,syukur ya Allah.Walaupun kecewa sket sebab advance database dapat b ngn final year projek.Tapi mungkin rezeki takat ni je yang Allah beri.Jadi bersyukur, yang penting dah wat yang terbaek.

Code
Course Title                                                        Grade
















INFO 4102
ADVANCED DATABASE                                     B+









INFO 4502
CYBER LAW & ETHICS                                     A+
















INFO 4999
FINAL YEAR PROJECT II                                  B
















LE 4000
ENGLISH FOR ACADEMIC WRITING (EAW)        B


























GRADE POINT AVERAGE(GPA) :3.333
























Bila tengok result banyak btol yang B nye.yang A nye satu je.
Kena tingkatkan lg usaha nie.














Ya Allah pemudahkanlah semua.Subjek pun dah tak byk tinggal.
3 je tapi nasib bek bley wat additional subjek.







Ley jugak tambah pointer.*smile =)*.

And another good news,my dearest little sister yang baru
dapat result spm hari tu pun dapat uia jgk.
Alhamdulillah..hehe.Senang, nak balik pun boleh balik sekali.
Nak lawat dia pun xjauh kat matrik pj je.
Tapi dia pat kos English.Malu pulak,akak dapat b english..hehe.

Tapi ape pun sebagai akak,aku bersyukur dia dapat uia.
Sekurangnya environtment islamik tu dah ada.
Library asing laki perempuan.
Jadi terpulanglah pada dia untuk menilai
dan mengikut yang bagaimana.
Alhamdulillah jugak uia ni pun dia sendiri yang pilih n nak
walau pada mula takut sebab takde basic arab.
Padahal,akak dia yang ade basic arab
ni pun masa amik exam kt uia dah tak brape
 ingat dah macam orang takdebasic.
Pastu kn mula dari bwh balik.hehe(shhhhhhh...rahsia).
One more thing,dia kata nak
dekat dengan akaknya..hehe.(terharu ~ sob3).

Dan adik laki yang baru dapat result pmr tu pula
dapat mrsm pengkalan chepa di kelantan.
Syukur sebab mrsm tu pnuh dengan islamik environment.
Dan semakin nampak perubahan dia sejak masuk mrsm tu .
Dah rajin pergi ikut ayah sembahyang jemaah di surau.
Result dia pun semakin naik.
Muga perubahan ini akan terus berkekalan.Amin.

To my little sis,

All the best
Kak nur doakan kamu berjaya dunia n akhirat
Kita sama-sama berjuang ye
Balas jasa ibu dan ayah 
Setiap kali solat doakan kluarga kita
Biar diberkati Allah dunia dan akhirat
Muga hidup kita sekeluarga sentiasa dipermudahkan
Dan dimurahkan rezeki.

Amin Ya Rabb



Wallahualam 


































Thursday, June 14, 2012

Bagaimana Untuk Melupakan Cinta?


Pernah kah saudari sekalian menonton filem Ombak Rindu.Saat pertama kali aku melihat filem tersebut aku tertarik dengan satu ayat yang dikatakan oleh maya karin "Saya redha".Tapi dipintas dengan perkataan yang terluah dari mulut lisa surihani "Itu bukan redha.Itu pasrah.Redha itu ikhlas tapi pasrah itu menyerah. "

Redha dan pasrah.

Bagi aku redha dan pasrah adalah sama.Apabila kita redha sudah tentu2 kita pasrah.Mungkin pada orang lain pasrah bermaksud menyerah atau kalah.Tapi bagi aku pasrah itu lebih kepada menyerah kepada takdirNya.Tidak bermaksud kalah.Cuma mengetahui kita cuma hambaNya.Jadi kepada Dialah kita berserah.

Bukan bermaksud ingin bercakap hanya soal cinta.Tapi dengan pengalaman yang ada,aku harapkan dapatlah sedikit sebanyak menjadi iktibar dan panduan untuk muslimah semua.

Ya,tidak mudah untuk melupakan cinta.Mungkin inilah ujian untuk kita yang lemah ini.Terkadang rasa malu menjengah hati.Betapa lemahnya ujian ini.Tapi sungguh ianya sangat menyakitkan.Jika dipilih untuk luka dihati atau ditubuh sendiri.Sungguh aku lebih memilih tubuh dari hati.Sakitnya bagai ditusuk2 pisau.

Jadi walaupun mudah dan lemahnya ujian ini dipendengaran manusia,cuma yang menanggungnya sahaja yang mengetahui.

Bukan mudah untuk melupakan.Jujur hingga hari ini,aku masih sukar.Tapi satu,sakitnya akan makin berkurangan.

Caranya dekatkan diri dengan Tuhan.
Redha dan pasrah kepadaNya.
Bersangka baik dengan ketentuanNya.

Ya,bukan mudah untuk redha.Tapi percayalah saat kita redha,sedikit demi sedikit hati kita akan tenang.Dan yang paling penting memaafkan.Mengharapkan Allah dapat mengampunkan dosa kita dan mengurangkan sakit yang terasa.

Bukan mudah.Benar dan aku tahu kerana aku pernah mengalaminya.Tapi ia tidak mustahil.Minta dari Dia.Menangis semahu-mahunya pada Dia.Percayalah hati kalian akan tenang setiapkali menangis pada Dia.

Dan itu yang aku lakukan.Dan yang paling aku ingat bagaimana sakit yang terasa ini makin terus pudar saat bulan puasa.Ingatlah muslimah,bulan ramadhan adalah bulan yang paling mulia.Saat inilah yang kita perlu melipatgandakan amalan kita.

Masih aku ingat pada bulan ramadhan tahun lepaslah aku tidak pernah sekali meninggalkan solat tarawikh dan solat tahajud.Pada bulan itulah aku menangis sepuas-puasnya meminta padaNya.Aku merayu supaya Allah mengampunkan dosaku dan mengurangkan sakit yang kurasa.

Dan cabaran yang paling sukar ialah saat untuk bangun solat tahajud.Berat sangat badan kurasakan untuk bangun.Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan bantuan ayah.Beliaulah yang mengejutkan ku pabila aku sukar untuk bangun.Aku pernah bertanya pada ayahku bagaimana beliau dengan senang setiap hari bangun untuk solat tahajud.Ayahku berkata bukan mudah betahun ayah ambil masa untuk ajar diri bangun.Tapi satu setiapkali solat doalah muga Allah permudahkan untuk kita melakukan ibadah.Setiap kali sebelum tidur doalah agar esoknya Allah permudahkan untuk kita bangun menunaikan ibadah padanya.

Dan percayalah benda yang baik pada mulanya memang sukar untuk dilakukan tapi lama kelamaan badan kita jadi ringan untuk melakukan ibadah tersebut.Dan setelah berakhir bulan ramadhan itulah aku dapat merasakan perubahan pada diriku.Hatiku tidak sesakit dulu.Mungkin kadang bila aku teringat dan saat aku alpa,aku akan sedih seketika.Tapi alhamdulillah ia tidak lama dan sesakit dulu.

Kadang pernah aku terfikir mengapa kadang-kadang bila aku teringat aku masih sedih.Kalau boleh aku tidak mahu bersedih lagi.Tapi aku mahu bersyukur dengan apa yang diberikanNya.Kerana dia lebih tahu.Mungkin jika sedih ini hilang terus,ianya boleh membuat aku lupa dan alpa lagi.Dan mungkin inilah jawapan pada doa aku,'Ya Allah loronglah aku kepada jalanMu disaat aku lupa.Janganlah Kau berpaling padaku saat aku lupa.Sesungguhnya aku manusia yang lemah.'..Dengan ujian ini.

Dan aku sangat tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bilamana mereka mengambil jalan mudah untuk melupakan dengan mencari yang lain.

"Aku rasa kan kau tak dapat nak lupa sebab kau tak de orang lain.Cuba kau cari orang lain.Nanti mesti kau lupanya dia "

Kerana apa aku tidak bersetuju.Bagaimana jika perkara tersebut berulang lagi.Malah lebih teruk dari sebelumnya.Adakah kita perlu sentiasa menganti yang lain.Apakah kita perlu melalui sakit begini berulang kali?.

Jika kita sandarkan pada manusia.Kita takkan pernah bahagia.Sandarkan padaNya.Kerana Dia mengetahui yang terbaik untuk kita.Bukan kah kita punya doa untuk meminta.Maka mintalah yang terbaik padaNya.

Dan doa juga perlulah dengan cara dan etika yang betul.Mulakan dengan selawat pada nabi.Menggunakan doa para nabi di akhir solat.Agar diberkati doa kita dan mudah untuk dimakbulkan.

Dan jika ingin mendoakan jodoh yang baik.Janganlah kita berdoa,"Ya Allah satukanlah dan jodohlah aku dengan si dia ".Ditakuti dia bukan yang terbaik untuk kita.Jadi bila Allah kabulkan doa kita dengan satukan kita dengan dia kemudian beberapa tahun kemudian perpisahan terjadi.Jadi kita salahkan takdir,mengapa aku dah doa tapi masih berpisah sedangkan doa kita yang tidak betul.

Jadi doalah,"Ya Allah jika dia yang terbaek untukku pertemukanlah aku denganya saat dia berubah dan mencintai aku keranaMu.Jika tidak kau jodohkanlah aku dengan pilihanMu yang terbaik untukku.Yang  mencintaiku keranaMu.Yang dengan mencintainya aku dapat lebih mencintaiMu.Insan penyejuk mata dan hatiku.Insan yang dapat membimbing aku dan warisku dan insan yang dapat kucintai sepenuh hatiku".

Semoga satu hari nanti Allah akan memberikan kita kisah yang baik,pengakhiran yang baik.Suami yang soleh.Keluarga yang bahagia dan anak-anak yang soleh.Insyaallah.


Wallahualam

Saturday, June 9, 2012

Perkara Tentang Lelaki Yang Muslimah Perlu Tahu


Lewat kebelakangan ini,terlalu banyak soalan yang ditanyakan kepadaku dan kebanyakannya mengenai isu cinta.Dan ternyata kaum kami ini terlalu lemah apabila berhadapan dengan cinta.Dan terkadang aku sendiri tidak pasti mengapa aku yang ditanya sedangkan kisah aku bukanlah kisah seperti cinta Zulaikha kepada nabi Yusof a.s.

Aku cuma wanita biasa yang sentiasa berharap dan berdoa semoga satu hari kisah aku akan menjadi seindah kisah Zulaikha dan Yusof a.s.Seindah kisah Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah.Tetapi mengingatkan kami adalah sesama muslimah,maka menjadi tanggungjawab aku untuk berkongsi pendapat dan memberi nasihat agar kaum kami dapat bangkit dan menyandarkan cinta hanya pada yang Satu.

Dan semoga ianya dapat menjadi pentunjuk dan iktibar pada semua muslimah.

"Mengapa lelaki walaupun sudah ada yang lain tapi masih kembali pada kita.Masih menghubungi kita.Saya tak faham dengan dia.Tak pasti apa yang dia nak.Adakah dia masih sayangkan saya"

Jika awak bertanya pada saya hanya untuk mendengar jawapan yang awak mahukan,maaf saya tak dapat berikannya.Tetapi jika awak tanyakan saya kerna awak benar-benar mahukan kepastian,ini jawapan dari saya.

Dia tidak cintakan awak.Titik.

Dia tidak sayang kan awak.Titik.

Mengapa dia masih menghubungi awak.Kerana dia cuma masih dibuai dengan kenangan lalu.Tetapi bukan bermaksud dia masih sayangkan awak.Dia cuma kadang-kadang teringat.Dan itu yang perlu awak sedar.
Dan satu saya ingin tanyakan pada awak,apakah awak sanggup dihubungi hanya ketika dia rasa memerlukan awak??.Dan percayalah jika awak tanyakan pada dia apa yang dia nak,cuma satu jawapannya ikhlas berkawan.

Tapi itu bukan jawapannya,hakikatnya dia masih tidak pasti.Samaada dengan awak atau orang yang disampingnya sekarang.Kerana itu dia menggunakan istilah kawan untuk awak berada di sisinya.Agar dia tidak akan rugi apabila ada keduanya.Kerana apa?.kerana dia tahu betapa awak sayangkannya.Dan dia tahu awak sanggup berkawan dgnya walau dia ada yang lain.Persoalannya,adakah awak anggap lelaki ini mencintai awak jika ini yang dilakukannya?.Adakah awak sanggup dilakukan seperti ini?.

"Mengapa lelaki senang mencari yang lain dan berubah hati sedangkan saya sayangkan dia dan saya dah lakukan yang terbaik untuk dia."

Cuba awak tanyakan pada dia dan cakap,saya dah buat yang terbaik untuk awak jadi apa yang tak cukup lagi.Percayalah seribu kebaikan yang telah awak lakukan takkan dapat menampung walau satu je kesalahan yang awak telah lakukan.Itulah manusia awak.Kita takkan dapat puaskan hati manusia.Sebab itulah lumrah manusia tu.Jadi saya tanyakan pada awak,adakah lelaki yang hanya nampak kesalahan awak,dikira mencintai awak??.

Adakah lelaki yang tidak dapat memaafkan dan lebih sanngup mencari jalan mudah meninggalkan awak dan mencari yang lain dikira mencintai awak?.

Jawapan dari saya dia tidak mencintai awak.Titik

Mengapa dia dengan mudah mencari yang lain?

Kerana dia cuba ingin mencari yang lebih baik.Tapi satu mungkin yang dia tidak sedar.Manusia itu tiada yang sempurna.Bila kita cerita pada orang,luahkan apa yang kita rasa.Ketidaksempurnaan dalam satu hubungan yang lepas kita ceritakan pada orang yang baru.Orang yang baru pun menasihati kita.Berkongsi pendapat,maka kita rasa kita lebih dekat dengan yang baru.Kita ingat dia lebih faham kita.Dia lebih bek dan sempurna.Tapi mengapa dia sempurna.Sebab kita beritahu apa yang kita tidak suka.Jadi dia tidak akan buat.Jadi kononnya dia lebih faham.Tapi adkah kita pasti yang itu perangai sebenarnya.Bukan disorok dan bukan hanya ingin mengambil hati kita.Bukan hanya menunjukkan yang bek.Maka jadilah selepas beberapa tahun,perangai sebenar terserlah.Perkara yang dulunya pun terjadi lagi dan mungkin akan lebih teruk.Dan perpisahan pun berlaku lagi.

Persoalannya,adakah hubungan seperti ini yang awak inginkan??

Jadi sahabat sekalian.Kerana itu dalam islam mengariskan hubungan antara lelaki dan wanita.Seperti kata ustaz azhar idrus,lelaki yang berkawan dengan wanita tanpa niat untuk mengahwininya adalah haram dan berdosa.Kerana apa ianya berdosa,kerana banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.Banyak pihak yang akan teraniaya.Jadi marilah kita mencintaiNya dahulu.Yakinlah Allah itu pemilik cinta.Jika kita bersandar padaNya insyaallah kita akan dijauhkan dari cinta yang palsu dan menyakitkan.

Lihatlah seperti cinta Zulaikah dan  Yusof a.s,bagaimana Zulaikaha sangat tulus mencintai Nabi Yusof a.s.Hinggakan dia berdoa kepada Allah

“Ya Allah, tidak sedikit pun harta dan kekayaanku tinggal, semuanya telah musnah, dan aku telah menjadiorang yang tua, terhina dan miskin. Lalu Engkau uji pula dengan rasa cinta terhadap Yusuf. Maka pertemukanlah aku dengannya atau Engkau hilangkanlah rasa cinta terhadapnya daripada qalbuku.”


Para malaikat mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata :
” Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Zulaikha telah datang ke HadhratMu, memohon kepadaMu dengan iman dan ikhlas.”
Maka Allah berfirman :
” Wahai para malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya.”

Pada suatu hari, Nabi Yusuf A.S berjalan melewati pondok Siti Zulaikha bersama dengan rombongan tenteranya. Maka keluarlah Ziti Zulaikha dari dalam pondoknya, dan pergi menemui rombongan Nabi Yusuf A.s.

Kemudian Yusuf A.s bertanya :

“Siapakah engkau?

Zulaikha menjawab :

“Aku adalah orang yang telah membelimu dengan permata, intan, berlian, emas, dan minyak yang paling wangi. Akulah orang yang tidak pernah kenyang apabila makan semenjak aku menyintaimu, dan mataku tidak dapat dipejamkan semenjak memandangmu.

Lalu Nabi Yusuf A.s berkata :

“Mungkin engkau adalah Zulaikha!”

Jawab Zulaikha,

“Benar Ya Yusuf”


Yusuf bertanya lagi,

“Kemanakah harta, kecantikan dan segala kemewahanmu yang dahulu?”

Zulaikha menjawab,

“Semuanya telah lenyap lantaran cintaku kepadamu,

Yusuf bertanya,

“Bagaimana dengan keadaan cintamu itu?

Zulaikha berkata,

“Cintaku tetap tidak berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu

Kemudian Yusuf as berkata kepada Zulaikha,

“Apakah yang engkau inginkan lagi wahai Zulaikha?”

Zulaikha menjawab,

“Aku mengingini tiga (3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”

Lalu Yusuf as berlalu pergi untuk meninggalkan Zulaikha.

Allah SWT telah mewahyukan Yusuf as ketika baginda berlalu pergi meninggalkan Zulaikha.

“Wahai Yusuf, engkau telah berkata kepada Zulaikha apa yang engkau inginkan. Akan tetapi engkau tidak memberikan jawapan diatas keinginannya itu. Ketahuilah olehmu, bahawasanya Allah telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha, Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri, disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari yang pun telah menabur bunga – bunga."

Jadi muslimah sekalian.Sandarkan cintamu hanya pada Allah dan yakinlah jika dia yang tebaik untukmu dia akan datang kembali padamu dengan keadaan yang lebih baik dan jika tidak yakinlah yang lebih baik pasti menantimu dan ingatlah janji Allah itu pasti.



Wallahualam 


      

Tuesday, June 5, 2012

Maafkan Dia


 5 June 2012

1. Complete my degree
2. Pursue in master
3. Be a lecturer
4. Makes my parent happy
5. Be a good muslimah
6. Be a strong girl
7. Married

Insyaallah.Nak capai impian ni satu-satu.Rasa macam masa makin cepat je berlalu.Kejap je rasa umur dah meningkat.

Terbaca semalam satu artikel bila makin meningkat umur seseorang itu makin dekatlah ia dengan kematian.Nauzubillah.

Rasa takut bila terfikir.Tapi mati itu pasti.Cuma berharap saat ditarik nyawa tu biarlah dalam keadaan yang beriman.

Hari ni i'm a bit sad.Bila sowang sahabat ni tak wish pon.Mungkin dia masih marah.atau mungkinkah kesibukan membuatkan dia lupa.I'm still waiting 4 her wish.


(Shu)
...I'm waiting 4 u....

But,really thanx for my rumate,Intan sb blanja mcd for my busday.I gonna miss u.Pasni tak tahu bila kt pat jumpa lagi.Praktikal elok-elok.Muga ukhuwah kita akan sentiasa terjalin walau kita berjauhan =).


Teringat dulu kenangan antara kami.Pernah ada salah faham.Tapi siapa sangka hampir 2 taun kami jadi rumate.Benar kata orang sekeras mana hati manusia itu ia akan lembut dengan kebaikan.Dan terbukti saat dia ingat hari jadi aku dan belanja aku mcd.hehe..Seriously aku tak mengharapkan hadiah tapi cukup sebuah persahabatan yang bagi aku cukup sayang untuk diputuskan hanya kerana salah faham.


Dan bagi aku memaafkan itu kunci utama untuk sebuah kebahgiaan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




 Dan semalam juga,ketika sibuk melayan mesej2 ucapan selamat hari lahir dari kawan2,tiba2 salah seorang sahabatku menghantar mesej "Awak,macam mana kita nak lupakan seseorang"

Sungguh aku tiada jawapan untuk soalan itu.Tapi satu yang aku paling pasti.

"Tak perlu melupakan.Tapi maafkan lah dan doakan yang terbaik"

Percayalah saat kita memaafkan,perlahan-lahan hati yang sakit akan kembali sembuh.Kita tidak akan mungkin dapat melenyapkan sebuah memori.Tapi terpulang pada kita samaada untuk menjadikan memori itu indah atau sebaliknya.

Manusia tidak pernah lari dari melakukan kekhilafan.Tatkala hati sakit mengingati kembali memori luka,ingatlah dia juga manusia biasa.Mungkin kekhilafan itu tidak disengajakan.Mungkin juga kekhilafan itulah yang sangat disesali olehnya sekarang.Apa pun alasannya siapa kita untuk menghakimi.Apakah kita sudah cukup sempurna?.

Bila kita marah melihat dia bahagia dengan orang lain,tanyakan diri kita "apakah benar aku ikhlas menyintainya".
Jika benar mengapa kita marah dan benci melihat kebahgiaanya.Mungkin sedih itu ada.Mungkin luka itu ada.Mungkin mustahil untuk bersahabat dengannya lagi.Mungkin tak sanggup lihat depan mata.Tapi cukuplah dengan kemaafan dan doa dari jauh untuknya agar dia bahagia dengan jalan yang dipilih.Titik.

"Tapi tak adil kan.dia bahgia.Boleh cari orang lain and senang-senang je wat orang camtu"

Bahagia itu datang dari Allah dan diri kita sendiri.Bagaimana kita nak menilai erti bahagia itu.Apakah dengan hilangnya cinta maka bahgia itu hilang.Mengapa begitu?.Kerana kita letakkan cinta pada manusia sbg punca bahagia itu.

Cuba kita letakkan cinta Allah sbg punca bahagia.Insyaallah hati takkan pernah kecewa kerana Dia sentiasa tahu yang terbaik.Mungkin diri kita belum bersedia lagi untuk menerima nikmat mencintai.Kerana itu ditahankan dulu nikmat tersebut untuk masa yang lebih sesuai iaitu selepas berkahwin.Cinta itu tidak pernah salah.Tapi jalan dan cara kita bercinta itu yang salah.

Jadi sentiasalah membersihkan hati.Memaafkan..Muga satu hari Allah kurniakan kita dengan ganjaran yang besar dan kisah hidup yang lebih baik.Insyaallah.


Wallahualam










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia