CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 29, 2012

Kesakitan Itu akan HILANG bersama sebuah MEMORI

Bila engkau letih dan hilang semangat
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka
Allah telah mengira titis air matamu

Bila engkau merasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
Allah tetap bersamamu
Bila engkau kebuntuan akal
maka Allah adalah penunjuk jalan
apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah
~Facebook~

Tiada duka yang pernah abadi
Sampai satu saat duka itu akan berlalu pergi bersama sebuah memori

Percayalah

Rasa kesakitan itu akan menghakis sebuah memori
Membuat kita makin lupa dari hari ke hari
Kerana sebuah keazaman bersama doa yang dipanjatkan
Dan kerana titisan air mata keikhlasan agar dihilangkan kesakitan

Dan percayalah Allah itu sangat sayang pada kita
Dia akan beri apa yang kita minta
kerana air mata keikhlasan yang kita tumpahkan
kerana keazaman yang sepenuh hati
meminta kepadaNya
Dan kerana Dialah Tuhan yang maha mengasihani

Ya Dia telah beri
Dan yakinlah Dia akan beri
Cuma masih teguhkah keimanan ini disaat hati hanya disalut gembira?

Masih teguhkah hati ini mengingatiNya disaat duka berlalu pergi

Benarlah ujian yang susah itu adalah ujian disaat senang
Membuat kita sering lupa

Muslimah sekalian,
Pernah kita terfikir mengapa ALlah beri kesedihan ini pada kita
Kerana hanya dengan cara ini saja membuat kita lebih mengingatiNya
Dia beri kita ujian ini kerana kita orang yang mampu untuk melaluinya

Dia ingin beri kita peluang untuk mendekatiNya
Dia ingin beri kita peluang untuk menebus dosa-dosa kita
Dia rindukan hambanya
Dia ingin berikan kita syurga

Cuma kita yang tidak menyedarinya 

Wahai wanita jika anda adalah insan yang dipilih untuk bersedih
gunakanlah masa ini sebaiknya beribadah
menangis padaNya
meminta agar hidayah itu berkekalan dihatimu
kerana kamu mungkin tidak akan tahu
saat ujian ini berakhir
mungkinkah hati dan iman mu masih dapat teguh seperti di kala waktu itu.

saya bukan wanita yang solehah
ya saya memang bukan
tapi saya wanita yang cuba mensolehkan diri

saya wanita yang cuba memuhasabahkan diri
melalui tulisan sendiri
disaat saya mula lupa

saya menulis walau saya bukan seorang daie mahupun ustazah
saya cuma wanita biasa
cuma satu yang saya harapkan
jika satu saat saya pergi
saya masih dapat memberi
satu bahagian dari diri dan hidup saya
untuk dijadikan pedoman dan iktibar pada insan lain
dan mengharapkan pahala yang berterusan
yang dapat di salurkan
bagi membantu saya diakhirat sana

Wallahualam

1 comments:

Anonymous said...

Combien de trafic de blog aura une incidence sur mon blog si je convertir mon nom de blog avec un nom de domaine différent?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia