CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 9, 2012

Seorang yang bernama WANITA


HATI

Seorang yang bernama WANITA.

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.

Dengan kelembutan hati wanitalah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.

Muslimah sekalian,

Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya dengan cinta kepada Illahi.

Wahai wanita,

Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.

Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.


Wallahualam


2 comments:

damia said...

Assalamulaikum..menarik sekali kata2 yg saudari susun untuk entry ini.. :) memberi semangat kepada semua, InsyaAllah terima kasih atas perkongsian saudari.. sy akan follow selalu.. apa2 pun nice blog..banyak yg boleh dipelajari.. terima kasih ya..

Nur said...

Terima kasih darnia sb sudi singgah ke blog ni.maaflah skrg da jarang update blog sb keje.tp insyallah saya akan cuba berkongsi apa yang saya tahu.gembira sangat rasa bila perkongsian ini dapat memberi semangat pada semua..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia