CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 4, 2011

Ujian Dari Allah

Pernah tak kita merasa kerdil dan lemah.Melihat orang lain menuju ke hadapan.tetapi kita masih di situ.Masih dengan ujian yang sama.Orang menjadi lebih kuat dengan pelbagai dugaan yang mereka tempuhi,tapi kita masih disitu.Ujian yang sama yang tak pernah lepas.

Lemahnya pergantungan kita pada Allah.Bukan mudah untuk menjadi lebih baik.Seakan jihad dalam diri.Setiap hari bertarung dengan nafsu dan hati yang rapuh.Seringkali kita berkehendakkan sesuatu sedang kita tahu ia tidak baik untuk kita.

Ada satu kisah yang ingin aku sampaikan.Muga ia menjadi pengajaran untuk semua muslimah.

Bila kita lupa pada rahmatNya,bila kita menangisi ape yang kita kehilangan lebih dari mencari sebab mengapa Dia menginginkannya begitu,syaitan akan bersorak tanda kemenangan.

Maka terjadilah hypertension dimana ia selalu terjadi pada golongan wanita.Kerana fitrahnya wanita lebih lemah dari lelaki kecuali wanita yang beriman.Bila kita lemah tanpa kita sedari,kita lupa pada Dia.Kita lebih ingat pada kesedihan.Bila kita lemah,ada yang akan menumpang yakni jin dan syaitan.Dan kerana itu terjadilah histeria dan penyakit gila.

Hati terasa panas.Jiwa gelisah.Rasa ingin menjerit sekuat hati.Menangis tanpa henti.Pelajaran entah ke mana.Kesihatan merosot.Inilah permulaan histeria.Lihatlah bahayanye kesedihan.

Kerana itu kita sebagai muslimah mesti mempunyai perisai diri yakni iman.Kerana kita insan yang lemah dan beremosi.Percayalah setiap kepahitan pasti ada kemanisan.Ingat,keluarga adalah faktor utama dan yang paling penting dalam membina semula sahsiah diri.

Aku bersyukur padaMU ya Allah kerana aku mempunyai ibu bapa yang punyai ilmu agama.Maka aku terselamat dari gangguan jin dan syaitan.Bayangkan jika aku biarkan,mungkin aku juga akan menjadi gila kerana hypertension.Bayangkan berapa ramai wanita di luar sana yang terpaksa menelan ubat saban hari kerana penyakit ini.Nauzubillahiminzalik.

Muslimah yang dikasihi,

Kata-kata ini aku petik dari salah satu buku motivasi yang aku baca.Janganlah kita risau jika orang tidak menghargai kita tapi risaulah jika diri kita tidak berharga lagi.

Mengapa?

Kerana fitrahnya manusia Allah jadikan tidak pernah bersyukur.Jika kita melakukan sesuatu kebaikan untuk mengharapkan balasan dari manusia maka kita akan kecewa.Kerana fitrah manusia itu sering lupa dan tidak bersyukur.Berapa ramai manusia yang bersyukur pada Allah atas nikmat yang telah Dia berikan.Terlalu sedikit.Jadi buatlah sesuatu kerana Allah.Kerana Dia tidak pernah lupa.

Tuhan,
Aku insan yang lemah
Bantulah aku supaya dekat padaMu
Jauhkanlah aku pada perkara yang menjauhkan aku kepadaMu
Berilah aku keredhaan hati
Maafkan segala dosa-dosaku

Jika perkara yang aku sukai
Membawa keburukan kepadaku
Dan menjauhkan aku kepadaMu
Jauhkanlah ia daripada aku
Buangkanlah ia dari hatiku
Agar aku sentiasa berada dalam keredhaanMu
Berilah aku kekuatan
untuk taubat yang sebenar-benar kepadaMu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia