CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 25, 2011

Redha

Lama aku fikir
cuba mencari
maksud redha

melepaskan
merelakan
bergantung sepenuhnya
pada Allah

jadi kerana itu
aku maafkan kau

sahabatku

ketika kau
ucapkan kata maaf
seharian aku
bercelaru

rasa tak sampai hati
sayu
walau mungkin
aku tak tahu
seikhlas mana
ape yang kau ucapkan
itu

sebab aku
sangat pasti
dengan apa
yang
aku nampak
walau kau
menafikan

tapi
aku ingin
bersangka baek
kerana
aku juga
hamba Allah
punya khilaf

aku serahkan pada Dia

hubungan saudara
antara kita
takkan putus

hanya sebab itu

aku redha
mungkin bukan rezeki aku

marah aku dah hilang
hati aku dah sejuk

walau kadang
aku marah dengan diri sendiri

kenapa terlalu mudah
kenapa senang
untuk aku berbaek
sedang aku terluka

tapi itulah konsep redha
iaitu menerima

apa sahaja
kita buat
kita tawakal
jangan pernah
rasa lemah
rasa kalah
kerana
kita ada doa

aku bukan insan yang baek
tapi insan
yang penuh dengan dosa
tapi aku ingin belajar
menjadi lebih baek

belajar

menghargai
menghormati
menyayangi
menjaga

diri sendiri
keluarga

dan

harga diri

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia