CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 4, 2012

Syurga dunia




















Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita

Jika kita sentiasa tahu dan sedar,setiap detik kehidupan ini adalah dalam rancanganNya,kita tidak akan pernah rasa berputus asa.
Setiap kesusahan dan ujian yang diberikan akan dibalas dgn kenikmatan pada akhirnya.Allah itu maha adil dan tidak akan membebani hambanya dengan kesusahan selamanya.Ianya hanya ujian untuk kita sbg hambanya di dunia ini.Samaada sebagai penghapus dosa atau untuk peningkatan iman seseorang manusia itu.

Salah satu ujian yang paling berat yang kadang kita tidak sedari untuk seseorang manusia itu adalah rasa untuk memaafkan.

Memaafkan orang yang tak pernah ingin dimaafkan.Yang tak pernah meminta maaf atau ucapan maaf yang hanya dibibir.

Sukar kan

Rasa yang paling sukar adalah saat kita yang meminta maaf pada kesalahan yang kita sendiri tidak pasti.Dan yang paling perit bilamana orang tersebut tidak pernah menghargai.

Sakit kan

Itu ujian untuk kita.Ujian supaya kita dapat belajar mengikhlaskan diri.Belajar untuk memaafkan kerana Allah.Kerana demi mendapatkan keredhaanNya.meski hati ini bagai dihiris2.Pedihnya hanya tuhan yan tahu.Kerna jika selautan dosa kita,saat kita bertaubat Allah sentiasa mengampunkan hambaNya,apatah lagi kita yang cuma seorang hamba.

Percayalah

saat kita memaafkan dan perlahan-lahan melupakan meski terkadang sakit itu terasa juga,kita akan tenang.Kerana ketenangan itu hadiah dari Allah untuk hambanya yang bersabar.
Dan inilah yang kurasakan sekarang.Bagi aku,tiada apa yang boleh ditukarganti dengan harga sebuah ketenangan.

Harta yang melimpah,kawan yang ramai tidak akan ada erti jika kita tiada ketenangan.
Ketenangan terletak dihati insan yang dekat dengan ALLAH.Harta yang sedikit,kawan yang sedikit pun kita rasa cukup.

Kawan yang membahgiakan..keputusan yang makin naek..silaturahim dengan famili yang makin akrab..ibu bapa yang mendoakan untuk anak2..hati yang makin tenang..ibu bapa yang makin mendekatkan diri dengan Allah..ayah yang selalu menasihati..keperluan yang cukup..kasih sayang adik beradik..

Terima kasih ya Allah.Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Kau berikan untukku.

Wallahualam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia