Lewat semalam aku begitu tertarik dengan gaya penulisan satu blog ni.Penulis merungkaikan erti cinta pada mata beliau.Aku mengkagumi cara beliau memahami konsep cinta itu dan sesungguhnya aku sangat terkejut bila mengetahui pemilik blog itu adalah seorang lelaki.Dan disini aku sertakan sedikit intipati dari penulisan beliau mengenai erti cinta.
Bila Bercerita Mengenai Erti Cinta
Semua orang mengharapkan di suatu hari nanti, Allah Ta'ala pertemukan
kita dengan pasangan yang terbaik. Untuk dapatkan yang terbaik, perlu
nilaikan diri kita dahulu sebelum bermimpi atau memasang angan-angan
untuk ke arah itu. Cerminkan diri kita. Adakah dia sesuai dengan diri
aku, sedangkan dia patut di kurniakan lebih baik dari aku ini. Apa
kebaikan yang ada pada aku sehingga dia ditakdirkan untuk menemani aku
selepas ini. Inilah dikatakan stanza cinta kehidupan. Jangan terlalu taksub dengan cinta yang belum pasti.
Mencari cinta tidak semudah apa yang kita jangka. Apa erti cinta di mata saya. Selalu saya ulang pada sesiapa yang masih kabur dengan perkara mendapatkan cinta. Cinta itu ibarat bayang-bayang.
Ia sentiasa berhampiran dengan diri kita. Tidak perlu kita kejar atau
di cari. Kerana dia sentiasa di sisi.. Makin di cari, makin jauh dia
lari. Bila tiba saat dan ketikanya, cinta itu pasti hadir dari seseorang yang
tidak kita jangka. Yang mampu sebagai manusia biasa, berdoa agar cinta
yang di kurniakan buat kita, cinta yang ikhlas, dan bukan cinta di
buat-buat atau cinta palsu.
Muhasabahlah cinta. Menilai diri dari keperibadian. Mohonlah pada pemberi cinta Allah Ta'ala, kerana cinta kerana Allah mampu membuatkan kita terasa jahilnya menilai maksud cinta sebelum ini. . Air mata cinta
bermohon taubat kepada-Nya lebih di fardhukan ke atas diri kita dari
mengalirkan air mata meratap cinta yang tidak kemana hala tujunya.
Mungkin perasaan "cinta" ini terlalu halus untuk kita terangkan. Yang
jelasnya, kerana cinta, ada sanggup berbuat berbuat apa sahaja.
Pernahkah sahabat atau orang lain mengatakan pada anda "Beri peluang untuk orang mencintai diri kita".Dan disini aku sertakan bagaimana penerimaan penulis pada statement di atas.Dan sesungguhnya aku sangat bersetuju dengan pendapat beliau.
Bukankan
cinta itu di kategorikan sebagai "perasaan"? Perasaan yang hadir tanpa
kita memaksa untuk menerimanya. Itulah Cinta. Dan ada segelintirnya
pernah berkata, beri peluang untuk orang mencintai diri kita. Aduh !!
Beri orang peluang untuk cintakan aku, abis aku?? Aku kena bercinta
dengan siapa pula kalau masa menentukan yang aku tiada perasaan untuk
rasa apatah lagi berkongsi perasaan yang sama dengan orang yang aku
tidak cinta?
Mencari
teman lelaki/perempuan untuk dijadikan suami/isteri bukan merupakan
satu pengembaraan atau perjalanan untuk diperjudikan. Kerana mengikutkan
perasaan, ramai yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan
mereka di akhiri dengan perpisahan.
Bagi aku, benar cinta tidak perlu dipaksa tapi cinta itu akan hadir bersama seribu kebaikan yang kita dapat lihat dari pasangan kita.Tatkala dengan jujurnya beliau menyunting kita sebagai seorang isteri.Tatkala seorang lelaki mengangkat martabat kita sebagai seorang wanita dengan menjadi suri dihatinya.
" Di cintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan hati dan perasaan dalamnya "
Hidup menghadapi cinta, mungkin terlalu mudah bagi orang lain. Bagi saya sebaliknya.Tapi tidak bermaksud kita perlu memaksa untuk menerima.Cuma satu sahaja pendapat daripada saya. Kadangkala di cintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan. Daripada di cintai hanya perlu mendepa tangan menerima dengan hati yang terbuka bersama doa dan redha.Titik.
Bagi aku, benar cinta tidak perlu dipaksa tapi cinta itu akan hadir bersama seribu kebaikan yang kita dapat lihat dari pasangan kita.Tatkala dengan jujurnya beliau menyunting kita sebagai seorang isteri.Tatkala seorang lelaki mengangkat martabat kita sebagai seorang wanita dengan menjadi suri dihatinya.
" Di cintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan hati dan perasaan dalamnya "
Hidup menghadapi cinta, mungkin terlalu mudah bagi orang lain. Bagi saya sebaliknya.Tapi tidak bermaksud kita perlu memaksa untuk menerima.Cuma satu sahaja pendapat daripada saya. Kadangkala di cintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan. Daripada di cintai hanya perlu mendepa tangan menerima dengan hati yang terbuka bersama doa dan redha.Titik.
Kenapa Saya Masih Keseorangan Tanpa Teman?
"Kau bila nak
kahwin?" "Kau ni memilih sangat ke sampai sekarang single lagi?"."Sampai bila kau nak macam ni.Kau kena move on"
Kenapa saya masih
keseorangan. Sebab saya belum sampai masa untuk berteman untuk
mendapatkan pasangan. Pasangan yang hati saya terdetik berkata "dialah
jodoh aku yang aku nanti-nantikan selama ini". Keserasian dalam
berkomunikasi, dalam bertolak-ansur serta saling bertanggungjawab dalam
setiap sudut, jujur, ihklas dalam setiap perlakuan dan perkataan,
sentiasa tidak membelakangkan diri samaada dalam situasi susah atau
senang adalah harapan dalam bualan doa setiap hari. Bukan mengharapkan
luaran semata dan ayat ayat cinta yang tidak tahu berapa lama kekalnya.
Bukan
tidak mahu berkahwin ataupun mencari teman. Kalau ikutkan hati,
sekarang juga ingin melangsungkan perkahwinan bersama dengan yang
tersayang, tetapi untuk diri menerima nikmat itu belum tiba masanya
lagi. Terasa zalimnya diri ini menerima si dia yang langsung tiada ruang
dihati sendiri.
Kamu perlu tahu ini sahaja dari saya
Kejayaan
sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin bukanlah sesuatu
perancangan manusia yang boleh kita jadikan kenyataan hidup. Ini semua
ketentuan Allah Ta'ala buat kita. Allah telah mengaturkan sebaik-baiknya dan bersesuaian dengan intipati keperibadian kita.
Untuk mendapatkan pasangan hidup,tidak perlu memikat dengan kecantikan atau kemewahan mahupun dengan madah cinta. Hanya keperibadian dalaman yang mampu membuat bakal suami kamu terdetik hati untuk menyunting kamu sebagai isteri.
Jangan bazirkan emosi dan air mata kerana gagal mendapatkan cinta dari mata. Disebabkan dikurniakan fitrah di sisi manusia adalah cinta, kita umpamakan kasih sayang itu adalah cinta dan airmata.
Seharusnya kamu perlu bersyukur kepada Allah kerana perjalanan cinta
yang gagal kali ini membuktikan tanda sayang Allah buat kita untuk
membuktikan belum tiba masanya kita di pertemukan dengan pasangan yang
sebetulnya.
Ingatlah, perkahwinan bukan semata-mata
kerana cinta dan menyimpan perasaan pada manusia. Kerana jika kita
sandarkan pada maksud sedemikian, hilang rasa cinta, musnahlah
hala tujuan perkahwinan kita yang sebenar-benarnya. Perkahwinan yang
kita harapkan nanti adalah sebagai satu jambatan untuk kita terus
melangkah ke syurga, bersama dipimpin oleh pasangan kita. Cintakan
Allah, kerana mengharapkan keredhaannya. Kerana mengharapkan keredhaannya,
kau yang ku panggil suami/isteri, aku terima kau sebagai amanah dari-Nya. Kerana
dengan menerima amanah-Nya buat kasih kita terus ke syurga.
Insyaallah ~ Janji Allah itu pasti..
Wallhualam
sumber : www.armujahid.com
0 comments:
Post a Comment