CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 31, 2012

Khas Buat wanita Yang Sedang Bersedih:Wanita Dan Hidayah Dari Allah



Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa??

Fikir itu dengan menggunakan akal
dan rasa itu melalui hati

~ Nur ~

Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya??

Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut
dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.

Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.Dan kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.Kerana hati ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya.

Ketahuilah muslimah,

Hati itu pengawal keseluruhannya.Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang itu,insyaalah baiklah keseluruhannya.

Seringkali akal gagal untuk memandu hati.Kerana itu bersihkanlah hati mu.Bila marah berdoalah muga dibersihkan hatimu.Ditenangkan hatimu.Berceritalah kepadaNya.Nescaya Dia akan menghadiahkan sebuah ketenangan kepada hati milikmu.

Ingatlah muslimah sekalian,

Jika hatimu bersih insyaalah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hatimu.

Dan tahukah kamu jika terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah,ianya adalah hidayah dari Allah untukmu.Kerana rasa itu milik Allah,dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa itu kepada kita.

Cuma mungkin kita diantara sedar atau tidak dengan perkara tersebut.Dan mungkin kita yang mengeraskan hati dari menuju kepada rasa yang telah diilhamkan itu.

Wahai muslimah,

Sesungguhnya Allah sangat menyintai kaum kita.Diberinya kita dengan perasaan yang halus dan peka.Hati yang lembut dan kerana itulah kaum kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa itu.Kerana hati yang lembut dan penyayang itu sangat dicintai Allah.Maka kita harus bersyukur dengan anugerah ini.Dekatilah Dia.Luahkan kesedihan anda kepadaNya.Insyaalah satu hari anda akan bahagia..



Waalhualam
   

Saturday, July 28, 2012

Kenapa Awak Biarkan Air Mata Saya Mengalir?

Jiwa yang TERLUKA tidak seindah SENYUMAN yang terukir
 Facebook
~ taken by Nur ~

Tertarik saya dengan bait kata diatas.Ya,sebuah senyuman bukan penentu yang hati ini bahagia.Tetapi hati yang bahagia pasti akan membuat kita sentiasa tersenyum.

Saya mahukan hati yang bahagia.
Saya mahu tersenyum.
Saya mahu gembira dengan apa yang saya ada.

Dan saya gembira.

Cuma ada ketika saat hati ini terluka.
air mata seakan tidak berhenti mengalir


Rasa marah memenuhi hati.

Dan kepada Dialah
tempat saya bercerita


Dan hati ini tenang kembali

Ingin saya katakan di sini
saya ingin menjadi seperti ini

Aku tidak berharap
untuk menjadi orang terpenting dalam hidup setiap orang
Kerana 
itu merupakan permintaan yang terlalu besar untukku

Aku hanya berharap satu hari nanti
saat dia dan mereka 
melihatku
mengingatiku
Mereka akan tersenyum dan berkata
"Dialah orang yang selalu menyayangiku" 
 


saya ingin bahagia dengan hati yang terluka
untuk saya lebih memahami makna memaafkan

 Kita manusia biasa yang sentiasa diduga.Ada saat kita pasti bersedih dan terluka.Dan pilihan di tangan kita samaada untuk mengubati luka itu dengan nikmat dunia atau nikmat akhirat.Kita cuma insan biasa yang ingin menjadi lebih baik.Tetapi tidak bermakna kita tidak punyai perasaan dan rasa marah.

Ya mmg lebih mudah untuk marah dan mengatakan apa yang dirasa.Lebih mudah untuk melukakan hati orang demi untuk kepuasaan hati.Tetapi untuk diri ini memilih cara itu alhamdulillah belum terdetik lagi.Bukan kerana tidak mampu tetapi lebih kepada tidak mahu. 

Kerana, melukakan hati orang itu adalah lebih sakit dari dilukakan.
kerana dosa menganiaya orang itu hanya boleh diampunkan oleh orang yang dianiaya
kerana tidak mahu menanggung dosa orang yang dianiaya
dan
kerana satu doa yang dipanjatkan agar satu hari dibukakan pintu hatinya untuk benar-benar sedar.

Belajarlah menghormati orang lain
Belajarlah erti menjaga hati
hayati konsep islam sebenarnya
fahami apa itu ukhuwah
kerana insan yang baik itu
insan yang baik pada hatinya
meskipun pernah melakukan dosa
tapi sentiasa berjihad untuk mengubah dirinya
untuk menjadi lebih baik.

waallahualam



Tuesday, July 24, 2012

Hati Yang Terluka

Allah beri apa yang kamu PERLU..
BUKAN apa yang kamu MAHU..
Kamu amat BERHARGA..
BUKAN UNTUK DIPERSIA..


---yang diatas is taken from facebook-----

Manusia itu sama di mata ALLAH
yang membezakan cumalah iman di dada
Siapa kamu yang merasa terlalu bangga
Melukakan hati orang sewenangnya


Jika lidah kamu umpama belati
Lebih baik kamu diam tidak bersuara 
Apakah kamu fikir memaafkan itu adalah mudah?

Apa erti kemaafan itu
Jika ia masih dilakukan berkali-kali


"kalau dah mati lawat jelah"

ayat itu
umpama belati yang menghiris hati
menunjukkan
keegoaan seketul hati

mungkin ia satu persendaan dan permainan
untuk orang sepertimu

tapi aku ingin ingatkan

kesakitan aku
bukan mainan
maruah aku
bukan untuk dipersendakan
diri aku
bukan untuk
di sia-siakan

pernah kau fikir
ape yang pernah aku lalui
pernah kau fikir
walau sekali
kebaikan aku walau sedikit

jika kau benar berfikir
aku pasti
kau tidak akan melakukan aku
sebegini

dan baru kini aku benar mengerti
tiada guna bersahabat
dengan
orang yang tidak pernah
menjaga lidah dan hati

lebih baik memiliki wajah yang hodoh
dari memiliki wajah yang elok
tapi lidah yang berbisa
dan
hati yang keras umpama batu

mungkin kau lupa
hati yang keras itu
adalah hati yang jauh dari Allah

dan orang yang benar bertaubat itu
tidak mungkin akan masih memiliki
lidah yang mampu melukakan hati orang lain

Ya Allah
ampunilah aku atas ketidaksabaranku dalam ujian ini
sesungguhnya aku manusia biasa
hati ini benar-benar sakit
ampunkanlah aku ya Allah.







Wednesday, July 18, 2012

Insan Yang Terpilih


Wahai wanita,
Bergembiralah
Kerana andalah insan-insan yang terpilih

=) ~Nur ~

Pernah dulu aku sering tertanya-tanya kenapa aku ditimpakan dengan musibah ini
Tapi sekarang aku mula memahami
Dan aku yakin inilah jawapan yang aku cari

Kerana aku insan yang terpilih

Terkadang bila aku mula leka
aku merasa sesuatu di hati
pernah tak muslimah mengalaminya?

Hati terasa panas
Jiwa mula tidak tenteram
Hendak marah tanpa sebab
Kerja yang dilakukan menjadi tidak sempurna

Maka saat itu aku tahu aku sudah terleka
Maka aku muhasabah diri
Dan kembali mengingatiNya

Wahai muslimah,

Nikmat apa lagi yang kita inginkan
selain dari nikmat ini
Berapa ramai manusia yang terlalu jauh terleka
kerana tidak dikurniakan dengan nikmat seperti ini

Ketahuilah

Allah mengilhamkan hati-hati kita dengan rasa ini
agar kita sentiasa dekat denganNya


Muslimah sekalian,

Mahukah anda mengetahui mengapa nikmat ini diberikan kepada kita
Kerana ketahuilah hidayah Allah itu adalah untuk orang yang lembut hatinya
Hati yang mudah dibentuk
Hati yang mudah disaluri dengan kemanisan iman
Ya, iaitu hati kaum kita

Hidayah itu tidak mungkin akan hadir ke dalam hati insan yang keras hatinya
Kerana keegoaan hatinya adalah tanda keegoan dirinya pada Allah
Dan sesungguhnya itulah yang menjauhkan dia dari TuhanNya

Sesungguhnya Ya ALLAH
Aku benar-benar bersyukur dengan nikmat ini
Sesungguhnya aku manusia yang sering terlupa
Ingatilah aku dan janganlah Kau berpaling dariku
Lorongkanlah aku ke jalanMu
Ke jalan yang Kau sentiasa redhai.

Amin Ya Rabb

Wallahualam



Monday, July 9, 2012

Seorang yang bernama WANITA


HATI

Seorang yang bernama WANITA.

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.

Dengan kelembutan hati wanitalah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.

Muslimah sekalian,

Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya dengan cinta kepada Illahi.

Wahai wanita,

Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.

Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.


Wallahualam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia