Akhir-akhir ni aku sering mencari2 blog mengenai institusi perkahwinan.Bukan apa,sbg persediaan untk aku satu hari nnti..hehe(*berangan)
Dan aku sgt tkt dan terkejut melihat terlalu byk permasalahan n penceraian terutama yg dihadapi umat islam zaman ini.
Tetapi,dalam byk2 permasalahan,aku sgt kagum dgn tulisan seorang wanita y sudah 16 tahun berkahwin.Mempunyai 5 orang anak.Wanita yg sgt tabah dan patut dicontohi oleh wanita lain.
Suaminya mula berpaling arah pada saat mencecah umur 40 tahun.Bayangkan betapa hancurnya hati seorang wanita pabila mengetahui suami tercinta berpaling arah.Apatah lagi selepas 16 tahun bersama.Mungkin wanita itu tidak secantik dulu.Tetapi wanita itulah yang menjaga makan n minumnya.Melahirkan zuriatnya.
Tetapi yang mengkagum aku ialah cara penerimaan wanita tersebut.Wanita itu tidak marah2.tidak melenting.Tetapi menerima dgn redha.Masih melayan suami sepenuh hati.Tidak pernah kurang dari dulu walaupun hakikatnya hatinya telah dilukai
Kerana apa?
Kerana dia cintakan suaminya kerana Allah.Cintanya tetap ada walau suaminya tidak sehensem dulu.Walau garis2 kedut dan uban sudah mula tumbuh di kepala suaminya.Walau mungkin cinta suaminya tidak seperti dulu.
Dan apa yang aku ingin kongsikan ialah cara wanita tersebut menangani masalahnya.
Untuk menambat kembali hati suaminya,setiap hari dia membaca sepotong doa pelembut hati semasa memasak makanan suaminya,semasa mengosok baju suaminya dan semasa suaminya tidur.Dihembuskan keubun2 suaminya dengan penuh kasih syg.Mengharapkan Allah melembutkan hati suaminya tok kembali mencintainya seperti dulu.
Setahun kemudian,akhirnya doanya dimakbulkan.Suaminya kembali ke sisi wanita itu dan berjanji utk menjadi suami dan ayah yg lbh baik.itulah hadiah yang paling bermakna bagi wanita tersebut.
Jadi muslimah sekalian,marilah kita mengambil contoh dari wanita ini.Jika dengan bercinta kita dicurangi kita sudh rasa marah yg amat sgt sedang kt tahu dia bukan hak kita dan dah tentu2 permulaan yg tidak baik tidak mungkin akn mendpt berkat,mengapa kt masih marah.
Jika kita sudah berkahwin,kt diuji dgn mslh spt ini.tp kita tak menangani masalah dgn betul.Hanya dengan senangnya menganggap mungkin dia bukan jodoh kita tanpa melakukan apa2 ikhtiar utk menyelamatkan rumahtangga,ditakuti sememangnya dia jodoh kita tp ALLAH hanya ingin menguji kita.Jadi bergantung n bertawakallah pada Allah kerana Allah bersama org yg sabar.Jgn cepat melenting dan marah kerana stp yg terjadi ada hikmahnya.
Waallahualam
Friday, February 24, 2012
Tabahnya Seorang Wanita
Posted by Nur at 7:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment