CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 26, 2012

Kisah Cinta Dan Waktu

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak.

Ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan, dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu.

Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta. Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.

“Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!” teriak Cinta. “Aduh! Maaf, Cinta!” kata Kekayaan, “perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam.

Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini.” Lalu Kakayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi.

Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya. “Kegembiraan! Tolong aku!” teriak Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.

Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin panik. Tak lama lewatlah Kecantikan.

“Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!” teriak Cinta. “Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini,” sahut Kecantikan.

Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itu lewatlah Kesedihan. “Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu,” kata Cinta. “Maaf, Cinta.

Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja,” jawab Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, “Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!” Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah Cinta sedar bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu.

Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

“Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu,” kata orang itu. “Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku,” tanya Cinta hairan.

“Sebab,” kata orang itu, “hanya Waktu-lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu.”

credit to:http://pakarcinta.com/blog/cinta-dan-waktu/

Doa Seorang Isteri Solehah

wanita solehah melayu

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Amin, Ya Rabbi Allamin.. :)


Credit to:http://pakarcinta.com/blog/doa-seorang-isteri-solehah/

Saturday, February 25, 2012

Wanita Dan Cinta























Wanita dan cinta.
Ramai wanita yang hanyut hanya kerana cinta.
Cinta yang belum tentu kekal.
Yang akhirnya banyak memberi sakit dari bahgia.

Banyak blog yang aku baca,dan terlalu ramai wanita yg bersedih.melempias rasa sedih dan kecewa di blog-blog mereka.Teringat aku juga pnh begitu.Terbit rasa malu di hati.Malu pada diri,pada orang ramai dan pada Allah.Sungguh lemahnya kaum kami.

Kita cuma diuji dgn sedikit tapi kita sudah goyah.Sedangkan tgn wanita lah yang boleh mengoncang dunia.Wanita lah yg menahan sakit melahirkan,yang menahan rasa kecil hati dgn perangai anak2.Yang masih boleh memberi dan menyayangi walau hati terluka dgn anak dan suami.

Allah telah ciptakan kaum hawa dgn semangat dan hati yang begitu kuat.Maka,jgn lah dibazirkan air matamu demi kerana cinta yang palsu.

Bila kau marah saat si dia curang,membenci kaum mu sendiri krn merasakan wanita itu merampas hak mu,ingatlah jika bukan wanita itu yg merampasnya boleh jadi wanita lain pula yg akn merampasnya dari mu.

Bersyukurlah,Allah sayangkanMu.Menyelamatkanmu dari lelaki seperti itu.Jika bukan perempuan itu yang dicuranginya,boleh jadi akan ada perempuan lain.Cerita nya akan tetap sama.Kerana dia bukan lelaki yang baek untukmu.Jadi mengapa masih bersedih kerana dia bukan hakmu.

Yakinlah dengan janji Allah.Persolehkan dirimu spy satu saat Allah pertemukanmu dgn lelaki yang soleh.

Jangan mengaburi matamu dgn berdoa meminta agar Allah menjodohkan kamu dengannya jika sudah terang dia bukan yg terbaek untukmu.Berdoalah agar Allah menjodohkan mu dgn lelaki yang soleh dan itulah yang terbaek.Dan jika si dia yg terbaek untukmu, muga dijodohkanlah saat si dia sudah berubah,bertaubat dan dikalangan orang yg soleh.Sesungguhnya hanya Allah yg maha mengetahui segala sesuatu.


Ada suatu kisah yang ingin kuceritakan muga dijadikan iktibar kepada semua muslimah.
Apabila seorang wanita terlalu mengagungkan cinta.Sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat cintanya.Tapi pada akhirnya cinta terlurai,dosa yang mengunung.Kerana kita adalah hambaNya.Mana mungkin kita mencabar kuasa Allah.Sampai satu masa wanita itu sakit.Di operate beberapa kali.Satu benda yang sentiasa bermain di benakku.Jika wanita itu tau,hayatnya hanya setakat itu,adakah dia akan membuang masa untuk mengejar cinta seorang lelaki?.Tetapi Allah itu maha pengampun.Mungkin sakit yg dirasa itu sbg penghapus dosanya.Muga dia tenang di sana

Jadi wanita sekalian,sedarlah sebelum terlewat.Ambil iktibar.Kita tidak tau bila tiba masa kita.Tapi jika kita tahu,adakah kita akan membazir masa menangisi perkara seperti itu?.Sedangkan semakin hari,semakin hampir diri kita dgn ajal.Nauzubillahiminzalik.

Wallahualam

Jika Aku Jatuh Hati

Memaafkan Ketika Mampu Balas Dendam

Allah berfirman dalam Hadits Qudsi:

Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH: "Ya Rabbi! Siapakah di antara hambaMu yg lebih mulia menurut pandanganMu?" ALLAH berfirman: "Ialah orang yg apabila berkuasa(menguasai musuhnya),dpt segera memaafkan".
(HQR Kharaithi dari Abu Hurairah R.A)

#Dalam perperangan Uhud. Nabi SAW mendapat luka pada muka dan juga patah beberapa giginya. Berkata salah seorang sahabat: "Cubalah Tuan Berdoa agar mereka celaka".Nabi Muhammad menjawab:"Aku tidak diutuskan untuk melaknat seseorang,tetapi aku diutuskan untuk mengajak kepada kebaikan dan sebagai rahmat". Lalu beliau menadah tangannya kepada ALLAH Yg Maha Mulia dan berdoa:
"Ya ALLAH,Ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui."

42. Asy Syuura

40. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik[1345] maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.

2. Al Baqarah

237.pema'afan kamu itu lebih dekat kepada takwa.


Ada tiga hal yg apabila dilakukan akan dilindungi ALLAH dalam pemeliharaanNya,ditaburi rahmatNya,dan dimasukkanNya ke dalam syurgaNya yaitu: Apabila diberi ia berterima kasih,apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri(tak jadi marah).
(R. Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)

Bersabda Nabi SAW. Kepada Uqbah bin Amir R.A: "Wahai Uqbah! Maukah engkau ku beritahu budi pekerti ahli dunia dan akhirat yg paling utama? Yaitu: Melakukan silaturahim(Menghubungkan kekeluargaan dengan org yg telah memutuskannya),memberi pada orang yg tidak pernah memberimu dan memaafkan org yg pernah menganiayamu)
-Ihya Ulumuddin 111; Hal 158

p/s: YA ALLAH,Kurniakanlah kami sifat pemaaf,pengampun dan lapang dada. YA ALLAH,Jadikanlah kami org yg dpt menahan diri dari meluapnya kemarahan dan org yg suka memaafkan yang lain.

-Wallahualam

Friday, February 24, 2012

Buat Dirimu Yang Bakal Menjadi Suamiku

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..
Tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku perlukan.. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu..
Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan kelak.. Bahagia itu pasti menjadi milik kita, itu janji Allah..
Aku sayang kamu kerana Allah…”
Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

credit to http://yuyuehoney.blogspot.com/

Fitnah bagi orang yg bertudung

Penah dgr ayat ni."Ala pmpan skrg pakai tudung pun bkn baek sgt pn.baek tak payah pakai"
"Aku even xpakai tudung,tak tutup aurat tapi aku solat jugak.aku tak buat bnda truk2.orang je igt aku ni sosial sb aku tak bertudung "

Betul kah persepsi mereka?.Atau adakh mungkin mereka bercakap mengikut fikiran mrk sndiri tanpa merujuk al-quran dan hadis.

Manusia selalu nk yg sng.amik yg sunnahlah sng nk ikot tapi yg wajib ditinggalkan.

Sedangkan agama islam menyuruh wanita menutup aurat spy orang mengenali mereka dikalangan perempuan yang baek.Supaya mereka tidak diganggu dan terpelihara dari fitnah.

Maka,bila orang kata kita sosial,liar,teruk walau kita tak buat semua tu,nape perlu marah.Sebab dgn cara kita pn kita sendiri yang buat orang fikir mcm tu.

Memang benar,iman bukan diukur dari pakaian.Tapi dah tentu2 orang yang tinggi imannya tidak akan rela membuka aurat sewenangnya.Jadi atas dasar apa kita nak cakap orang yg tak tutup aurat tu tinggi imannya.Mmg jauh panggang dari api lah.

Dan walaupun mungkin orang yang bertutup aurat itu tidak sebaek y disangka,sekurangnya dia tidak ada dosa mendedahkan aurat tp bg yg tak tutup aurat malah bercakap sebegitu seperti mempersendakan agama,betapa besarnya dosa.Nauzubillahiminzalik

Dan mungkin orang yg bertutup aurat melakukan dosa,itu dosanya dgn Allah.urusan dia dgn Allah.Sekurangnya Allah masih memelihara aibnya.Memelihara dirinya dari fitnah orang ramai.Dari di cop perempuan yang sosial kerana dia menutup aurat.Dan sesungguhnya Allah sentiasa menerima taubat hamba2 Nya.

Wallahualam

Tabahnya Seorang Wanita

Akhir-akhir ni aku sering mencari2 blog mengenai institusi perkahwinan.Bukan apa,sbg persediaan untk aku satu hari nnti..hehe(*berangan)
Dan aku sgt tkt dan terkejut melihat terlalu byk permasalahan n penceraian terutama yg dihadapi umat islam zaman ini.

Tetapi,dalam byk2 permasalahan,aku sgt kagum dgn tulisan seorang wanita y sudah 16 tahun berkahwin.Mempunyai 5 orang anak.Wanita yg sgt tabah dan patut dicontohi oleh wanita lain.

Suaminya mula berpaling arah pada saat mencecah umur 40 tahun.Bayangkan betapa hancurnya hati seorang wanita pabila mengetahui suami tercinta berpaling arah.Apatah lagi selepas 16 tahun bersama.Mungkin wanita itu tidak secantik dulu.Tetapi wanita itulah yang menjaga makan n minumnya.Melahirkan zuriatnya.

Tetapi yang mengkagum aku ialah cara penerimaan wanita tersebut.Wanita itu tidak marah2.tidak melenting.Tetapi menerima dgn redha.Masih melayan suami sepenuh hati.Tidak pernah kurang dari dulu walaupun hakikatnya hatinya telah dilukai

Kerana apa?

Kerana dia cintakan suaminya kerana Allah.Cintanya tetap ada walau suaminya tidak sehensem dulu.Walau garis2 kedut dan uban sudah mula tumbuh di kepala suaminya.Walau mungkin cinta suaminya tidak seperti dulu.

Dan apa yang aku ingin kongsikan ialah cara wanita tersebut menangani masalahnya.

Untuk menambat kembali hati suaminya,setiap hari dia membaca sepotong doa pelembut hati semasa memasak makanan suaminya,semasa mengosok baju suaminya dan semasa suaminya tidur.Dihembuskan keubun2 suaminya dengan penuh kasih syg.Mengharapkan Allah melembutkan hati suaminya tok kembali mencintainya seperti dulu.

Setahun kemudian,akhirnya doanya dimakbulkan.Suaminya kembali ke sisi wanita itu dan berjanji utk menjadi suami dan ayah yg lbh baik.itulah hadiah yang paling bermakna bagi wanita tersebut.

Jadi muslimah sekalian,marilah kita mengambil contoh dari wanita ini.Jika dengan bercinta kita dicurangi kita sudh rasa marah yg amat sgt sedang kt tahu dia bukan hak kita dan dah tentu2 permulaan yg tidak baik tidak mungkin akn mendpt berkat,mengapa kt masih marah.

Jika kita sudah berkahwin,kt diuji dgn mslh spt ini.tp kita tak menangani masalah dgn betul.Hanya dengan senangnya menganggap mungkin dia bukan jodoh kita tanpa melakukan apa2 ikhtiar utk menyelamatkan rumahtangga,ditakuti sememangnya dia jodoh kita tp ALLAH hanya ingin menguji kita.Jadi bergantung n bertawakallah pada Allah kerana Allah bersama org yg sabar.Jgn cepat melenting dan marah kerana stp yg terjadi ada hikmahnya.

Waallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia