CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 26, 2012

Awak



Awak,

Saya pernah buat kesilapan dalam hidup saya yang saya tak merasa bangga pun untuk menceritakannya.
Sesungguhnya tiada yang paling bermakna dalam hidup seorang wanita melainkan seorang lelaki yang sanggup mengangkat martabatnya untuk melamarnya sebagai suri dihati.Terima kasih kerana menjadikan saya seistimewa itu.

Awak,

Cinta pada saya bukan seperti dulu.Sehingga kini saya masih terkesan dengan kisah lalu.Bukan rupa yang saya inginkan,bukan juga kata-kata dan janji manis.Tapi muga awak memahami yang cinta saya kini bukan dengan istilah kapel,luahan rasa ditelefon dan juga mesej-mesej yang melalaikan.Tapi istikharah cinta yang membuatkan saya betul-betul yakin yang awaklah insan tersebut.

Awak,

Jika kata awak benar ikhlas,istikahrahlah.Dan jika awak jodoh saya,saya akan terima awak seredhanya.Dan sebelum tiba saat itu berilah saya masa untuk perbaiki diri.Berilah saya masa untuk berdoa meminta padanya menunjukkan saya jalan yang terbaik.Berilah saya masa untuk saya betol yakin yang saya boleh menjadi isteri yang baik.

Awak,

Jika dalam pernantian ini awak merasa tidak sabar atau berjumpa yang lebih baik saya tidak akan merasa marah malah saya akan bersyukur kerana saya tahu awak seorang lelaki yang baik.Dan jika kita tidak berjodoh janganlah kita saling membenci dan marah.Percayalah Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Awak,

Saya tak dapat memberi awak sebarang janji.Tapi percayalah saya akan berusaha berdoa semuga Allah membuka pintu hati saya untuk menerima lelaki yang ikhlas pada saya.Mungkin awak akan merasa bosan dengan penantian ini tanpa kata madah cinta,tanpa pertemuan dan tanpa typical aktiviti  orang yang bercinta lakukan.Tapi jika itu yang awak inginkan,maaf saya bukan orangnya.Silakanlah mencari yang lain.Tapi jika perkahwinan yang diberkati dan diredhai yang awak inginkan berilah kita masa untuk lebih persiapkan diri.Sehingga waktu itu persolehkan diri.Saya inginkan seorang suami yang dapat memimpin saya hingga akhirat sana.

Ikhlas,
Saya
(Nur)

Erti Cinta


Lewat semalam aku begitu tertarik dengan gaya penulisan satu blog ni.Penulis merungkaikan erti cinta pada mata beliau.Aku mengkagumi cara beliau memahami konsep cinta itu dan sesungguhnya aku sangat terkejut bila mengetahui pemilik blog itu adalah seorang lelaki.Dan disini aku sertakan sedikit intipati dari penulisan beliau mengenai erti cinta.

Bila Bercerita Mengenai Erti Cinta


Semua orang mengharapkan di suatu hari nanti, Allah Ta'ala pertemukan kita dengan pasangan yang terbaik. Untuk dapatkan yang terbaik, perlu nilaikan diri kita dahulu sebelum bermimpi atau memasang angan-angan untuk ke arah itu. Cerminkan diri kita.  Adakah dia sesuai dengan diri aku, sedangkan dia patut di kurniakan lebih baik dari aku ini. Apa kebaikan yang ada pada aku sehingga dia ditakdirkan untuk menemani aku selepas ini. Inilah dikatakan stanza cinta kehidupan. Jangan terlalu taksub dengan cinta yang belum pasti.

Mencari cinta tidak semudah apa yang kita jangka. Apa erti cinta di mata saya.  Selalu saya ulang pada sesiapa yang masih kabur dengan perkara mendapatkan cinta. Cinta itu ibarat bayang-bayang. Ia sentiasa berhampiran dengan diri kita. Tidak perlu kita kejar atau di cari. Kerana dia sentiasa di sisi.. Makin di cari, makin jauh dia lari. Bila tiba saat dan ketikanya, cinta itu pasti hadir dari seseorang yang tidak kita jangka. Yang mampu sebagai manusia biasa, berdoa agar cinta yang di kurniakan buat kita, cinta yang ikhlas, dan bukan cinta di buat-buat atau cinta palsu.

Muhasabahlah cinta. Menilai diri dari keperibadian. Mohonlah pada pemberi cinta Allah Ta'ala, kerana cinta kerana Allah mampu membuatkan kita terasa jahilnya menilai maksud cinta sebelum ini. . Air mata cinta bermohon taubat kepada-Nya lebih di fardhukan ke atas diri kita dari mengalirkan air mata meratap cinta yang tidak kemana hala tujunya. Mungkin perasaan "cinta" ini terlalu halus untuk kita terangkan. Yang jelasnya, kerana cinta, ada sanggup berbuat berbuat apa sahaja.

Pernahkah sahabat atau orang lain mengatakan pada anda "Beri peluang untuk orang mencintai diri kita".Dan disini aku sertakan bagaimana penerimaan penulis pada statement di atas.Dan sesungguhnya aku sangat bersetuju dengan pendapat beliau.

Bukankan cinta itu di kategorikan sebagai "perasaan"? Perasaan  yang hadir tanpa kita memaksa untuk menerimanya. Itulah Cinta. Dan ada segelintirnya pernah berkata, beri peluang untuk orang mencintai diri kita. Aduh !! Beri orang peluang untuk cintakan aku, abis aku?? Aku kena bercinta dengan siapa pula kalau masa menentukan yang aku tiada perasaan untuk rasa apatah lagi berkongsi perasaan yang sama dengan orang yang aku tidak cinta?

Mencari teman lelaki/perempuan untuk dijadikan suami/isteri bukan  merupakan satu pengembaraan atau perjalanan untuk diperjudikan. Kerana mengikutkan perasaan, ramai yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Bagi aku, benar cinta tidak perlu dipaksa tapi cinta itu akan hadir bersama seribu kebaikan yang kita dapat lihat dari pasangan kita.Tatkala dengan jujurnya beliau menyunting kita sebagai seorang isteri.Tatkala seorang lelaki mengangkat martabat kita sebagai seorang wanita dengan menjadi suri dihatinya.

" Di cintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan hati dan perasaan dalamnya " 

Hidup menghadapi cinta, mungkin terlalu mudah bagi orang lain. Bagi saya sebaliknya.Tapi tidak bermaksud kita perlu memaksa untuk menerima.Cuma satu sahaja pendapat daripada saya. Kadangkala di cintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan. Daripada di cintai hanya perlu mendepa tangan menerima dengan hati yang terbuka bersama doa dan redha.Titik.  

Kenapa Saya Masih Keseorangan Tanpa Teman? 

"Kau bila nak kahwin?" "Kau ni memilih sangat ke sampai sekarang single lagi?"."Sampai bila kau nak macam ni.Kau kena move on"

Kenapa saya masih keseorangan. Sebab saya belum sampai masa untuk berteman untuk mendapatkan pasangan. Pasangan yang hati saya terdetik  berkata "dialah jodoh aku yang aku nanti-nantikan selama ini". Keserasian dalam berkomunikasi, dalam bertolak-ansur serta saling bertanggungjawab dalam setiap sudut, jujur, ihklas dalam setiap perlakuan dan perkataan, sentiasa tidak membelakangkan diri samaada dalam situasi susah atau senang adalah harapan dalam bualan doa setiap hari. Bukan mengharapkan luaran semata dan ayat ayat cinta yang tidak tahu berapa lama kekalnya.

Bukan tidak mahu berkahwin ataupun mencari teman. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin melangsungkan perkahwinan bersama dengan yang tersayang, tetapi untuk diri menerima nikmat itu belum tiba masanya lagi. Terasa zalimnya diri ini menerima si dia yang langsung tiada ruang dihati sendiri.

Kamu perlu tahu ini sahaja dari saya

Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin bukanlah sesuatu perancangan manusia yang boleh kita jadikan kenyataan hidup. Ini semua ketentuan Allah Ta'ala buat kita. Allah telah mengaturkan sebaik-baiknya dan bersesuaian dengan intipati keperibadian kita.
Untuk mendapatkan pasangan hidup,tidak perlu memikat dengan kecantikan atau kemewahan mahupun dengan madah cinta. Hanya keperibadian dalaman yang mampu membuat bakal suami kamu terdetik hati untuk menyunting kamu sebagai isteri.
Jangan bazirkan emosi dan air mata kerana gagal mendapatkan cinta dari mata. Disebabkan dikurniakan fitrah di sisi manusia adalah cinta, kita umpamakan kasih sayang itu adalah cinta dan airmata. Seharusnya kamu perlu bersyukur kepada Allah kerana perjalanan cinta yang gagal kali ini membuktikan tanda sayang Allah buat kita untuk membuktikan belum tiba masanya kita di pertemukan dengan pasangan yang sebetulnya.

Ingatlah, perkahwinan bukan semata-mata kerana cinta dan menyimpan perasaan pada manusia. Kerana jika kita sandarkan pada maksud sedemikian, hilang rasa cinta, musnahlah hala tujuan perkahwinan kita yang sebenar-benarnya. Perkahwinan yang kita harapkan nanti adalah sebagai satu jambatan untuk kita terus melangkah ke syurga, bersama dipimpin oleh pasangan kita. Cintakan Allah, kerana mengharapkan keredhaannya. Kerana mengharapkan keredhaannya, kau yang ku panggil suami/isteri, aku terima kau sebagai amanah dari-Nya. Kerana dengan menerima amanah-Nya buat kasih kita terus ke syurga.
Insyaallah ~ Janji Allah itu pasti..



Wallhualam

sumber : www.armujahid.com
 


Friday, May 25, 2012

Sahabat..Kau Yang Teristimewa

Alhamdulillah hari ni selesai sudah satu final paper tinggal 2 more 29 ngan 31 ni.Moga dipermudahkan semua.Moga result sem ni lebih baek dari result yang lepas.Walau sem ni rasa mcm agak susah dengan final year project kena implement website tapi hopefully everything gonna b ok.Pening bila kena wat coding and masa nak present lah tiba-tiba boleh incorrect login.Tapi tak pelah jika ni bukan rezeki moga Dia beri yang lebih baik akan datang.

Satu kisah yang aku ingin kongsikan hari ni berkenaan sahabat dan perbezaan antara 2 nasihat.

Nasihat 1:
"Aku rasa kau ni terlalu baik sangat.Kau tak boleh macam ni nanti orang pijak kau"

Nasihat 2:
"Awak baik.Alhamdullilah saya bersyukur dapat kawan mcm awak.Jangan pernah rasa down dgn kelebihan tu.Ingat biar Allah yang menilai kita bukan manusia.Kalau kita membuat sesuatu untuk kepuasan hati orang percayalah walau macam mana baik pun kita,mereka tidak akan pernah rasa cukup"

Nah,nampak tak perbezaanya.Satu nasihat yang boleh menenggelamkan kita dan satu lagi nasihat yang boleh membuat kita tenang mendengarnya.Sebaris kata yang dapat menyentuh hati untuk terus melakukan kebaikan.

"Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera"

Adakah membantu sahabat yang tidak rapat dikira terlalu baik?
Adakah kerana terpaksa pusing 1 universiti utk membantu sahabat dikira terlalu baik?
Adakah dengan merasa tak sampai hati utk menolak pemintaan seorang sahabat dikira terlalu baik?
Dan adakah salah untuk menjadi seorang yang baik?

Sebagai seorang sahabat bukan ini yang patut kita nasihatkan pada sahabat kita.Tapi nasihatlah,seandainya beribu keburukan dan dosa yang pernah kau lakukan sekurangnya kau masih mempunyai hati.Yakni hati yang baik.Dan semuga dengan hati ini yang dapat menyelamatkan kau di akhirat nanti.

"Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging "

"Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan"

Dan janganlah kita dengan egonya berkata"Sorilah aku tak baek macam kau".Kita tak perlu untuk menjadi baek seperti seseorang.Kita tak boleh menjadi orang lain tapi kita boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya dengan mencontohi akhlak mereka.Akhlak itu separuh dari iman.Jika indah akhlak sesorang itu maka indahlah imannya.

Dan aku sangat bersetuju dengan kata-kata tersebut.Orang yang beriman itu sangat indah akhlaknya.Nasihat mereka penaik semangat kita.Tanpa sebarang kata yang menggores hati.Kata-kata yang menusuk kalbu yang meresap jauh ke lubuk hati dan membuat kita semakin tabah dalam menempuh ujian hidup.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.

  

Semoga satu hari nanti aku dapat menjadi muslimah sepertinya.Mungkin tidak sesempurna Saidatina Aishah R.A tapi sebagai muslimah di akhir zaman.Dan marilah kita sentiasa memberi kebaikan walau mungkin kita tidak dihargai kerana percayalah perbuatan yang baik akan di ingati orang sepanjang hayat.

Wallahualam




Tuesday, May 22, 2012

Suami Mithali



Hari ni,hari yang paling hepi.Mengapa?.Sebab aku baru dapat tau my dearest friend pregnant =).I'm gonna b auntie..hehe.Alhamdulillah,tercapai jugak hajat sahabat aku ni.Seriously,i'm really envy wit her.Tapi aku percaya setiap orang ada bahagian masing-masing,rezeki masing-masing.

Teringat bagaimana pertama kali sahabat aku bergelar isteri,beliau masih tak boleh mencari kesesuaian dengan famili belah mertua.Berjujuran air mata saat bercerita pada aku,tapi satu yang aku selalu yakinkan dia.Apapun dalam hidup ni aku yakin beliau pasti akan boleh tempuhi dengan adanya seorang suami yang tulus menyintainya.

Hidup tak akan pernah sempurna.Terkadang kita dapat suami yang sangat baik tapi famili yang tak memahami.Tapi cukuplah bagi seorang wanita dengan kasih suaminya.Bagi aku beruntunglah seorang wanita yang mendapat seorang lelaki yang tulus menyintainya seadanya dan yang sudi mengambilnya sebagai seorang isteri.

Mereka berkenalan saat di bangku sekolah lagi.Tujuh tahun tempoh perkenalan.Dan yang mengagumkan aku bagaimana lelaki itu begitu ikhlas dan tulus menyayanginya.Habis sahaja sahabat aku mendapat keputusan spm,lelaki itu dengan beraninya seorang diri menemui keluarga sahabatku untuk merisik.Melihat kesungguhan lelaki itu,kelurga sahabatku dengan berbesar hati menerima dan mereka ditunangkan.

Selepas sahabatku,mendapat tempat di uia dan ditunangkan setahun,mereka melangsungkan perkahwinan.Lelaki pertama yang dicintainya yang kini telah pun menjadi suaminya.Lelaki yang baik,setia dan yang begitu ikhlas menyintainya.

Sahabat aku selalu bercerita bagaimana kelas yang padat membuatkan dia tak dapat menunaikan tanggungjawab sbg seorang isteri.Terkadang katil pun tak sempat nak dikemas.Tapi suaminya sangat memahami.Diambilnya tugas itu.Walau selalu terpaksa makan diluar,tak pernah sekali suaminya merungut tentang itu.Lalu,apa kurangnya lagi.

Satu mutiara kata yang pernah aku baca,hati manusia ini selalu berkeinginan yang baik.Walau sejahat dan sekeras mana hati manusia itu,ia tetap menginginkan yang baik-baik.Perbuatan yang baik dapat meninggalkan kesan pada hati seseorang.Kerana itulah walau sejahat mana orang melayan kita,balaslah dengan layanan yang baik.Kerana satu hari ia akan meninggalkan kesan pada hati manusia itu dan membuatkan dia sedar dengan kesilapannya.

Walau mungkin famili mertua kurang menyukai,teruslah berbuat baik padanya.Walau mungkin hati terguris.Mungkin kerana mereka belum mengenali kita sepenuhnya lagi.Dengan doa dan sokongan seorang suami,insyallah Allah akan melembutkan hati mereka.Dan itulah yang terjadi pada sahabat aku ini.Dengan rezeki anak yang Allah beri,melembutkan hati mertua untuk lebih menyayanginya.

Satu kelebihan sahabat aku ini adalah beliau mudah untuk memaafkan dan melupakan.Walau layanan mertua begitu,beliau tak pernah lupa untuk bertanya mereka sudah makan atau belum.Pernah sekali saat kami sedang menyiapkan assigntment,beliau tiba-tiba berhenti dan menelefon bapa mertua untuk bertanya samada bapa mertuanya sudah makan atau belum.

Dan apabila mendapat tahu bapa mertuanya tidak makan lagi,serentak itu dia meminta pada aku untuk balik kerana tiada siapa yang memasak makanan untuk bapa mertuanya itu.Saat itu aku sangat kagum dengan beliau.Dan mungkin kerana itu Allah melembutkan hati mertuanya untuk lebih menyayanginya.

Melihat kisah orang lain membuatkan aku selalu berharap semoga kisah aku akan menjadi seperti kisah diatas.Semoga Allah memberikan aku kisah yang terbaek yang dapat aku coretkan satu hari nanti di blog ini.

Ya Allah aku tidak mengharapkan kesempurnaan,tapi cukuplah seorang suami yang soleh yang tulus menyintaiku sepertimana aku menyintainya.Yang sentiasa berada dibelakangku walau sehebat mana ujian yang melanda.Dan cukup itu.Kerana aku yakin dengan cinta suamiku dan cinta dariMu,aku akan menjadi wanita paling bahagia dunia dan akhirat.Amin.

Wallahualam        


Friday, May 11, 2012

Kelebihan Orang Beragama

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

"Sabar"
"Sabar"
"Sabar"

"Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”  (Hadith riwayat Bukhari)

Tarik nafas..Lepas(fuhhhh...)

Minggu yang sangat padat.Dengan assigntment dan final year project.Alhamdulillah,sume okey cuma tadi rasa macam nak menangis sebabnya boleh lupa nak buat 2 copy untuk assigntment.Jadi terpaksa hantar one copy lagi hari isnin ni.Ya Allah kau lembutkan lah hati examiner yang tanda tu.Kadang bila kita dah cuba buat yang terbaik perkara macam ni pun masih ley terjadi jugak.Takpelah mungkin tak ada rezeki atau kena muhasabah diri balik ni.hmmm...

Setiap hari iman kita turun dan naik.Kadang-kadang bila terlalu banyak masalah kita rasa lagi mudah untuk turn off our feeling and our humanity towards others.Kadang-kadang timbul rasa malas nak kisah pasal orang lain.Yang penting perasaan kita terjaga.Hati tak sakit.Kita buat apa yang kita suka.Lepak dengan member-member yang sporting.Hujung minggu keluar hang out ngan kengkawan.Have fun.Chill out.Then masalah pun tak sempat nak fikir sebab hidup kita penuh dengan fun.

Tapi,itu hanya sementara.Tanpa kita sedari,kita sebernarnya masih bergantung dengan kawan yakni manusia untuk melupakan masalah dan rasa sunyi hidup kita.Sampai satu masa,bila diorang tak ada hidup kembali macam tu balik.Jadi bila yang kita belajar untuk menjadi manusia yang lebih kuat.Tanpa kita sedar hati pun sedikit demi sedikit makin jauh dengan Allah.Bila kita asyik dengan having fun,saat bila yang kita mengingati Allah.Cuma di kala sembahyang 5 waktu yang tak sampai 5 minit tu.Cuba kita kira dalam sehari berapa lama yang kita mengingati Allah.5 kali waktu solat darab dengan 5 minit,5x5=25 minit je kita mengingati Allah dalam sehari.Subhanallah.

Jadi,kadang-kadang Allah tarik balik nikmat yang dia beri.Masa tu kita akan rasa kosong.Hidup semua ada tapi masih rasa tak sempurna.Kerana apa,sebab Allah rindu dengan hamba-hambanya.Manusia sukar untuk mengingati Allah ketika senang tapi jika ujian melanda masa itulah kita mengharap dan mengingatiNya.

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

"Ya Allah janganlah Kau berpaling padaku saat aku lupa.Lorongkanlah aku ke jalanmu.Redhakan hatiku dengan setiap ketentuanMu.Berikan aku yang terbaik.Dan hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu"

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  “Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)
 

UIA memberi aku banyak kesedaran.Aku dilahirkan bukan dikalangan keluarga yang sangat tinggi agama,yang memakai tudung labuh.Tapi aku bersyukur mempunyai ayah yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan dirinya dalam agama.Tidak pernah lekang ke masjid.Sedikit sebanyak ia menggerakkan hatiku untuk mengikuti jejak langkah ayah.

Sabda Nabi Muhammad S.a.w, Ertinya : “Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa’ (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat”.  (Silsilah Hadits Shahih No. 2276).

Aku suka melihat kehidupan orang yang beragama.Serasa hidup mereka mudah.Ketenangan dan senyuman yang terpancar di wajah.Cara mereka berinteraksi sangat lembut.Seperti salah seorang temanku.Beliau bukanlah datang dari keluarga beragama,tapi beliau sendiri yang mencari agama itu.Susah hendak melihat beliau marah.Sangat penyabar.Pernah sekali beliau sedikit marah tapi kemudian berjuta kata maaf menghiasi telefonku tanda penyesalan beliau melakukan seperti itu.Dan pertama kali hati aku begitu tersentuh.Indahnya akhlak beliau.

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Bukan mudah untuk menjadi seperti itu.Kerana bukan semua orang mampu menghargai orang seperti itu.Tapi seperti kata beliau,jika kita yakin kita melakukan sesuatu kerana Allah kita takkan pernah rasa kecewa dan sakit hati dengan perbuatan manusia.Walau orang tak menghargai kita.Mengapa?.Kerana jika manusia itu sendiri sentiasa lupa untuk bersyukur pada Allah atas nikmat yang telah Allah berikan apatah lagi sesama manusia.Kerana sifat manusia itu sendiri sering lupa dan x pernah bersyukur.

Dan aku berharap satu hari nanti aku dapat menjadi seperti beliau.Dapat memberi sepenuh ikhlas kerana Allah.Jika dulu aku selalu beranggapan student UIA bukanlah baik sangat pun.Tapi sekarang aku faham.Setiap manusia sama.Ada yang baik dan yang kurang baik.UIA telah memberikan environtment yang cukup baik.Setiap minggu akan ada ceramah-ceramah agama.Usrah dan pengajian al-quran yang diadakan percuma tanpa perlu membayar sesen pun.Cuma student yang memilih untuk tidak pergi.

Melihat kehidupan orang beragama,hidup mereka sentiasa teratur.Walau masalah menimpa, mereka tenang menghadapinya.Mendapat jodoh yang baik dan kalau dilihat orang yang beragama ni cepat mendapat jodoh.Kerana apa,kerana Allah melindungi mereka dari maksiat sebagai balasan bagi kesabaran mereka dalam menegakkan syariat Allah.Allah memberikan rezeki yang baik,jodoh yang baik,penyambung zuriat yang baik.Dan merekalah orang yang bahagia di dunia dan akhirat.Semoga sama-samalah kita berusaha mencontohi orang-orang seperti ini.

“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.”  (Hadith riwayat Bukhari)


“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat  kecuali bagi orang yang khusyuk.”  (Surah al-Baqarah, ayat 45)


Wallahualam


Monday, May 7, 2012

~ Nur Cinta Abang Kerana Allah ~


 



Hayati kisah di bawah =)

Nur Amirah termenung menerusi jendela.Menikmati hujan yang rintik-rintik di luar.Menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Sesekali terdengar keluhan terbit dari mulut wanita tersebut.Seolah-olah sedang menanggung masalah yang begitu besar.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar.Dengan pantasnya, Nur Amirah berlari-lari membuka pintu.Muncullah wajah yang dinanti-nanti.Wajah suaminya Muhammad Noor Irfan.

“Assalamualaikum abang.Maaf ye nur xdgr abang ketuk pintu tadi.Lama ke abang ketuk pintu?”Tanya nur Amirah selepas menyalami suaminya.
“Awak buat apa tadi?.Berangan lagi lah tu.Tak abis2 berangan.Saya balik pun awak boleh tak sedar.”
“Maaflah abang.Nur tak sangka abang balik awal hari ni.Maaf ye bang.Abang nak air,nur buatkan”
“Tak yah lah.Abang nak mandi.Awak pergilah sambung berangan. ”Jawab Irfan
Sejak akhir-akhir ni entah mengapa ada sahaja kesalahan nur amirah dimatanya.Kadang kala timbul juga rasa penyesalan di hati kerana marah2 tanpa sebab,tapi mengingatkan perangai nur amirah yang sentiasa bersabar dengannya membuatkan dia lebih mengambil sikap tidak ambil kisah.
“Kenapalah aku asyik nak marah si nur tu.Dia lambat bukak pintu je pun.Entahla,kesian jugak kadang aku tengok.Ah lantaklah sape suruh asyik berangan je kejenya.Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah.”bisik hati Irfan

Di dapur ,kelihatan Nur Amirah sedang sibuk memanaskan lauk pauk dan menghidangkannya di atas meja.Setelah selesai menghidangkan makanan, Nur Amirah duduk sambil menunggu suaminya.Serentak itu,kenangan lalu menerjah di ruang fikiran Masuk tahun ini,genaplah tiga tahun usia perkahwinan mereka.Muhammad Noor Irfan dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.Nur Amirah adalah pelajar baru di sekolah SMK bkt piatu.Dia ditukarkan ke Melaka kerana mengikut keluarganya yang ingin menetap di sini.Nur Amirah memilih jurusan kejuruteraan dan disitulah detik-detik pertemuan antara dia dengan Muhammad noor irfan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelas 5 sains teknikal memberi berjuta memori  buat Nur Amirah.Tidak disangka dia dan Irfan akan menjadi teman yang sangat rapat.Baginya,Irfan adalah anugerah dari Allah yang paling indah disaat hatinya betul-betul memerlukan seseorang.
Irfan adalah seorang yang sangat nakal dan gila-gila walau pada mulanya dia nampak seperti seorang yang pendiam.Port yang paling dia suka ialah di tempat duduk yang paling belakang.Disitulah tempat dia melayan perasaan sambil menulis surat untuk awek kesayangan.Mungkin kerana itu,pada mulanya nur amirah menganggap yang Irfan seorang yang pendiam.
Nak mengambarkan betapa nakalnya Irfan ni,satu hari dengan muka yang sedih dia datang menghampiri nur amirah.

”Weh pasni kita dah tak ley nk jumpa lagi kot.nak borak-borak camni ke.”

”La napenye??”Tanya amirah.

”Aku kena buang sekolah lah.”

”Seyes ke.Ko wat ape??”

”Aku fly then kantoi.pastu aku kn buang sekolah”

”Ala,aku baru je rapat ngn ko.dalam kelas ni mane ade lagi owang yang aku rapat.Sedih aku tau..”

”Tak pelah nanti kita ley cntact lagi.Aku takkan lupakan ko”
Sayu hati Amirah masa tu.Malam tu semalaman dia berfikir.Then dia decide nak buat satu kad perpisahan.Diletakkan ucapan dan nombor telefon supaya mereka dapat terus berhubung.Homemade card,ingat senang-senang ke nak buat.

Keesokannya,amirah pun memberi kad tu pada Irfan.

”Weh nah,untuk ko”

”Apa ni weh ??”Tanya Irfan.

Then bley plak depan2  owang time2 tu jugak dia bukak and baca kad tu.

”Weh seyesly,pape pon thankz tau.Tapi yang semalam tu aku tipu je”.

Tersentak nur amirah dengar.Serentak dengan tu dibalingnya kad tu ke muka Irfan.

”Pape pn thankz weh.susah2 je”..hahahaha.gelak si irfan.
Selang beberapa minggu,satu mesej menghiasi telefon nur amirah.

”Hai,bley berkenalan.Nama saya Roy”

”Eh sape lak ni msj aku??.”

”Awak sape ea.kita x kenal la orang nama roy.”

”Saya budak kelebang.Awak xkenal saya”

”Emm ak pun nga boring2.layan jelah mamat ni”

”Ok bley je nk knal =)” balas Amirah.

Tapi tiba-tiba dia teringat sesuatu,”Aku ni baru pindah,cane lak owang Melaka ley kenal aku.ni mesti pie ni."

”Awak bkn roy kan.baek awak cakap awak sape.Klu x saya malas nk layan.”balas Amirah.

”Ok2..saya budak jasin”.

.Haha dengar je bdk jasin amirah dah pat agak dah.Ni mesti Irfan.

”Kureng ko.ko kencing aku hidup2..”

”Hahaha,sape suh ko caye.Ley berkenalan lak tu..hahaha”
Sejak dari hari itu,irfan dan amirah tidak putus mesej.Siang dan malam.Malam mesej,siang jumpa di kelas.Hari-hari dirasakan cukup indah.Setiap hari mereka makin rapat.Dari telefon mereka mula berani lepak sama-sama dalam kelas hinggakan sehari tak lepak sama rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.Tapi satu yang merunsingkan Amirah.Irfan seorang yang malas belajar sedangkan dia pandai.

Dan kerana itu Amirah setiap hari cuba memberi semangat pada Irfan untuk lebih berjaya.Dan siapa sangka hari ini Irfan telah berjaya dan jauh lebih baik dari amirah sendiri.
Oleh kerana mereka terlalu rapat,bibit sayang mula terbit dihati Amirah.Lelaki pertama yang dicintainya hingga hari ini.Walau 7 tahun telah berlalu rasa kasihnya pada lelaki itu tetap sama.Lelaki yang peramah,pandai berjenaka,mempunyai karisma sebagai seorang ketua dan sgt caring.Lelaki inilah yang telah mencuri hatinya.

Tetapi sejak akhir-akhir ni semuanya tidak seperti dulu. Suaminya selalu marah-marah.Membuat dia buntu memikirkan apa sebabnya.
“Hai kat meja makan pun nak berangan lagi ke? ”Tanya Irfan
“Maaf bang.Nur tunggu abang tadi.”Jawab nur.”Jom makan abg.Nur masak lauk kegemaran abang,daging masak merah.Abang suka kan.”
“Emm bolehlah..jom lah makan”balas Irfan
“Abang tau tak tadi nur tengok ada cerita baru tau kat tv.jalan cerita dia best lah.pelakon pon hensem and cantik.Cuba abang teka cerita ape??”
“Emm cerita ape??.Ntah malas lah nk teka-teka ni.”Jawab Irfan.

”Perempuan ni tak abislah asyik nak tanya aku benda yang sama.Bosanlah.Suruh teka cerita apelah.Mcm budak-budak.macamlah tak de benda lain nak tanya.Rimas tol aku.”bisik hati Irfan.
“Ala abang tekalah.Nanti tak suprise”jawab amirah
“Abang tak tau lah!!..bley tak awak masa makan jgn nak bercakap.Nak makan pun boleh hilang selera tau camni.”
“Maaf bang.Nur tak cakap lagi.Kita makan dulu eh.Abang janganlah marah..”
“ok”balas irfan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selesai makan dan membasuh pinggan,nur amirah mencari kelibat suaminya.Dilihat suaminya sedang asyik menghadap handphone sambil menaip mesej.Sejak akhir ni kelihatan suaminya seperti tidak boleh langsung berenggang dengan handphone.
“Abang buat apa tu?”Tanya Amirah
“Tak Nampak ke?..Tengah taip mesejlah”
“Boleh tak nur tanya sesuatu”
“Emm tanyalah.pe dia??”
“Abang mesej dengan sape ye?”
Irfan diam.Pertanyaan Amirah dibiarkan sepi tidak berbalas.
“Abang,nur tanya ni.Abang jujurlah ngan nur”
“Okeylah.Awak nak tau sangat kan.Dengan awek”
Tersentak nur amirah mendengar pengakuan Irfan.Serasa seperti hendak gugur jantungnya.Hatinya terasa panas mendengar kata-kata Irfan.

“Sampai hati abang buat nur camni.Nur setia ngn abang.Sayang abang ni ke balasan abang pada nur”
“Saya malas nak komen pape.Awak boleh fikir apa awak nak fikir.Tapi saya ada fikiran saya sendiri dan apa yang saya rasa sendiri.Orang lain takkan faham dan tahu.Okeylah saya nak keluar”
“Abang nak pegi mana.Abang….”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nur Amirah menangis teresak-esak.Dia mendail nombor telefon  Irfan berkali-kali.Tapi hanya mesin peti suara yang menjawab.
 “Abang,nur minta maaf sb tinggikan suara tadi.Nur tak sengaja.nur Cuma rasa marah dan terkejut sangat.Abang maafkan nur..”
“Ya Allah,sesungguhnya aku tak bermaksud untuk membuat begitu.Ya Allah kuatkanlah hati hambamu ini.Mungkin perkara ini terjadi kerana kekhilafanku sendiri.Mungkin aku yang tak sempurna untuknya hingga dia mencari yang lain ” bisik hati Amirah.
Semalaman Amirah menungu Irfan hingga terlelap.Keesokan pagi dilihatnya Irfan telah pergi berkerja awal pagi tanpa mengejutkannya.Sayu hati Amirah.Malam itu sekali lagi Amirah setia menunggu suaminya.Sekali lagi Amirah menunggu hingga terlelap.Pagi itu Amirah terjaga.Jam telah menunjukkan pukul  3 pagi.Lega hati Amirah melihat Irfan telah pulang dan tidur dengan lenanya.Terus Amirah mengambil air semayang dan menunaikan solat tahajjud memohon agar rumah tangganya dilindungi Allah.
Selesai solat Amirah merenung wajah suami yang dikasihinya.Kasihnya tetap mendalam walau mungkin hati suaminya bukan padanya lagi.Amirah mengambil satu kertas lantas ditulis

Buat suamiku Muhammad Noor Irfan,

Abang,nur minta maaf andai selama dengan nur abang merasakan nur tak memberikan yang terbaek.Sejuta keampunan nur panjatkan pada abang atas ketidaksabaran nur dalam menghadapi masalah dan ujian ini.Nur bukan isteri seperti saidatina Fatimah r.a,puteri nabi tapi nur cumalah isteri di akhir zaman ini.Seorang isteri yang sentiasa belajar dan cuba bagaimana untuk menjadi isteri solehah.Ketidaksempurnaan nur telah melukakan abang tanpa nur sedari dan kalaulah abang tau betapa ianya melukakan hati nur kerana tidak dapat menjadi isteri yang sempurna pada abang.Abang kalau abang izinkan untuk memberi nur sedikit masa lagi,nur akan cuba abang untuk menjadi lebih baek.Nur tetap akan sayang Abang selamanya hingga ke syurga.  

Sincerely,
Nur Amirah


Irfan masuk ke bilik dengan perlahan-lahan.Tidak mahu mengejutkan isterinya yang sedang tidur.Sudah 3 bulan dia tidak bercakap dengan isterinya itu.Timbul rasa penyesalan yang amat sangat.Wanita yang yang dimesejnya mana mungkin dapat menandingi isterinya nur amirah.Entah apa yang menghasut fikirannya kala itu hingga sanggup melukakan hati isterinya sendiri.Wanita yang sudah 7 tahun dikenalinya.Surat yang ditulis isterinya berkali-kali telah dibacanya.Rasa sebak didada setiap kali membacanya.

Perlahan Irfan menhampiri isterinya.Tanpa disedari Nur Amirah tersedar dari tidur.

”Abang dah balik.Maaflah nur tertidur dulu.Tadi tunggu abang tapi tertidur pulak.Ingat nak kol abang tapi takut nanti abang serabut ngan nur.Abang nak makan.Kalau nak nur panaskan lauk”.

”Tak pe abang tak rasa nak makan pun.Nur,abang nak minta maaf ngan nur.Banyak dosa abang pada nur.”

”Kenapa ni abg.Jangan cakap camtu.Nur pun banyak salah pada abang”.

”Abang seyes ni nur.Abang betol nak minta maaf”.

”Abang dah la.nur da lama maafkan abang.Tak ade dosa abang pun pada nur”.

”Terima kasih nur.Nur boleh abang Tanya sesuatu.Kenapa nur sayang sangat kat abang.Abang dah buat macam-macam pun, cinta nur tetap untuk abang”.

”Sebab nur cinta abang kerana Allah.Sebab cinta nur pada abang bukan pada kelebihan abang saja tapi nur cinta kekurangan abang.Kalau nur cinta kelebihan abang je nanti abang dah bukan suami yang nur cintalah.Nanti da jadi orang lain.Nur tak nak lah camtu.Nur nak cinta abang je..hehe”gurau amirah.

”Hehe..yelah sayang.Abang akan cinta nur kerana Allah jugak pasni ye”balas Irfan.
Ya Allah sesungguhnya inilah saat yang kuharapkan.Muga saat ini akan kekal selamanya.Berkatilah perkahwinan kami ya Allah.Campakkanlah rasa kasih dan cinta kepada hati kami supaya rasa ini dapat kekal selamanya hingga ke syurga.
Amin

First time buat cerpen ni..hehe
Ni pun kerana kata-kata dari seseorang.
Betol juga kata-kata beliau, baca cerita best tapi last-last bukan hak cipta terpelihara.Meaning amik dari orang lain.hehe
Terus berkesan kat hati.

Tapi takpe lah sebagai motivation diri.Mungkin pendapat kami berbeza.Bagi aku bukan ke ilmu itu perlu dikongsi.Satu ilmu jika disimpan hanya pada diri sendiri tanpa dapat memanfaatkan pada oran lain bukan ke akan menjadi ilmu yang sia-sia.Bukan ingin mengambil hak orang lain cuma sekadar pengongsian malah sumber diambil dimana pun masih disertakan dan ditulis sekali dibawahnya.Tapi apa pun terima kasih ye =)..

Wallahualam


Saturday, May 5, 2012

Manusia itu tiada yang sempurna

"Manusia itu tiada yang sempurna"
Kita boleh lihat dari luaran menilai sesuatu atas dasar fizikal.Bila kita lihat blog2 orang kita merasakan seperti dia sempurna.Tapi cubalah kita berada di tempatnya baru kita sedar betapa byk kekhilafan yang ada.Kita tak sempurna,cuma kita manusia yang belajar untuk menjadi sempurna.Mungkin tidak sesempurna saidatina aisyah r.a tapi sebagai wanita solehah di akhir zaman.

Kadang susah bila kita menulis dan orang mengenali kita.Lebih mudah rasanya menjadi anonymous.Serba salah takut yang kita tulis dirasakan menuju pada seseorang.Sedangkan ape yang ditulis adalah sekadar pengongsian ilmu sedikit sebanyak supaya memanfaat pada orang lain yang membacanya.

Sewaktu perjalanan aku pulang ke kampung halaman bersama seorang teman,sahabatku bertanya "Kita ada problem lah awak"."Problem ape ye??"."Kawan kita,dia tengah sedih"."Kenapa??"."Pakwe dia bertunang dgn orang laen.Awak ape kita nk wat ye??".Aku diam sejenak.Tak tahu nak berkata apa.Serasa aku bukanlah orang yang sepatutnya untuk memberi nasihat."Apa yang kita mampu buat.Kena bersabar dan banyak berdoalah"."Tapi masalahnya besar"."Maksudnya??"."Kawan kita dah terlanjur".Tergamam sekejap.Tak tahu nk bagi reaksi yang bagaimana."Lelaki selalu mcm tu kan.Kalau kawin salu nk yang baek2 je".Aku masih lagi diam,tak tahu bagaimana mahu memberi respon.sambungnya lagi "Kenapa ye,laki yang tak baek tp dapat pmpan yg baek.Selalu mcm tu".

Kali ni aku menjawab"Macam mana awak begitu yakin yang lelaki tu mendapat perempuan yang baek??".
"Sebab dia tinggalkan kawan kita"."Percaya tak janji Allah,laki yang baek untuk perempuan yang baek dan lelaki yang tak baek untuk perempuan yang tak baek"."Percaya..tapi.....".

"Setiap perbuatan manusia walau sebesar zarah pun akan dinilai oleh Allah.Bagaimana dia akan mendapat orang yang baek jika dia sanggup menganiaya orang laen.Kebaekan manusia terletak dihati.Hanya Allah yang dapat menilai hati dan iman seseorang itu.Kita mungkin rasa sekarang yang laki itu beruntung walau tak baek tapi dapat orang yang baek tapi adakah kita tahu apa yang akan berlaku mungkin 10 tahun akan datang.Berkat ke perkahwinan yang dimulai dengan penganiyaan pada orang lain"."Betul jugak kan.Tak terfikir".

"Bagi kita yang penting sekarang bukan soal laki itu mempunyai orang lain tapi adakah membe awak tu dah betol2 bertaubat.Kalau belum buatlah taubat nasuha.Kalau didunia Allah tetapkan hukuman bagi orang yang berzina 100 kali sebatan apatah lagi di akhirat.Soal hukuman tu urusan Allah.Kalau kita yakin Allah selalu bersama dgn kita,rasa dianiaya itu takkan menjadi satu isu.Bukan ke Allah tu yang maha menghakimi".

"Hukuman dari ALlah itu boleh jadi dalam pelbagai bentuk.Tiada ketenangan hati.Rumah tangga tunggang langgang.Sukar mendapat rezeki.Anak2 yang tak mendengar kata.Tiada cahaya mata.Itu baru di dunia belum lagi di akhirat.Bukanlah bermaksud untuk kita mendoakan yang tidak baek.Tapi supaya kita sedar kita cuma hambanya dan urusan menghakimi adalah urusan Allah.Dan jika kita yakin itu,rasa dianiayai takkan pernah timbul".

"Orang yang bertaubat itu boleh jadi orang yang lebih baek dari orang yang tak melakukan dosa.Mengapa?.Kerana mungkin bila kita rasa tidak melakukan dosa kita berada di ruang comfort zone.Tiada penyerahan yang sepenuhnya meminta kemaafan dari Allah.Dan boleh jadi kita merasa kita tidak melakukan dosa tapi bila ditimbang2 dosa kita melebihi dosa orang y melakukan dosa.Jadi apa pun mintalah ampunan dari Allah.Allah itu maha pengampun "."Bagaimana ye kalau kita nak tahu laki tu dah bertaubat"."Hanya Allah yang tahu.Allah yang tahu akan hati manusia itu.Tapi sudah tentu2 orang yang bertaubat tidak akan meninggalkan orang lain sebegitu.Jika seseorang itu lebih membuat sesuatu demi kepentingan diri dan meninggalkan seorang perempuan tanpa membela maruah perempuan tersebut, adakah boleh dikira lelaki itu telah bertaubat?.Sedangkan rasulullah sendiri mengahwini janda2 untuk memelihara maruah seorang perempuan tanpa kepentingan diri sendiri,apatah lagi jika ianya dari perbuatan sendiri  "

Itulah sedikit sebanyak perbualan aku dengan seorang sahabat.Tidak dinafikan di akhir zaman ini terlalu ramai wanita yang menjadi mangsa sebegini.Ambillah iktibar.Mintalah perlindungan dari Allah.Dan satu lagi kisah yang ingin aku kongsikan iaitu pengalaman salah seorang profesor aku.Kisah seorang wanita yang telah bertaubat dan ganjaran yang Allah kurniakan pada beliau.

Melihat perwatakan beliau tidak akan seorang pun yang dapat mengagak pengalaman pahit yang pernah beliau alami.Seorang pensyarah bergelar profesor,mempunyai rumah dan kereta yang agak mewah.Suami yang sangat romantis bagiku.Anak2 yang comel.Wajah yang sentiasa tersenyum.Tapi siapa sangka suami yang sekarang adalah suami yang kedua.

Beliau menceritakan bagaimana beliau dahulu seorang yan liar dan tidak mendengar kata ibu bapa.Beliau berkenalan dengan seorang jejaka bangsa lain yang bukan beragama islam.Tapi kerana cinta beliau mengahwini lelaki itu walaupun tanpa persetujuan ibu bapa.Saat beliau di US semasa menyambung master disana dan setelah dikurniakan anak yan kedua,suaminya berpaling arah.Lagi2 apabila tinggal di negara asing,suaminya mula menunjukkan belang.Beliau diceraikan.Dengan hanya bantuan scholar untuk membesarkan anak2 sudah tentu ianya tidak mencukupi.Beliau menceritakan bagaimana masa itu susu anak habis dan beliau terpaksa menikat perut.Dan malam itu beliau menunaikan solat nisfu syaaban berdoa memohon pertolongan dari Allah.Keesokannya beliau berjalan tanpa arah tujuan untuk mencari makanan,tiba2 datang seorang yang tak dikenali memberi duit pada beliau.Ketika itu rasa kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan pada Allah.

Setelah membeli susu,sekali lagi beliau berjalan.Tiba2 beliau terjumpa satu kertas yang menawarkan perkerjaan sebagai pengajar dan kebetulan ianya bertarikh pada hari itu.Beliau terus pergi untuk ditemuduga dan yang amat mengejutkan hanya beliau sahaja yang datang untuk ditemuduga.Akhirnya beliau mendapat perkerjaan tersebut.

Dan yang paling mengharukan aku,pabila beliau bercerita bagaimana beliau merasa susah untuk membesarkan anak2 tanpa kehadiran suami.Dan lai sekali dimalam nisfu syaaban beliau meminta agar dikurniakan seorang suami yang dapat menjaga beliau dan anak2.Dan sesungguhnya Allah itu maha pengasih pada hambanya.Selang beberapa bulan beliau dipinang oleh seorang jejaka yang berusia 26 tahun yang kini menjadi suaminya.Suami yang sangat romantis bagiku sedangkan pada masa itu beliau sudah mencecah 40 tahun.Bayangkan perbezaanya.Sesungguhnya ketika kita meminta yang terbaek,Allah akan memberi yang lebih baek.Dan itulah sebaek ganjaran pada orang2 yang bersabar.Semoga ianya menjadi iktibar kpd kita.

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia