CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 9, 2012

Melembutkan hati suami


Perkahwinan tidak selalunya indah.Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menjayakan sesebuah perkahwinan .Jadi amat penting untuk kita sbg wanita belajar bagaimana untuk menghadapi sesuatu permasalahan dalam sebuah perkahwinan sebelum ia berlaku supaya kita tidak cepat melatah dan dapat menghadapi dgn tenang.

Kerana itu islam menitikberat pemilihan jodoh yang sekufu.Sekufu bkn dari segi harta,pangkat malah pendapat dan pandangan haruslah sekufu.Adakala apa yang kita fikir tidak sama dgn apa yang orang lain fikir.Kadang-kadang kita bermaksud lain tetapi yang difahami si dia lain.Jadi akan terjadilah perbalahan pendapat.Permikiran dan pendapat kita tidak dapat diterima oleh pasangan,maka akan terjadilah konflik di dalam sebuah rumahtangga.

Selalunya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi lazimnya pada seorang isteri.Justeru itu,sebagai isteri kita perlu tahu bagaimana harus menjadikan diri kita dihormati di mata suami,agar kita menjadi tempat untuk suami mendapatkan nasihat.Tidak terlalu bergantung pada suami.Pandai berdikari dan juga sering menjadikan suami sbg tempat untuk meminta pandangan dan nasihat.Walaupun adakalanya pandangannya tidak dapat kita terima,jangan terus bangkang tapi ambillah dan ikutilah mana yang kita rasa terbaik.Sentiasa tunjukkan contoh yang baik dan juga sentiasa sabar dgn kerenah suami.

Ramai diantara para isteri bermasalah dgn perkahwinan kerana tidak tahu cara untuk mengatasinya.Bila masalah terjadi,mereka berjumpa ustaz untuk meminta air tawar untuk melembutkan hati suami.Sedangkan doa yang paling mustajab adalah doa dari mulut seorang isteri.Lakukanlah solat hajat setiap hari.Lakukanlah solat malam agar dilembutkan hati suami.

Selain itu,cara yang diberikan oleh penceramah ustaz kazim elias yang aku dengar:

Baca surah al-fatihah 7 kali sewaktu membasuh beras untuk menanak nasi suami.

pada bacaan terakhir ..ihdinassuratolmustaqim,berhenti bacaan sebentar,kemudian ramas beras dan kemudian kacau kembali dan teruskan bacaan sehingga habis.Dan hembuskan pada beras dan tanak dan berilah suami makan dengan nasi itu.Mudah-mudahan dilembutkan hati suami supaya dapat berbincang apabila menghadapi masalah dgn baik dan dapat menerima dan mengikuti nasihat isteri.

Rasulullah bersabda:

"Janganlah seorang yang beriman itu membenci perempuan yang beriman(isterinya),kerana sekiranya dia membenci perempuan itu akan sesuatu, maka nescaya dia pun akan menyukai perempuan itu pada perihal yang lain"

Firman Allah

"...Dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isterimu) dengan cara yang baik.."An-Nisa':19

Wallahualam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia