CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 20, 2011

KISAH SEKEPING HATI


Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

TERTANYA-TANYA
"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.

HATI YANG PALING INDAH
Saya menangis. Seakan terpancar kefahaman di dalam diri ini bagaimana anjuran ‘mencintai’ yang dimaksudkan oleh junjungan mulia, Muhammad SAW menerusi sabdanya yang bermaksud :

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ia bermaksud, memberi sepenuh hati. 100%. Yang terbaik!

Sebagaimana kita menginginkan yang terbaik buat diri sendiri, begitulah juga sewajarnya yang kita lakukan/berikan kepada orang di sekitar.

Tetapi, dengan satu ingatan. Jangan pula mengharap balasan yang sama, 100% , terhadap apa yang telah diberikan itu, kerana bila pemberian mengharap balasan, maka dibimbangi tiada lagi keikhlasan padanya.

Justeru itu, tidak hairan mengapa Rasulullah SAW diiktiraf oleh ALLAH SWT sebagai semulia-mulia insan. Setelah sekian banyak hinaan, cacian dan penderitaan yang dialami, baginda tetap tampil menyebar salam beserta senyuman.

Tujahan batu-batu, diganti dengan kalungan doa, lemparan najis, diganti dengan untaian budi.

Firman ALLAH SWT :

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : “Dan sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” ( Surah al Qalam ayat 4 )

Justeru itu, mari bersama kita usahakan, walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.

Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.

Yakinlah :
ALLAH

ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.

Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.


Terus memuhasabah diri ini……

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

CREDIT TO:
http://ummuhusna99.blogspot.com

WANITA SOLEHAH

HADIS NABI

1)Hal terbaik bagi seorang mukmin setelah ketaqwaan pada ALLAH SWT adalah (memiliki) seorang isteri solehah, iaitu yang patuh jika disuruh, menyenangkan bila dipandang, membenarkan jika suami bersumpah atasnya, dan pandai menjaga diri dan harta jika suami tidak ada.”( Hadis riwayat Thabrani dari Abdullah bin Salam )

2)
Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

3)
“Iaitu isteri yang menghadirkan rasa gembira kepadamu apabila memandangnya. Bila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu sebaiknya dan menjaga hartamu." ( Hadis Riwayat Ahmad dan lainnya ; dianggap ‘hasan’ oleh al-Albani ).

4)
“Yang terbaik daripada kaum muslimin adalah yang menahan tangan dan lidahnya ( dari menyakiti ) Muslim yang lain." ( Hadis riwayat Muslim )

5)
"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." ( Hadis riwayat Muslim)

6)
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendaki." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Monday, December 19, 2011

MUHASABAH CINTA




Entah kali ke berapa saya menatap wajah lembutnya. Wajah yang suatu ketika dulu indah berseri dengan senyuman bak gula, kini suram dan kelam dengan pelbagai rasa yang terpendam.

Saya cuba menarik perhatiannya dengan menyanyi-nyanyi kecil lirik nasyid: Isteri cerdik yang solehah. Namun dia terus membisu. Tidak berkata walau sepatah.

“Ehemm..”saya berdehem. Kelihatannya dia bagai tenggelam dalam lamunan yang amat dalam.

“Ehemm..sahabat !” kali ini saya menguatkan suara. Sedikit, sekadar untuk memastikan dia mendengar dan memberi perhatian.

Panggilan saya berbalas pandangan. Dia melempar senyum, malu-malu. Mungkin baru tersedar sudah beberapa detik pertemuan kami ini hanya bersulam diam.

Saya membalas dengan senyuman. Dari hati. Penuh empati. Bukan baru sehari dua kami saling mengenali.

Dia, sahabat yang dahulunya sentiasa ceria dan tinggi keyakinan diri. Kata-katanya petah berisi. Bahasanya dari hati, meninggal bekas kepada sesiapa yang mendengar. Tanda sampainya juga jauh ke lubuk jiwa.

Tetapi hari ini, tatkala melihat dia sering mengelamun sendiri, bagaikan dia bukan lagi sahabat yang amat saya kagumi. Suatu ketika dahulu, ketika di alam kampus universiti.

CINTA PUDAR, BENCI MEMUGAR

“ Mengapa..sahabat?”soal saya memecah senyap dan sunyi yang lama membaluti pertemuan kami. Dia memandang sambil melepas keluhan. Berat sekali.

“ Bukankah lebih baik mengubat luka dari membiarkannya terus berdarah sehingga bernanah..tidak dijaga. Mengapa membiarkan cinta pudar berganti benci yang kian memugar?” saya menyambung tanya. Saya tahu dia memahami apa maksud saya.

“ Ana dah cuba…tapi semuanya tetap begitu. Ana jadi bosan..” dia meluah rasa.

“ Sahabat belum cuba sehabis daya..”saya berkata. Mendengar itu, dia mengalih pandang. Masam. Mungkin tersinggung dengan kata-kata saya tadi. Bagai tuduhan tanpa bukti.

“ Ukhti tak tahu apa yang ana rasa…Ana ingatkan dia seorang yang menjaga kesempurnaan. Ibadahnya diambil berat. Hubungan dengan perempuan lain dikawal ketat..dan yang lebih penting, perasaan ana sebagai isteri dipegang erat. Ana merajuk. Dia memujuk. Ana sedih, dia segera menghilangkan pedih….tapi..”dia berhenti. Pandangannya sekali lagi dilempar jauh. Kolam matanya mula bergenang air jernih.

Saya mendengar. Cuba memahami pilu hati sahabat yang kini bergelar isteri. Mengahwini seorang lelaki yang dahulunya bergelar pemimpin pelajar.

PEMBIMBING

“ Sahabat terlalu mengharap kesempurnaan. Tiada manusia yang sempurna serba serbi. Kita sebagai isteri juga banyak kelemahan diri..”luah saya lembut. Saya pegang bahunya. Moga dia mengerti.

“ Bukan begitu…”dia menafikan. Airmatanya yang tumpah dibiarkan laju menuruni pipi.

“Dahulu, saat dia melafazkan: Aku terima nikahnya, ana terlalu gembira. Bersyukur, memperolehi seorang suami yang mampu menjadi pembimbing dan pendamping setia. Tetapi..kini, setelah bertahun hidup bersama..apa yang ana impikan jauh dari kenyataan…dia bukan sebagaimana yang ana harapkan. Ana pula yang banyak menegur salah dan silap suami,” dia bersuara. Sebak dan sayu. Pilu.

“Itulah yang bagus..menegur salah pasangan, tanda masih ada kasih. Tidak membiarkan dia terus berdosa, lambang sahabat masih punya cinta,”saya memberi semangat. Dia bagai terkejut mendengar bicara saya. Saya tersenyum.

“ Sahabat…sebagai manusia, setiap dari kita mengalami turun naik iman di dada. Pahala semakin sirna berganti khilaf dan dosa. Justeru, sebagai suami atau isteri, kita sewajarnya bukan hanya melihat kelebihan pasangan sebagai keistimewaan yang mampu membahagiakan, tetapi juga menerima kelemahannya sebagai hadiah dari Yang Maha Esa.” Saya menambah rencah nasihat dengan nada sebak memenuhi jiwa. Nasihat saya kepadanya, adalah juga peringatan untuk diri saya yang sering lupa.


HADIAH

“Hadiah…bagaimana tu?” Dia bertanya. Sudah ada sinar pada renungan matanya. Hati saya berbunga ceria.

“Hadiah berupa peluang dan ruang agar kita MELIPATGANDAKAN amalan, ibadah dan usaha untuk memperbaiki diri. Semakin mendekatkan diri pada Ilahi. Adakalanya kita lalai dan leka..hanya melihat kelemahan dan kesilapan pasangan, tanpa lebih dulu menilai kesilapan diri sepanjang tempoh perkahwinan. Terlalu banyak alasan yang kita cipta hanya untuk menampakkan kita betul dan benar belaka. Kerjaya, anak, rutin rumahtangga dan berbagai lagi.

Kesibukan itu..menyebabkan kita membiarkan pasangan tanpa layanan. Dan yang paling malang, kesibukan itu, menjadikan kita semakin jauh dari Tuhan.

Solat tidak lagi di awal waktu. Tergesa-gesa sahaja.

Doa juga tidak lagi panjang dan penuh pengharapan seperti dulu.

Ibadah tidak lagi menjadi makanan yang enak dan sihat kepada ruh yang dikurniakan Ilahi, tetapi telah bertukar basi dan mengundang penyakit pada diri. Ruh kita sakit dan menderita..Bila semua itu berlaku, jiwa kita jadi kacau..tak menentu. Lalu, masalah yang kecil diperbesar-besarkan, pasangan disalahkan dan akhirnya saling berjauhan,”tambah saya penuh keinsafan.

Dia tunduk, menekur kepala. Ada titisan yang menitik ke lantai. Buat ke sekian kali, tangisan sayunya memecah hening sunyi.

MUHASABAH CINTA

“As…bangun sayang..dah subuh ni.”Sayup-sayup saya mendengar satu suara. Saya membuka mata. Suami tersenyum memandang saya.

“Astaghfirullah..mimpi rupanya..”bisik saya sendiri. Saya memicit kepala berulang kali. Betapa saya memikirkan cerita dan masalah rumahtangga yang banyak mengisi ruang kotak emel, hingga terbawa ke alam lena.

Melihat suami yang telah bersedia untuk ke masjid, saya bersegera ke bilik air. Membersihkan diri dan bersuci.

Usai solat, saya menadah tangan ke hadrat Yang Esa. Munajat saya berisi muhasabah cinta. Doa saya:

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”


Ameen..ameen.

credit to,
http://ummuhusna99.blogspot.com/2009/10/muhasabah-cinta.html

Saturday, July 9, 2011

MEngapa Allah Menggunakan Aku DAN Kami Didlm Alquran?

Pernahkah anda mengetahui mengapa Allah menggunakan kata ganti nama Aku dan juga Kami di dalam al-quran?

Sebelum ni,bila saya membaca tafsir al-quran saya selalu berasa hairan.Mengapa Allah menggunakan kata ganti nama Kami dan kadang2 Aku?.Tapi seringkali saya hanya membiarkan persoalan tu sahaja.Lemahnya manusia kerana jahil, tetapi enggan bertanya.

Hari ini persoalan saya akhirnya terjawab.

Lazimnya, Allah menggunakan kata ganti nama Kami apabila ada terlibatnaya pihak lain dalam perlakuan dan ketentuanNya.

Contohnya

Dalam pemberian rezeki kepada manusia,Allah menggunakan kata ganti nama Kami.Kerana dalam pemberian rezeki Allah libatkan matahari,hujan,air,haiwan,tumbuhan dan lain2.

Contoh lain

Buah-buahan yang dimakan manusia,ada campur tangan dari makhluk lain yg menyampaikan rezeki daripada Allah itu kepada kita

Ertinya

Makhluk telah dijadikan sebagai saluran rezeki daripada Allah kepada makhluk yang lain

kerana itu Allah menggunakan kata nama Kami

Allah menggunakan kata ganti nama Aku bila merujuk pada pengampunan dosa dan penerimaan taubat.

Dalam soal pengampunan dosa dan penerimaan taubat Allah menggunakan kata ganti namaNya sendiri dan tidak menggunakan 'saluran-saluran' dalam kalangan makhluk yang lain.

Maksudnya

Allah secara langsung akan mengampunkan hamba-hambanya yang bertaubat tanpa melaui perantaraan.

Mengapa?

Itulah bukti kebesaran Allah.Pada saluran rezeki terserlah kebesaran kerajaanNya yang maha luas.Itulah rahsia disebalik kata ganti nama Kami.Namun pada sifat pengampun dan penerimaan taubatNya terserlah keakraban dan keintimanNya yang mencecah hati manusia.Kerana itulah Allah menggunakan kata ganti nama Aku.

Moga ilmu ini dapat saya kongsikan bersama muslimah2 sekalian dan bersama2 lah kita mencari keredhaanNya dengan lebih mengenaliNya.

Monday, July 4, 2011

Memilih Teman Hidup



"Tapi.....dia sembahyang 5 waktu.Tak pernah tinggal.. "

Selalu aku terfikir.Bagaimana seharusnya untuk kita mencari teman hidup.Cukupkah dengan hanya cukup sembahyang 5 waktu?

"SEMBAHYANG adalah perkara wajib.Tiang agama.Tapi ia tidak menentukan samaada pasangan tu baik untuk kita atau tidak."

lalu harus bagaimana?

1)adakah solat itu dapat menghalangnya dari melakukan kemungkaran?

2)bagaimana akhlaknya?.Semasa dengan ibu bapa,adik beradik,rakan-rakan

3)bagaimana tutur katanya?

4)siapa kawan-kawannya?

5)bagaimana pemakaiannya?

6)bagaimana kebiasaannya?

7)adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?

8)adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik?

9)Bagaimana sifat semulajadinya?

10)Bagaimana keluarganya?

Inilah antara soalan yang perlu ditanya sebelum kita memilih pasangan.Solat 5 waktu tidak cukup kerana ia hanya asas.Yang dilakukan kerana wajib.Tetapi adakah solat tu dapat menghalang kita melakukan kemungkaran itu penting.Jika tidak,tak sempurnalah solat itu.

Akhlak seseorang itu dapat kita perhatikan bila mereka dengan keluarga.

Mengapa?

Kerana keluarga yang bersama kita dari kecil hingga dewasa.Jadi mereka cenderung menjadi diri sendiri apabila dengan keluarga.Jika dia seorang yang menjaga akhlaknya,dia akan sentiasa menjaga akhlak apabila dengan keluarga terutama ibu bapa.Mendengar kata,membantu ibu bapa dengan membuat kerja rumah.Menghormati ibu bapa.Menghormati dan menyayangi adik beradik.

Tutur kata juga penting.Tutur kata melambangkan peribadi sesesorang.Seorang yang soleh dan solehah akan menjaga tutur kata mereka kerana ia mencerminkan iman dan diri kita sebagai seorang muslim.Tutur kata yang kasar melambangkan peribadi seseorang yang kasar.Ingat lidah adalah anggota yang paling berbahaya.Dari lidah terjadilah umpat-mengumpat,keji-mengeji,fitnah dan juga penipuan.

Kawan-kawan juga mencerminkan diri kita.Seorang yang soleh akan mencari sahabat yang soleh sebagai teman untuk mengingat ketika lupa.Ini fitrah manusia.Seorang yang liar tidak akan mencari seorang yang soleh sebagai sahabatnya kecuali dia mendapat hidayah dariNya.Manusia sering mencari teman yang sama jenis denganya.

"Dia baik..Cuma kawan-kawannya saja begitu.Tapi dia dapat kenal buruk-baik.Kalau diorang pergi kelab dia tak ikut pun.Time solat dia solat.Jarang tinggal"

"Mungkin baik tapi tak cukup soleh.Mungkin juga baik pada pandangan manusia,tapi tak cukup baik padaNya"

"Maksud ayah"

"Orang yang soleh takkan berkawan dengan orang yang dia tahu bila-bila masa dapat mengheretnya jauh dari Tuhan.Bila dia melepak,membuang masa,bercakap perkara-perkara yang tidak patut bersama,sedikit sebanyak dapat menghitamkan hatinya.Walau dia menjaga solat.Iman bukan pada solat sahaja tapi amalan "

Pemakaian juga aspek penting untuk dinilai dalam memilih pasangan.

"Eleh.orang tutup aurat pakai tudung pun buat dosa.Pakai tudung,tutup sana sini bukan baik sangat pun"

Wajarkah kita bercakap sedemikian.Orang yang berusaha menutup aurat biarpun masih melakukan dosa sekurangnya dosanya tak menutup aurat terhapus.Kita yang tidak menutup aurat malah mengeji syariat bagaimana?.TIDAK TERHITUNG dosanya.Mencuba untuk menutup aurat ialah satu jihad.Jihad dalam diri.Bukan mudah untuk menutup aurat yang sebetul-betulnya di zaman moden ini.

Ini benar.Saya juga selalu merasakan yang sama.Rasa tidak cantik.Tapi tanamkan dalam diri seindah perhiasan adlah wanita solehah.Sebenarnya wanita yang menjaga diri lebih cantik.Bukan sahaja cantik wajah tapi juga akhlak.Terpelihara dari fitnah dan pandangan yang tidak sepatutnya.Dan juga lebih dihormati.

Bagi yang lelaki jangan fikir oleh kerana aurat anda cuma sedikit maka anda terselamat.TIDAK.Fenomena sekarang ramai antara lelaki yang berpakaian ketat.Baju yang menampakkan tubuh badan.skinny jeans.Pakaian yang dapat menarik perhatian dan nafsu lawan jantina hukumnya haram.Perhiasan yang berlebihan juga haram.Lelaki yang hensem dan macho bukan terletak pada gayanya.rambut,baju,seluar dan stailnya tapi pada akhlaknya.

Lalu ada juga persoalan"Jika dia menutup aurat tapi masih tidak dapat menentukan dia pasangan baik atau tidak lalu bagaimana?"

"Percayalah wanita dan lelaki yang baik untuk lelaki dan wanita yang baik.Mungkin masa lalunya tidak baik tapi jika dia bertaubat dia lebih baik dari orang yang tidak pernah bertaubat."

Percaya dan bergantunglah kepada Allah.

bagaimana kebiasaannya?

Pasangan yang baik,kebiasaanya juga mestilah baik.Dia mestilah seorang yang istiqamah.yakni tidak berubah-ubah.seorang yang bertimbangrasa.

Contohilah sifat Rasullullah saw dan pilihlah pasangan yang mengikuti sifat-sifat tersebut.

Satu kisah yang saya baca,setiap kali Rasullullah pulang lewat malam,beliau akan tidur di luar pintu rumah demi untuk tidak mengejutkan isterinya.Adakah lagi suami seperti Rasullullah saw.
Itulah sifat bertimbangrasa.

"Ah,itu rasulullah.Dia mmg rasul pilihan. "

Kita mungkin bukan Rasullulah SAW.tapi kita boleh mencontohi sifatnya.

Pernah seorang pemuda dizaman Rasulullah saw.Dia tidak tahan dengan sikap isterinya yang suka membebel.Lalu dia pergi kerumah Umar Al Khatab untuk mengadu.Setibanya dia dirumah Umar,dia terdengar isteri Umar sedang membebel pada Umar.Tapi Umar hanya diam tanpa melawan sepatah pun.Setelah Umar keluar dari rumah pemuda itu bertanya "Wahai Umar,mengapa isterimu membebel tapi kamu hanya diam sahaja"."Aku diam kerana aku tahu walau dia suka membebel tapi hatinya baik.Jasanya terlalu besar jika nak dibandingkan dengan kekurangannya.Dia ibu kepada anak-anakku.Yang menjaga makan minumku.yang menjaga anak,harta dan maruahku semasa ketiadaanku. "Mendengar kata-kata Umar,pemuda itu lalu balik semula kerumah.

Sifat itu yang perlu ada dalam diri pasangan.Sifat bertolak ansur.Seringkali terjadi penceraian sekarang hanya kerana perkara kecil.Manusia sering lupa.Sering membesar-besarkan kekurangan dan kesalahan.Sedangkan banyak lagi benda baik yang kita lupa.Maka anak-anak menjadi mangsa.

adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?

Ada 3 perkara tanda manusia itu munafik.Pertama apabila bercakap ia berbohong.Apabila dia berjanji dia tidak tunaikan.Dan apabila dia diberi amanah dia khianat.

Orang yang tidak berpegang pada kata-katanya adalah contoh orang munafik.Kerana itu islam amat menitik beratkan soal memberi janji.Ini kerana memberi janji umpama memberi harapan.
Memberi harapan pada orang lalu khianat hukumnya haram.

Pilihlah pasangan yang sentiasa berpegang pada janji.Takdir itu ketentuanNya.Jika kita sudah berusaha untuk berpegang pada janji.Berusaha sebaik mungkin tapi tidak berjaya itu namanya takdir.Maka kita kena redha dan meminta maaf dari insan yang diberi janji.

tapi syaratnya kita perlu berusaha sehabis mungkin untuk berpegang pada janji

adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik?

Seorang yang soleh akan sentiasa mencuba untuk menjadi lebih soleh.Jika dia berbuat silap dia akan bertaubat.

"Ah,watpe taubat.Nanti buat balik"

Rasullullah saw bertaubat hampir seratus kali sehari.Fitrah manusia sering lalai dan alpa.Sering kita bertaubat tapi kita buat lagi.Tetapi sekurangnya bila kita bertaubat dosa sebelum yang kita lakukan telah terhapus. Untuk bertaubat kita memerlukan kekuatan dan bantuan dariNya.

Mengapa selalu bila bertaubat kita lakukan lagi?

Kerana kita tak betul2 buang punca kita jauh dariNya.Kita tak betol2 berhasrat untuk berubah .
Dengan kata lain tak betul2 ikhlas.Kita bertaubat kerana rasa sakit dengan kesan kesilapan kita bukan kerana berubah untuk mencari keredhaaNya.

Bagaimana sifat semulajadinya?

Sifat semulajadi adalah seperti adakah dia seorang yang panas baran atau penyabar.lembut atau keras hati.

Saya sendiri sebenarnya seorang yang cepat panas.Tapi bagaimana kita menghandlenya.yakni dengan sabar.bila kita rasa ingin marah sangat2 kita sabar.kawal diri.Marah ini sifat syaitan.Dengan marah yang terlalu boleh membuat manusia hilang kewarasan maka terjadilah kes penderaan.memukul isteri.Pasangan yang baik ialah pasangan yang dapat mengawal emosinya.Dapat mendengar untuk didengari.Dapat memberi untuk menerima.Maksudnya dapat mendengar dan menerima pendapat dan pandangan pasangan.

Mengapa?
Kerana orang yang dapat mendengar dan menerima pandangan,pendapat,perasaan orang lain yang akan dapat meluahkan pandangan,pendapat dan perasaannya pada orang lain utk didengari.

DAN

hanya orang yang dapat memberi yang dapat menerima

itulah give and take.

Kerana itu penting untuk memilih pasangan yang tidak trlalu keras hati.Kerana orang yang sebegini lazimnya ingin didengari tapi tidak ingin mendengar.Maka itulah punca kepada kemusnahan sesuatu hubangan yakni perkahwinan.

Bagaimana keluarganya?

Iman tidak diwarisi oleh keturunan.Keturunan yang tidak baik tidak semestinya tidak melahirkan anak yang bertakwa.Itu bukti Allah itu maha adil.Semua insan tidak kira pangkat atau keturunan dapat mencari keredhaanNya.Tetapi,keluarga juga adlah aspek pnting dalam memilih pasangan hidup.Ini kerana,jika kita berkahwin kita tak berkahwin hanya dengannya tapi dengan keluarganya sekali.

Contoh

"Ibu tak setuju dengan perkahwinan ini"
atau

ibunya queen control.

Kita mesti memikirkan kesan akan datang.Apabila sikap keluarganya begitu,menjadi sukar untuk kita mempertahankan perkahwinan.Maka terlalu banyak duri ranjau yang perlu kita hadapi.Sedangkan fungsi perkahwinan adalah untuk mendapat ketenangan dan redha Allah.

Wallahualam.

Ujian Dari Allah

Pernah tak kita merasa kerdil dan lemah.Melihat orang lain menuju ke hadapan.tetapi kita masih di situ.Masih dengan ujian yang sama.Orang menjadi lebih kuat dengan pelbagai dugaan yang mereka tempuhi,tapi kita masih disitu.Ujian yang sama yang tak pernah lepas.

Lemahnya pergantungan kita pada Allah.Bukan mudah untuk menjadi lebih baik.Seakan jihad dalam diri.Setiap hari bertarung dengan nafsu dan hati yang rapuh.Seringkali kita berkehendakkan sesuatu sedang kita tahu ia tidak baik untuk kita.

Ada satu kisah yang ingin aku sampaikan.Muga ia menjadi pengajaran untuk semua muslimah.

Bila kita lupa pada rahmatNya,bila kita menangisi ape yang kita kehilangan lebih dari mencari sebab mengapa Dia menginginkannya begitu,syaitan akan bersorak tanda kemenangan.

Maka terjadilah hypertension dimana ia selalu terjadi pada golongan wanita.Kerana fitrahnya wanita lebih lemah dari lelaki kecuali wanita yang beriman.Bila kita lemah tanpa kita sedari,kita lupa pada Dia.Kita lebih ingat pada kesedihan.Bila kita lemah,ada yang akan menumpang yakni jin dan syaitan.Dan kerana itu terjadilah histeria dan penyakit gila.

Hati terasa panas.Jiwa gelisah.Rasa ingin menjerit sekuat hati.Menangis tanpa henti.Pelajaran entah ke mana.Kesihatan merosot.Inilah permulaan histeria.Lihatlah bahayanye kesedihan.

Kerana itu kita sebagai muslimah mesti mempunyai perisai diri yakni iman.Kerana kita insan yang lemah dan beremosi.Percayalah setiap kepahitan pasti ada kemanisan.Ingat,keluarga adalah faktor utama dan yang paling penting dalam membina semula sahsiah diri.

Aku bersyukur padaMU ya Allah kerana aku mempunyai ibu bapa yang punyai ilmu agama.Maka aku terselamat dari gangguan jin dan syaitan.Bayangkan jika aku biarkan,mungkin aku juga akan menjadi gila kerana hypertension.Bayangkan berapa ramai wanita di luar sana yang terpaksa menelan ubat saban hari kerana penyakit ini.Nauzubillahiminzalik.

Muslimah yang dikasihi,

Kata-kata ini aku petik dari salah satu buku motivasi yang aku baca.Janganlah kita risau jika orang tidak menghargai kita tapi risaulah jika diri kita tidak berharga lagi.

Mengapa?

Kerana fitrahnya manusia Allah jadikan tidak pernah bersyukur.Jika kita melakukan sesuatu kebaikan untuk mengharapkan balasan dari manusia maka kita akan kecewa.Kerana fitrah manusia itu sering lupa dan tidak bersyukur.Berapa ramai manusia yang bersyukur pada Allah atas nikmat yang telah Dia berikan.Terlalu sedikit.Jadi buatlah sesuatu kerana Allah.Kerana Dia tidak pernah lupa.

Tuhan,
Aku insan yang lemah
Bantulah aku supaya dekat padaMu
Jauhkanlah aku pada perkara yang menjauhkan aku kepadaMu
Berilah aku keredhaan hati
Maafkan segala dosa-dosaku

Jika perkara yang aku sukai
Membawa keburukan kepadaku
Dan menjauhkan aku kepadaMu
Jauhkanlah ia daripada aku
Buangkanlah ia dari hatiku
Agar aku sentiasa berada dalam keredhaanMu
Berilah aku kekuatan
untuk taubat yang sebenar-benar kepadaMu

Monday, June 27, 2011

Cinta Zulaikha Untuk Yusuf a.s

PEDOMAN

  • Allah lah yang menanam rasa cinta ke dalam hati manusia
  • Kecantikan, ketampanan, kekayaan dan segala macam bentuk kenikmatan adalah milik Allah dan Allah-lah yang berhak memberi dan menarik kembali apabila tiba masanya.
  • Ketika di dalam kekecewaan dan kebahagiaan, kita hendaklah menyerahkan segala – galanya kepada Allah Swt

PEDOMAN KISAH NABI YUSUF DAN ZULAIKHA

Dahulu hidupnya di dalam kemuliaan dan kemewahan. Dia seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik dan juga menawan.

Siti Zulaikha…

Pada asalnya adalah dia merupakan isteri kepada Al Aziz, seorang pembesar Mesir. Namun setelah ketiadaan suaminya, ia menjadi jatuh miskin dan wajahnya menjadi kelihatan tua. Meskipun begitu, kecintaannya kepada Nabi Yusuf A.S tetap sama. Tidak berubah malah hari demi hari, zulaikha semakin merindui dan mencintai Nabi Yusuf A.S.

Hari-harinya berlalu dengan kekecewaan. Zulaikha yang sebelum ini seorang penyembah berhala. Dia pernah menghempas berhala – berhala tersebut sehingga pecah berderai. Sehinggalah pada suatu masa, Zulaikha beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu malam, Zulaikha bermunajat kepada Allah SWT,

“Ya Allah, tidak sedikit pun harta dan kekayaanku tinggal, semuanya telah musnah, dan aku telah menjadiorang yang tua, terhina dan miskin. Lalu Engkau uji pula dengan rasa cinta terhadap Yusuf. Maka pertemukanlah aku dengannya atau Engkau hilangkanlah rasa cinta terhadapnya daripada qalbuku.”

Para malaikat mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata :
” Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Zulaikha telah datang ke HadhratMu, memohon kepadaMu dengan iman dan ikhlas.”

Maka Allah berfirman :
” Wahai para malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya.”

Siti Zulaikha Menemui Rombongan Yusuf As.

Pada suatu hari, Nabi Yusuf A.S berjalan melewati pondok Siti Zulaikha bersama dengan rombongan tenteranya. Maka keluarlah Ziti Zulaikha dari dalam pondoknya, dan pergi menemui rombongan Nabi Yusuf A.s lalu berkata,
” Maha Suci Zat yang telah menjadikan dengan RahmatNya seorang budak menjadi raja”

Kemudian Yusuf A.s bertanya :
“Siapakah engkau?

Zulaikha menjawab :
“Aku adalah orang yang telah membelimu dengan permata, intan, berlian, emas, dan minyak yang paling wangi. Akulah orang yang tidak pernah kenyang apabila makan semenjak aku menyintaimu, dan mataku tidak dapat dipejamkan semenjak memandangmu.

Lalu Nabi Yusuf A.s berkata :
“Mungkin engkau adalah Zulaikha!”

Jawab Zulaikha,
“Benar Ya Yusuf”

Yusuf bertanya lagi,
“Kemanakah harta, kecantikan dan segala kemewahanmu yang dahulu?”

Zulaikha menjawab,
“Semuanya telah lenyap lantaran cintaku kepadamu,

Yusuf bertanya,
“Bagaimana dengan keadaan cintamu itu?

Zulaikha berkata,
“Cintaku tetap tidak berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu

Kemudian Yusuf as berkata kepada Zulaikha,
“Apakah yang engkau inginkan lagi wahai Zulaikha?”

Zulaikha menjawab,
“Aku mengingini tiga (3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”

Lalu Yusuf as berlalu pergi untuk meninggalkan Zulaikha.

Allah SWT Menikahkan Nabi Yusuf as dengan Zulaikha

Allah SWT telah mewahyukan Yusuf as ketika baginda berlalu pergi meninggalkan Zulaikha.

“Wahai Yusuf, engkau telah berkata kepada Zulaikha apa yang engkau inginkan. Akan tetapi engkau tidak memberikan jawapan diatas keinginannya itu. Ketahuilah olehmu, bahawasanya Allah telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha, Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri, disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari yang pun telah menabur bunga – bunga.

Nabi Yusuf as berkata kepada Jibril as,
“Wahai Jibril, sesungguhnya Zulaikha tidak lagi memeliki harta dan kecantikan.

Jibral As lantas menjawab,
“Allah berfirman, walaupun Zulaikha tidak memeliki kecantikannya lagi, namun sesungguhnya Aku mempunyai kekuasaaan dan kebesaran.”

Kemudian Allah Swt memberikan kepada Zulaikha rupa paras yang muda dan sangat cantik, melebihi daripada kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu. Lalu Allah SWT menanamkan ke dalam hati Yusuf rasa cinta dan kasih sayang. Sebelumnya Yusuf sebagai orang yang dicintai, namun sekarang Yusuf menjadi seorang pencinta. Sedangkan pada suatu ketika dahulu Zulaikha menjadi seorang pencinta, kini dia menjadi orang yang dicintai.

Entry kali ini adalah sebagai peringatan kpd kita sesama muslim.Bukanlah bertujuan untuk mengajar kita untuk bercinta membuta tuli.

Tetapi sebagai peringatan bahawa cinta kepada Allah itu lebih hakiki.Bila kita mencintaiNya,semua makhluknya akan lebih mencintai kita dengan izinNya.

Apabila Dia tidak mengizinkan sesuatu,ia adalah yang terbaik untuk kita.

Mengapa manusia diuji?

Kerana Allah rindu pada hambanya.Rindu pada esak tangis kita untuk meminta padaNya.

Hikmahnya,kita lebih dekat padaNya.Hati kita lebih tenang bila bergantung padaNya.

credit to:

http://nurtaufiq.wordpress.com



Friday, March 25, 2011

Redha

Lama aku fikir
cuba mencari
maksud redha

melepaskan
merelakan
bergantung sepenuhnya
pada Allah

jadi kerana itu
aku maafkan kau

sahabatku

ketika kau
ucapkan kata maaf
seharian aku
bercelaru

rasa tak sampai hati
sayu
walau mungkin
aku tak tahu
seikhlas mana
ape yang kau ucapkan
itu

sebab aku
sangat pasti
dengan apa
yang
aku nampak
walau kau
menafikan

tapi
aku ingin
bersangka baek
kerana
aku juga
hamba Allah
punya khilaf

aku serahkan pada Dia

hubungan saudara
antara kita
takkan putus

hanya sebab itu

aku redha
mungkin bukan rezeki aku

marah aku dah hilang
hati aku dah sejuk

walau kadang
aku marah dengan diri sendiri

kenapa terlalu mudah
kenapa senang
untuk aku berbaek
sedang aku terluka

tapi itulah konsep redha
iaitu menerima

apa sahaja
kita buat
kita tawakal
jangan pernah
rasa lemah
rasa kalah
kerana
kita ada doa

aku bukan insan yang baek
tapi insan
yang penuh dengan dosa
tapi aku ingin belajar
menjadi lebih baek

belajar

menghargai
menghormati
menyayangi
menjaga

diri sendiri
keluarga

dan

harga diri

Sunday, March 20, 2011

Ibu

Banyak benda
yang aku
perlu belajar

konsep redha
dan
makna kehidupan

satu hari
rasa down

sedih
kecewa

kita manusia
tak pandai
nak baca
hati orang

lagi-lagi
yang hipokrit
depan baek
tapi tikam
dari belakang

muslimah sebenar
bukan terletak
pada pakaian
sahaja

tapi
hatinya

alasan
yang
kau bagi
hanya sebab tekanan

bagi aku
tak munasabah

kesan
tekanan kau
menjejaskan
aku

pointer aku

aku ingin belajar
redha

pagi-pagi
aku bangun
gantikan kau

sebab kau sakit

ini ke yang patut aku dapat?

kau guna
kebaikan aku

ya aku marah

aku jadi tak redha
sebab aku terlalu marah

dari pahala yang aku dapat
sekarang dah jadi dosa

aku diam
tapi kau pijak aku

diam aku
bukan
bermakna aku lemah

tapi sebab
aku percaya
akan doa
orang-orang teraniaya

seandainya aku betul
dan
aku teraniaya
aku mohon
agar
Dia beri aku yang lebih baek

hidup ni ibarat roda
ingat
tak selamanya
kita berada diatas
jangan mudah alpa

tapi
hikmahnya
bagi aku
sebab perkara ni
untuk pertama kali
aku dapat luah
pada ibu

ibu cakap
redha
dan
tawakal

kalau kita tahu kita benar

rasa tenang
damai

ibu cakap
dah pegi tido
jangan pikir lagi
makan
ibu sentiasa doakan
yang terbaek

ibu terima kasih
terima kasih
sebab
esoknya ibu telefon
tanya khabar owang

terasa besarnya
kasih ibu

ibu
doakan anakmu
ini
menjadi insan
yang solehah

agar sampai satu masa
saat mata owang tertutup
kita semua
boleh berkumpul
di Jannah

Amin

Sunday, March 13, 2011

Kekuatan

Ramai org tanya aku.
bile ko ada blog
nape xbagi link.
xadd aku pun.
Sori ye kwn2.
Sebenarnya blog ni utk aku.
kisah aku.
xde ape yg menarik utk dibaca pn.
Sebab tu sape dri aku pn aku xtulis.

Ramai yang xtahu aku suka menulis.
dalam diari kesayangan aku
segala suka dan duka
Tp byknya tulisan aku
pasal orang lain
terlalu sikit rasanya
tentang diri sendiri

jadi kali ni
aku buat blog
untuk diri aku

bila masa berlalu
bila aku toleh kembali pada kisah lalu
tentang aku
aku akan tersenyum sendiri

dan

renung kembali
perjalanan hidup
yang mungkin
akan buat
aku jadi lebih kuat
dari
hari ini

dan mungkin
bila aku
sudah berkeluarga
dan
bersuami
aku boleh kongsi
suka dan duka
yang dah aku tempuhi

2 semester to go
dan
aku akan grad

mengingatkan itu
aku jadi
sedih sendiri

matlamat yang ingin aku capai
masih terlalu jauh

suara mak
terngiang2 di telinga
penuh pengharapan

ibu..ayah
kali ni aku akan cuba
sedaya yang termampu
demi kalian

ibu
ibu yang paling faham
segala apa yang aku buat
ibu sentiasa sokong

pilihan aku

ibu
maaf
kerana kecewakan ibu

pka
maaf kerana selama ni
akak selalu buat kau
sedih dan risau

akak terlupa akan makna kasih

kasih adik pada akaknya
kasih mak pada anaknya

akak terlupa kalian tetap ada
tak penah pergi

saat pka marah
buat pertama kali
luah apa yang pka rasa
akk rasa macam kena tampar
apa yang akk dah buat

akak buat pka nangis kerana akak

pka
jangan penah risau lg
tntang akak
i'm okay now

demi kalian
akk akan cuba yang terbaek

i love all of u so much

Saturday, March 5, 2011

Dear Diary

Dear diary,

Hari ini
aku panjatkan
kesyukuran
yang tidak
terhingga

kerana aku masih
bernafas
untuk
hari ini

Hari ini
aku bersyukur
ya Allah

dilapangkan
ditenangkan
disenangkan

hati
yang sentiasa
resah

hanya
kerana
ujian
yang begitu
kecil

Hari ini
aku memohon
padaMu

aku ingin
kekuatan

aku ingin
tempuh
ujian darimu

agar terhapus
dosa-dosa
masa
laluku

peliharalah aku
ya ALLAH

maruahku
agamaku
keturunanku

agar aku
menjadi
wanita yang solehah

WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



Tuesday, February 22, 2011

Dari Hati

Aku ingin lupa
tp
kerana kau
sakitnya terasa
lagi

byk kali
aku fikir

benarkah
kau sudah berubah
atau
hanya sekadar sandiwara

kau faham
kau mengerti
benarkah?

kau faham
perasaan seseorang
yang terluka

dilukai
wanita lain
yang sejantina

kau faham
perasaan
diganggu
mental
emosi

oleh wanita
yang patut
lebih faham
perasaan wanita lain

jahat ke aku
jika aku
memilih
untuk tak terluka
lagi

jika kau berubah
renunglah baik2

muhasabah diri

aku diam
selama ini

kenapa

aku tak marah
tak maki

malah

tak penah
sekali pun
aku cakap
dan
balas
apa2 pada kau

walau
kau rampas
hak aku
lukakan aku

kenapa

kerana
kau perempuan
seperti aku

aku terluka
dengan
semua
yang tejadi

tapi satu
yang kau
mungkin
tak tahu

aku lebih terluka
dengan kau

bukan kerana
kau rampas
hak aku

tapi
kerana sikap
kau

aku sayang dia
tau tak

jika dia jumpa
perempuan
lebih baik

aku redha

walau
sakit mana
pun aku

tapi
kerana
sikap kau
aku lebih terluka
lagi
dengan semua
yang terjadi

Sunday, February 20, 2011

UNTUK KAU

Terlalu lama aku berdiam
tp
aku juga
manusia biasa

punya had nya

adakah bila
kita
merasakan yg sama
bermaksud kita faham
kita dekat
kita mengerti
walau hakikatnya
situasi nya teramatlah berbeza

adakah bila kita melukakan
hati seseorang
kita rasa berhak
utk ikot campur
dan faham segala

ini ruang aku
xpnh
aku tujukan pada sape2
cuma
ini kisah aku

kalau aku xpnh
tulis nama dia
tujukan pada dia
salahkan dia
siapa beri hak
tuk kau tulis

sekali lagi
aku tekankan
ini ruang aku

aku xberi kau
hak
tuk tulis nama dia
malukan dia
di ruang aku
sedang aku sendiri
xpnh tulis
sape diri aku

diam
tu yg terbaik tuk kau lakukan
pergi
hilang
lenyap

supaya satu hari
saat aku
mula lupa
aku akan belajar
untuk memaafkan

Monday, February 14, 2011

SABAR

Hari ni ak baca buku Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.
Sangat indah pengertiannya.
mengajar aku untuk tidak terlalu bersedih.

Sebagai anak wajib bg kita
menghormati org tua.
cuma terkadang ak goyah

serasa ak sering ggal
dalam byk perkara

rasa bagai gagal membuat
mak dan ayah bangga
gagal dalam bercinta
gagal dalam segalanya

mgkin ak bukan anak
harapan mereka

dosa kah aku jika berfikiran begitu?

Ya Allah kuatkan iman ak
ak xmahu sesekali
mjadi anak dehaka
kerna walau bsar mana
rasa sdih dihatiku
besar lagi pengorbanan
mereka
utk aku

membesarkan
menjaga
mendidik

Tuhan jadikan aku anak yg solehah
yang mendoakan kedua org tuanya

golongkan aku dikalangan orang yang sabar

"...Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"
Surah At-Talaq:7

"...Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"
Surah Az-Zumar:10

Sunday, February 13, 2011

Buat Lelaki-Lelaki Di Luar Sana

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

Jadi sentiasa ingatlah
tiada insan yang sempurna
belajarlah utk menerima
pasangan kita seadanya

Sunday, January 2, 2011

Makna persahabatan

Disakiti dan menyakiti..
rs disakiti tu sakit..tau x
tp menyakiti tu lg sakit

kenape??

sebab smpai skunk
rs penyesalan tu ada
walau dh hmpir 7 taun berlalu

mengimpikan sowg keksih n shbt
impian sume wanita
bezanya
impian n realiti
xsama

tp akhirnya ak sedar
ape itu shbt
shbt yg dah ak sia2 kn
sb mgkin usia
yg tlalu muda
buat ak xsdar

atau mgkin kerna
dia slalu ada

kdg2 bile die ada di dpn mata
kt anggap sepi n xbmkna
tp bile dia ilang
kite rs mnyesal seumur idup kt

Die shbt terbaek ak..sekali pn die xpnh tnggalkan ak.die org ptama yg ak critakan suke,duke prit yg berlaku dlm idup ak.dan org kedua adlh bestfriend llaki ak dan jg yg pnh mjadi kekasih ak. bezanye
antara mnyakiti dan disakiti
dan ak adlh org yg telah mlakukan n mrasakan kedua2 nya

seyes,ak btol2 xtau ape mkna persahabatan.bg ak sahabat tu xwujud.sebabnya,ak br rs dsakiti
ms tu.jd ak xpcaya adanye besfrenz

dgn umur yg tlalu muda.13 taun wat ak xley bfikir.dan ak tau ak dah tnggalkan luka di hati kau.percayalah,smpai umur ak 21 tahun skunk pn xpnh skali ak xmnyesal dgn pbuatan ak.

saat,kau btol2 tnggalkan ak.ak ingat ak xkan ape2 tnpa kau.tp x.ak rs kosong..ilang.
tp ak tau dah terlmbat
ak pindah dr skolah pn sb ak nk lupe sumenye
ak xsnggup tgk ko rpt ngn org len
lg2 tok ingt btapa bodohnya aku

jd sblm pegi ak tnggalkan surat tok ko
surat yg ko kata nk kat 500 kali kau baca
ak baca entry ko

tp sebab kau
ak berubah
ak bkn yg dulu
ak dah xego lg
ak jmpa besfren lg
igt x yg ak crita kat kau dulu
kwn n jg kekasih ak
tp xsama
sebab dia slalu pegi dr ak
terlalu penat tok pgang dia

maaf tok sumenye
dan ak nk kau tahu
ak sayang kau sampai bile2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia