CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 27, 2011

Cinta Zulaikha Untuk Yusuf a.s

PEDOMAN

  • Allah lah yang menanam rasa cinta ke dalam hati manusia
  • Kecantikan, ketampanan, kekayaan dan segala macam bentuk kenikmatan adalah milik Allah dan Allah-lah yang berhak memberi dan menarik kembali apabila tiba masanya.
  • Ketika di dalam kekecewaan dan kebahagiaan, kita hendaklah menyerahkan segala – galanya kepada Allah Swt

PEDOMAN KISAH NABI YUSUF DAN ZULAIKHA

Dahulu hidupnya di dalam kemuliaan dan kemewahan. Dia seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik dan juga menawan.

Siti Zulaikha…

Pada asalnya adalah dia merupakan isteri kepada Al Aziz, seorang pembesar Mesir. Namun setelah ketiadaan suaminya, ia menjadi jatuh miskin dan wajahnya menjadi kelihatan tua. Meskipun begitu, kecintaannya kepada Nabi Yusuf A.S tetap sama. Tidak berubah malah hari demi hari, zulaikha semakin merindui dan mencintai Nabi Yusuf A.S.

Hari-harinya berlalu dengan kekecewaan. Zulaikha yang sebelum ini seorang penyembah berhala. Dia pernah menghempas berhala – berhala tersebut sehingga pecah berderai. Sehinggalah pada suatu masa, Zulaikha beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu malam, Zulaikha bermunajat kepada Allah SWT,

“Ya Allah, tidak sedikit pun harta dan kekayaanku tinggal, semuanya telah musnah, dan aku telah menjadiorang yang tua, terhina dan miskin. Lalu Engkau uji pula dengan rasa cinta terhadap Yusuf. Maka pertemukanlah aku dengannya atau Engkau hilangkanlah rasa cinta terhadapnya daripada qalbuku.”

Para malaikat mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata :
” Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Zulaikha telah datang ke HadhratMu, memohon kepadaMu dengan iman dan ikhlas.”

Maka Allah berfirman :
” Wahai para malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya.”

Siti Zulaikha Menemui Rombongan Yusuf As.

Pada suatu hari, Nabi Yusuf A.S berjalan melewati pondok Siti Zulaikha bersama dengan rombongan tenteranya. Maka keluarlah Ziti Zulaikha dari dalam pondoknya, dan pergi menemui rombongan Nabi Yusuf A.s lalu berkata,
” Maha Suci Zat yang telah menjadikan dengan RahmatNya seorang budak menjadi raja”

Kemudian Yusuf A.s bertanya :
“Siapakah engkau?

Zulaikha menjawab :
“Aku adalah orang yang telah membelimu dengan permata, intan, berlian, emas, dan minyak yang paling wangi. Akulah orang yang tidak pernah kenyang apabila makan semenjak aku menyintaimu, dan mataku tidak dapat dipejamkan semenjak memandangmu.

Lalu Nabi Yusuf A.s berkata :
“Mungkin engkau adalah Zulaikha!”

Jawab Zulaikha,
“Benar Ya Yusuf”

Yusuf bertanya lagi,
“Kemanakah harta, kecantikan dan segala kemewahanmu yang dahulu?”

Zulaikha menjawab,
“Semuanya telah lenyap lantaran cintaku kepadamu,

Yusuf bertanya,
“Bagaimana dengan keadaan cintamu itu?

Zulaikha berkata,
“Cintaku tetap tidak berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu

Kemudian Yusuf as berkata kepada Zulaikha,
“Apakah yang engkau inginkan lagi wahai Zulaikha?”

Zulaikha menjawab,
“Aku mengingini tiga (3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”

Lalu Yusuf as berlalu pergi untuk meninggalkan Zulaikha.

Allah SWT Menikahkan Nabi Yusuf as dengan Zulaikha

Allah SWT telah mewahyukan Yusuf as ketika baginda berlalu pergi meninggalkan Zulaikha.

“Wahai Yusuf, engkau telah berkata kepada Zulaikha apa yang engkau inginkan. Akan tetapi engkau tidak memberikan jawapan diatas keinginannya itu. Ketahuilah olehmu, bahawasanya Allah telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha, Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri, disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari yang pun telah menabur bunga – bunga.

Nabi Yusuf as berkata kepada Jibril as,
“Wahai Jibril, sesungguhnya Zulaikha tidak lagi memeliki harta dan kecantikan.

Jibral As lantas menjawab,
“Allah berfirman, walaupun Zulaikha tidak memeliki kecantikannya lagi, namun sesungguhnya Aku mempunyai kekuasaaan dan kebesaran.”

Kemudian Allah Swt memberikan kepada Zulaikha rupa paras yang muda dan sangat cantik, melebihi daripada kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu. Lalu Allah SWT menanamkan ke dalam hati Yusuf rasa cinta dan kasih sayang. Sebelumnya Yusuf sebagai orang yang dicintai, namun sekarang Yusuf menjadi seorang pencinta. Sedangkan pada suatu ketika dahulu Zulaikha menjadi seorang pencinta, kini dia menjadi orang yang dicintai.

Entry kali ini adalah sebagai peringatan kpd kita sesama muslim.Bukanlah bertujuan untuk mengajar kita untuk bercinta membuta tuli.

Tetapi sebagai peringatan bahawa cinta kepada Allah itu lebih hakiki.Bila kita mencintaiNya,semua makhluknya akan lebih mencintai kita dengan izinNya.

Apabila Dia tidak mengizinkan sesuatu,ia adalah yang terbaik untuk kita.

Mengapa manusia diuji?

Kerana Allah rindu pada hambanya.Rindu pada esak tangis kita untuk meminta padaNya.

Hikmahnya,kita lebih dekat padaNya.Hati kita lebih tenang bila bergantung padaNya.

credit to:

http://nurtaufiq.wordpress.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia