CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 25, 2011

Redha

Lama aku fikir
cuba mencari
maksud redha

melepaskan
merelakan
bergantung sepenuhnya
pada Allah

jadi kerana itu
aku maafkan kau

sahabatku

ketika kau
ucapkan kata maaf
seharian aku
bercelaru

rasa tak sampai hati
sayu
walau mungkin
aku tak tahu
seikhlas mana
ape yang kau ucapkan
itu

sebab aku
sangat pasti
dengan apa
yang
aku nampak
walau kau
menafikan

tapi
aku ingin
bersangka baek
kerana
aku juga
hamba Allah
punya khilaf

aku serahkan pada Dia

hubungan saudara
antara kita
takkan putus

hanya sebab itu

aku redha
mungkin bukan rezeki aku

marah aku dah hilang
hati aku dah sejuk

walau kadang
aku marah dengan diri sendiri

kenapa terlalu mudah
kenapa senang
untuk aku berbaek
sedang aku terluka

tapi itulah konsep redha
iaitu menerima

apa sahaja
kita buat
kita tawakal
jangan pernah
rasa lemah
rasa kalah
kerana
kita ada doa

aku bukan insan yang baek
tapi insan
yang penuh dengan dosa
tapi aku ingin belajar
menjadi lebih baek

belajar

menghargai
menghormati
menyayangi
menjaga

diri sendiri
keluarga

dan

harga diri

Sunday, March 20, 2011

Ibu

Banyak benda
yang aku
perlu belajar

konsep redha
dan
makna kehidupan

satu hari
rasa down

sedih
kecewa

kita manusia
tak pandai
nak baca
hati orang

lagi-lagi
yang hipokrit
depan baek
tapi tikam
dari belakang

muslimah sebenar
bukan terletak
pada pakaian
sahaja

tapi
hatinya

alasan
yang
kau bagi
hanya sebab tekanan

bagi aku
tak munasabah

kesan
tekanan kau
menjejaskan
aku

pointer aku

aku ingin belajar
redha

pagi-pagi
aku bangun
gantikan kau

sebab kau sakit

ini ke yang patut aku dapat?

kau guna
kebaikan aku

ya aku marah

aku jadi tak redha
sebab aku terlalu marah

dari pahala yang aku dapat
sekarang dah jadi dosa

aku diam
tapi kau pijak aku

diam aku
bukan
bermakna aku lemah

tapi sebab
aku percaya
akan doa
orang-orang teraniaya

seandainya aku betul
dan
aku teraniaya
aku mohon
agar
Dia beri aku yang lebih baek

hidup ni ibarat roda
ingat
tak selamanya
kita berada diatas
jangan mudah alpa

tapi
hikmahnya
bagi aku
sebab perkara ni
untuk pertama kali
aku dapat luah
pada ibu

ibu cakap
redha
dan
tawakal

kalau kita tahu kita benar

rasa tenang
damai

ibu cakap
dah pegi tido
jangan pikir lagi
makan
ibu sentiasa doakan
yang terbaek

ibu terima kasih
terima kasih
sebab
esoknya ibu telefon
tanya khabar owang

terasa besarnya
kasih ibu

ibu
doakan anakmu
ini
menjadi insan
yang solehah

agar sampai satu masa
saat mata owang tertutup
kita semua
boleh berkumpul
di Jannah

Amin

Sunday, March 13, 2011

Kekuatan

Ramai org tanya aku.
bile ko ada blog
nape xbagi link.
xadd aku pun.
Sori ye kwn2.
Sebenarnya blog ni utk aku.
kisah aku.
xde ape yg menarik utk dibaca pn.
Sebab tu sape dri aku pn aku xtulis.

Ramai yang xtahu aku suka menulis.
dalam diari kesayangan aku
segala suka dan duka
Tp byknya tulisan aku
pasal orang lain
terlalu sikit rasanya
tentang diri sendiri

jadi kali ni
aku buat blog
untuk diri aku

bila masa berlalu
bila aku toleh kembali pada kisah lalu
tentang aku
aku akan tersenyum sendiri

dan

renung kembali
perjalanan hidup
yang mungkin
akan buat
aku jadi lebih kuat
dari
hari ini

dan mungkin
bila aku
sudah berkeluarga
dan
bersuami
aku boleh kongsi
suka dan duka
yang dah aku tempuhi

2 semester to go
dan
aku akan grad

mengingatkan itu
aku jadi
sedih sendiri

matlamat yang ingin aku capai
masih terlalu jauh

suara mak
terngiang2 di telinga
penuh pengharapan

ibu..ayah
kali ni aku akan cuba
sedaya yang termampu
demi kalian

ibu
ibu yang paling faham
segala apa yang aku buat
ibu sentiasa sokong

pilihan aku

ibu
maaf
kerana kecewakan ibu

pka
maaf kerana selama ni
akak selalu buat kau
sedih dan risau

akak terlupa akan makna kasih

kasih adik pada akaknya
kasih mak pada anaknya

akak terlupa kalian tetap ada
tak penah pergi

saat pka marah
buat pertama kali
luah apa yang pka rasa
akk rasa macam kena tampar
apa yang akk dah buat

akak buat pka nangis kerana akak

pka
jangan penah risau lg
tntang akak
i'm okay now

demi kalian
akk akan cuba yang terbaek

i love all of u so much

Saturday, March 5, 2011

Dear Diary

Dear diary,

Hari ini
aku panjatkan
kesyukuran
yang tidak
terhingga

kerana aku masih
bernafas
untuk
hari ini

Hari ini
aku bersyukur
ya Allah

dilapangkan
ditenangkan
disenangkan

hati
yang sentiasa
resah

hanya
kerana
ujian
yang begitu
kecil

Hari ini
aku memohon
padaMu

aku ingin
kekuatan

aku ingin
tempuh
ujian darimu

agar terhapus
dosa-dosa
masa
laluku

peliharalah aku
ya ALLAH

maruahku
agamaku
keturunanku

agar aku
menjadi
wanita yang solehah

WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia