CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 26, 2012

Awak



Awak,

Saya pernah buat kesilapan dalam hidup saya yang saya tak merasa bangga pun untuk menceritakannya.
Sesungguhnya tiada yang paling bermakna dalam hidup seorang wanita melainkan seorang lelaki yang sanggup mengangkat martabatnya untuk melamarnya sebagai suri dihati.Terima kasih kerana menjadikan saya seistimewa itu.

Awak,

Cinta pada saya bukan seperti dulu.Sehingga kini saya masih terkesan dengan kisah lalu.Bukan rupa yang saya inginkan,bukan juga kata-kata dan janji manis.Tapi muga awak memahami yang cinta saya kini bukan dengan istilah kapel,luahan rasa ditelefon dan juga mesej-mesej yang melalaikan.Tapi istikharah cinta yang membuatkan saya betul-betul yakin yang awaklah insan tersebut.

Awak,

Jika kata awak benar ikhlas,istikahrahlah.Dan jika awak jodoh saya,saya akan terima awak seredhanya.Dan sebelum tiba saat itu berilah saya masa untuk perbaiki diri.Berilah saya masa untuk berdoa meminta padanya menunjukkan saya jalan yang terbaik.Berilah saya masa untuk saya betol yakin yang saya boleh menjadi isteri yang baik.

Awak,

Jika dalam pernantian ini awak merasa tidak sabar atau berjumpa yang lebih baik saya tidak akan merasa marah malah saya akan bersyukur kerana saya tahu awak seorang lelaki yang baik.Dan jika kita tidak berjodoh janganlah kita saling membenci dan marah.Percayalah Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Awak,

Saya tak dapat memberi awak sebarang janji.Tapi percayalah saya akan berusaha berdoa semuga Allah membuka pintu hati saya untuk menerima lelaki yang ikhlas pada saya.Mungkin awak akan merasa bosan dengan penantian ini tanpa kata madah cinta,tanpa pertemuan dan tanpa typical aktiviti  orang yang bercinta lakukan.Tapi jika itu yang awak inginkan,maaf saya bukan orangnya.Silakanlah mencari yang lain.Tapi jika perkahwinan yang diberkati dan diredhai yang awak inginkan berilah kita masa untuk lebih persiapkan diri.Sehingga waktu itu persolehkan diri.Saya inginkan seorang suami yang dapat memimpin saya hingga akhirat sana.

Ikhlas,
Saya
(Nur)

2 comments:

mamr tulisanhati said...

terlalu banyak batas dalam percintaan, kerana untuk mengelakkan daripada melanggar batas itu yang merasakan diri kita tidak mampu melalui alam percintaan lebih baik jangan mulakan langkah untuk bercinta atau mengenaili seseorang.Lebih baik cinta kepada agama

Nur said...

Terima kasih saudara atas peringatan tersebut.Insyaalah,semoga Allah sentiasa memelihara saya dan menunjukkan saya jalan yang terbaik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia