Tuesday, May 22, 2012
Suami Mithali
Hari ni,hari yang paling hepi.Mengapa?.Sebab aku baru dapat tau my dearest friend pregnant =).I'm gonna b auntie..hehe.Alhamdulillah,tercapai jugak hajat sahabat aku ni.Seriously,i'm really envy wit her.Tapi aku percaya setiap orang ada bahagian masing-masing,rezeki masing-masing.
Teringat bagaimana pertama kali sahabat aku bergelar isteri,beliau masih tak boleh mencari kesesuaian dengan famili belah mertua.Berjujuran air mata saat bercerita pada aku,tapi satu yang aku selalu yakinkan dia.Apapun dalam hidup ni aku yakin beliau pasti akan boleh tempuhi dengan adanya seorang suami yang tulus menyintainya.
Hidup tak akan pernah sempurna.Terkadang kita dapat suami yang sangat baik tapi famili yang tak memahami.Tapi cukuplah bagi seorang wanita dengan kasih suaminya.Bagi aku beruntunglah seorang wanita yang mendapat seorang lelaki yang tulus menyintainya seadanya dan yang sudi mengambilnya sebagai seorang isteri.
Mereka berkenalan saat di bangku sekolah lagi.Tujuh tahun tempoh perkenalan.Dan yang mengagumkan aku bagaimana lelaki itu begitu ikhlas dan tulus menyayanginya.Habis sahaja sahabat aku mendapat keputusan spm,lelaki itu dengan beraninya seorang diri menemui keluarga sahabatku untuk merisik.Melihat kesungguhan lelaki itu,kelurga sahabatku dengan berbesar hati menerima dan mereka ditunangkan.
Selepas sahabatku,mendapat tempat di uia dan ditunangkan setahun,mereka melangsungkan perkahwinan.Lelaki pertama yang dicintainya yang kini telah pun menjadi suaminya.Lelaki yang baik,setia dan yang begitu ikhlas menyintainya.
Sahabat aku selalu bercerita bagaimana kelas yang padat membuatkan dia tak dapat menunaikan tanggungjawab sbg seorang isteri.Terkadang katil pun tak sempat nak dikemas.Tapi suaminya sangat memahami.Diambilnya tugas itu.Walau selalu terpaksa makan diluar,tak pernah sekali suaminya merungut tentang itu.Lalu,apa kurangnya lagi.
Satu mutiara kata yang pernah aku baca,hati manusia ini selalu berkeinginan yang baik.Walau sejahat dan sekeras mana hati manusia itu,ia tetap menginginkan yang baik-baik.Perbuatan yang baik dapat meninggalkan kesan pada hati seseorang.Kerana itulah walau sejahat mana orang melayan kita,balaslah dengan layanan yang baik.Kerana satu hari ia akan meninggalkan kesan pada hati manusia itu dan membuatkan dia sedar dengan kesilapannya.
Walau mungkin famili mertua kurang menyukai,teruslah berbuat baik padanya.Walau mungkin hati terguris.Mungkin kerana mereka belum mengenali kita sepenuhnya lagi.Dengan doa dan sokongan seorang suami,insyallah Allah akan melembutkan hati mereka.Dan itulah yang terjadi pada sahabat aku ini.Dengan rezeki anak yang Allah beri,melembutkan hati mertua untuk lebih menyayanginya.
Satu kelebihan sahabat aku ini adalah beliau mudah untuk memaafkan dan melupakan.Walau layanan mertua begitu,beliau tak pernah lupa untuk bertanya mereka sudah makan atau belum.Pernah sekali saat kami sedang menyiapkan assigntment,beliau tiba-tiba berhenti dan menelefon bapa mertua untuk bertanya samada bapa mertuanya sudah makan atau belum.
Dan apabila mendapat tahu bapa mertuanya tidak makan lagi,serentak itu dia meminta pada aku untuk balik kerana tiada siapa yang memasak makanan untuk bapa mertuanya itu.Saat itu aku sangat kagum dengan beliau.Dan mungkin kerana itu Allah melembutkan hati mertuanya untuk lebih menyayanginya.
Melihat kisah orang lain membuatkan aku selalu berharap semoga kisah aku akan menjadi seperti kisah diatas.Semoga Allah memberikan aku kisah yang terbaek yang dapat aku coretkan satu hari nanti di blog ini.
Ya Allah aku tidak mengharapkan kesempurnaan,tapi cukuplah seorang suami yang soleh yang tulus menyintaiku sepertimana aku menyintainya.Yang sentiasa berada dibelakangku walau sehebat mana ujian yang melanda.Dan cukup itu.Kerana aku yakin dengan cinta suamiku dan cinta dariMu,aku akan menjadi wanita paling bahagia dunia dan akhirat.Amin.
Wallahualam
Posted by Nur at 1:36 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment