CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 9, 2011

MEngapa Allah Menggunakan Aku DAN Kami Didlm Alquran?

Pernahkah anda mengetahui mengapa Allah menggunakan kata ganti nama Aku dan juga Kami di dalam al-quran?

Sebelum ni,bila saya membaca tafsir al-quran saya selalu berasa hairan.Mengapa Allah menggunakan kata ganti nama Kami dan kadang2 Aku?.Tapi seringkali saya hanya membiarkan persoalan tu sahaja.Lemahnya manusia kerana jahil, tetapi enggan bertanya.

Hari ini persoalan saya akhirnya terjawab.

Lazimnya, Allah menggunakan kata ganti nama Kami apabila ada terlibatnaya pihak lain dalam perlakuan dan ketentuanNya.

Contohnya

Dalam pemberian rezeki kepada manusia,Allah menggunakan kata ganti nama Kami.Kerana dalam pemberian rezeki Allah libatkan matahari,hujan,air,haiwan,tumbuhan dan lain2.

Contoh lain

Buah-buahan yang dimakan manusia,ada campur tangan dari makhluk lain yg menyampaikan rezeki daripada Allah itu kepada kita

Ertinya

Makhluk telah dijadikan sebagai saluran rezeki daripada Allah kepada makhluk yang lain

kerana itu Allah menggunakan kata nama Kami

Allah menggunakan kata ganti nama Aku bila merujuk pada pengampunan dosa dan penerimaan taubat.

Dalam soal pengampunan dosa dan penerimaan taubat Allah menggunakan kata ganti namaNya sendiri dan tidak menggunakan 'saluran-saluran' dalam kalangan makhluk yang lain.

Maksudnya

Allah secara langsung akan mengampunkan hamba-hambanya yang bertaubat tanpa melaui perantaraan.

Mengapa?

Itulah bukti kebesaran Allah.Pada saluran rezeki terserlah kebesaran kerajaanNya yang maha luas.Itulah rahsia disebalik kata ganti nama Kami.Namun pada sifat pengampun dan penerimaan taubatNya terserlah keakraban dan keintimanNya yang mencecah hati manusia.Kerana itulah Allah menggunakan kata ganti nama Aku.

Moga ilmu ini dapat saya kongsikan bersama muslimah2 sekalian dan bersama2 lah kita mencari keredhaanNya dengan lebih mengenaliNya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia