CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 25, 2012

Sahabat..Kau Yang Teristimewa

Alhamdulillah hari ni selesai sudah satu final paper tinggal 2 more 29 ngan 31 ni.Moga dipermudahkan semua.Moga result sem ni lebih baek dari result yang lepas.Walau sem ni rasa mcm agak susah dengan final year project kena implement website tapi hopefully everything gonna b ok.Pening bila kena wat coding and masa nak present lah tiba-tiba boleh incorrect login.Tapi tak pelah jika ni bukan rezeki moga Dia beri yang lebih baik akan datang.

Satu kisah yang aku ingin kongsikan hari ni berkenaan sahabat dan perbezaan antara 2 nasihat.

Nasihat 1:
"Aku rasa kau ni terlalu baik sangat.Kau tak boleh macam ni nanti orang pijak kau"

Nasihat 2:
"Awak baik.Alhamdullilah saya bersyukur dapat kawan mcm awak.Jangan pernah rasa down dgn kelebihan tu.Ingat biar Allah yang menilai kita bukan manusia.Kalau kita membuat sesuatu untuk kepuasan hati orang percayalah walau macam mana baik pun kita,mereka tidak akan pernah rasa cukup"

Nah,nampak tak perbezaanya.Satu nasihat yang boleh menenggelamkan kita dan satu lagi nasihat yang boleh membuat kita tenang mendengarnya.Sebaris kata yang dapat menyentuh hati untuk terus melakukan kebaikan.

"Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera"

Adakah membantu sahabat yang tidak rapat dikira terlalu baik?
Adakah kerana terpaksa pusing 1 universiti utk membantu sahabat dikira terlalu baik?
Adakah dengan merasa tak sampai hati utk menolak pemintaan seorang sahabat dikira terlalu baik?
Dan adakah salah untuk menjadi seorang yang baik?

Sebagai seorang sahabat bukan ini yang patut kita nasihatkan pada sahabat kita.Tapi nasihatlah,seandainya beribu keburukan dan dosa yang pernah kau lakukan sekurangnya kau masih mempunyai hati.Yakni hati yang baik.Dan semuga dengan hati ini yang dapat menyelamatkan kau di akhirat nanti.

"Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging "

"Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan"

Dan janganlah kita dengan egonya berkata"Sorilah aku tak baek macam kau".Kita tak perlu untuk menjadi baek seperti seseorang.Kita tak boleh menjadi orang lain tapi kita boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya dengan mencontohi akhlak mereka.Akhlak itu separuh dari iman.Jika indah akhlak sesorang itu maka indahlah imannya.

Dan aku sangat bersetuju dengan kata-kata tersebut.Orang yang beriman itu sangat indah akhlaknya.Nasihat mereka penaik semangat kita.Tanpa sebarang kata yang menggores hati.Kata-kata yang menusuk kalbu yang meresap jauh ke lubuk hati dan membuat kita semakin tabah dalam menempuh ujian hidup.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.

  

Semoga satu hari nanti aku dapat menjadi muslimah sepertinya.Mungkin tidak sesempurna Saidatina Aishah R.A tapi sebagai muslimah di akhir zaman.Dan marilah kita sentiasa memberi kebaikan walau mungkin kita tidak dihargai kerana percayalah perbuatan yang baik akan di ingati orang sepanjang hayat.

Wallahualam




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia