CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 25, 2012

Wanita Dan Cinta























Wanita dan cinta.
Ramai wanita yang hanyut hanya kerana cinta.
Cinta yang belum tentu kekal.
Yang akhirnya banyak memberi sakit dari bahgia.

Banyak blog yang aku baca,dan terlalu ramai wanita yg bersedih.melempias rasa sedih dan kecewa di blog-blog mereka.Teringat aku juga pnh begitu.Terbit rasa malu di hati.Malu pada diri,pada orang ramai dan pada Allah.Sungguh lemahnya kaum kami.

Kita cuma diuji dgn sedikit tapi kita sudah goyah.Sedangkan tgn wanita lah yang boleh mengoncang dunia.Wanita lah yg menahan sakit melahirkan,yang menahan rasa kecil hati dgn perangai anak2.Yang masih boleh memberi dan menyayangi walau hati terluka dgn anak dan suami.

Allah telah ciptakan kaum hawa dgn semangat dan hati yang begitu kuat.Maka,jgn lah dibazirkan air matamu demi kerana cinta yang palsu.

Bila kau marah saat si dia curang,membenci kaum mu sendiri krn merasakan wanita itu merampas hak mu,ingatlah jika bukan wanita itu yg merampasnya boleh jadi wanita lain pula yg akn merampasnya dari mu.

Bersyukurlah,Allah sayangkanMu.Menyelamatkanmu dari lelaki seperti itu.Jika bukan perempuan itu yang dicuranginya,boleh jadi akan ada perempuan lain.Cerita nya akan tetap sama.Kerana dia bukan lelaki yang baek untukmu.Jadi mengapa masih bersedih kerana dia bukan hakmu.

Yakinlah dengan janji Allah.Persolehkan dirimu spy satu saat Allah pertemukanmu dgn lelaki yang soleh.

Jangan mengaburi matamu dgn berdoa meminta agar Allah menjodohkan kamu dengannya jika sudah terang dia bukan yg terbaek untukmu.Berdoalah agar Allah menjodohkan mu dgn lelaki yang soleh dan itulah yang terbaek.Dan jika si dia yg terbaek untukmu, muga dijodohkanlah saat si dia sudah berubah,bertaubat dan dikalangan orang yg soleh.Sesungguhnya hanya Allah yg maha mengetahui segala sesuatu.


Ada suatu kisah yang ingin kuceritakan muga dijadikan iktibar kepada semua muslimah.
Apabila seorang wanita terlalu mengagungkan cinta.Sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat cintanya.Tapi pada akhirnya cinta terlurai,dosa yang mengunung.Kerana kita adalah hambaNya.Mana mungkin kita mencabar kuasa Allah.Sampai satu masa wanita itu sakit.Di operate beberapa kali.Satu benda yang sentiasa bermain di benakku.Jika wanita itu tau,hayatnya hanya setakat itu,adakah dia akan membuang masa untuk mengejar cinta seorang lelaki?.Tetapi Allah itu maha pengampun.Mungkin sakit yg dirasa itu sbg penghapus dosanya.Muga dia tenang di sana

Jadi wanita sekalian,sedarlah sebelum terlewat.Ambil iktibar.Kita tidak tau bila tiba masa kita.Tapi jika kita tahu,adakah kita akan membazir masa menangisi perkara seperti itu?.Sedangkan semakin hari,semakin hampir diri kita dgn ajal.Nauzubillahiminzalik.

Wallahualam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia