"Manusia itu tiada yang sempurna"
Kita boleh lihat dari luaran
menilai sesuatu atas dasar fizikal.Bila kita lihat blog2 orang kita
merasakan seperti dia sempurna.Tapi cubalah kita berada di tempatnya
baru kita sedar betapa byk kekhilafan yang ada.Kita tak sempurna,cuma
kita manusia yang belajar untuk menjadi sempurna.Mungkin tidak
sesempurna saidatina aisyah r.a tapi sebagai wanita solehah di akhir
zaman.
Kadang susah bila kita menulis dan orang mengenali
kita.Lebih mudah rasanya menjadi anonymous.Serba salah takut yang kita
tulis dirasakan menuju pada seseorang.Sedangkan ape yang ditulis adalah
sekadar pengongsian ilmu sedikit sebanyak supaya memanfaat pada orang
lain yang membacanya.
Sewaktu perjalanan aku pulang ke
kampung halaman bersama seorang teman,sahabatku bertanya "Kita ada
problem lah awak"."Problem ape ye??"."Kawan kita,dia tengah
sedih"."Kenapa??"."Pakwe dia bertunang dgn orang laen.Awak ape kita nk
wat ye??".Aku diam sejenak.Tak tahu nak berkata apa.Serasa aku bukanlah
orang yang sepatutnya untuk memberi nasihat."Apa yang kita mampu
buat.Kena bersabar dan banyak berdoalah"."Tapi masalahnya
besar"."Maksudnya??"."Kawan kita dah terlanjur".Tergamam sekejap.Tak
tahu nk bagi reaksi yang bagaimana."Lelaki selalu mcm tu kan.Kalau kawin
salu nk yang baek2 je".Aku masih lagi diam,tak tahu bagaimana mahu
memberi respon.sambungnya lagi "Kenapa ye,laki yang tak baek tp dapat
pmpan yg baek.Selalu mcm tu".
Kali ni aku menjawab"Macam mana awak begitu yakin yang lelaki tu mendapat perempuan yang baek??".
"Sebab
dia tinggalkan kawan kita"."Percaya tak janji Allah,laki yang baek
untuk perempuan yang baek dan lelaki yang tak baek untuk perempuan yang
tak baek"."Percaya..tapi.....".
"Setiap perbuatan manusia
walau sebesar zarah pun akan dinilai oleh Allah.Bagaimana dia akan
mendapat orang yang baek jika dia sanggup menganiaya orang laen.Kebaekan
manusia terletak dihati.Hanya Allah yang dapat menilai hati dan iman
seseorang itu.Kita mungkin rasa sekarang yang laki itu beruntung walau
tak baek tapi dapat orang yang baek tapi adakah kita tahu apa yang akan
berlaku mungkin 10 tahun akan datang.Berkat ke perkahwinan yang dimulai
dengan penganiyaan pada orang lain"."Betul jugak kan.Tak terfikir".
"Bagi
kita yang penting sekarang bukan soal laki itu mempunyai orang lain
tapi adakah membe awak tu dah betol2 bertaubat.Kalau belum buatlah
taubat nasuha.Kalau didunia Allah tetapkan hukuman bagi orang yang
berzina 100 kali sebatan apatah lagi di akhirat.Soal hukuman tu urusan
Allah.Kalau kita yakin Allah selalu bersama dgn kita,rasa dianiaya itu
takkan menjadi satu isu.Bukan ke Allah tu yang maha menghakimi".
"Hukuman
dari ALlah itu boleh jadi dalam pelbagai bentuk.Tiada ketenangan
hati.Rumah tangga tunggang langgang.Sukar mendapat rezeki.Anak2 yang tak
mendengar kata.Tiada cahaya mata.Itu baru di dunia belum lagi di
akhirat.Bukanlah bermaksud untuk kita mendoakan yang tidak baek.Tapi
supaya kita sedar kita cuma hambanya dan urusan menghakimi adalah urusan
Allah.Dan jika kita yakin itu,rasa dianiayai takkan pernah timbul".
"Orang
yang bertaubat itu boleh jadi orang yang lebih baek dari orang yang tak
melakukan dosa.Mengapa?.Kerana mungkin bila kita rasa tidak melakukan
dosa kita berada di ruang comfort zone.Tiada penyerahan yang sepenuhnya
meminta kemaafan dari Allah.Dan boleh jadi kita merasa kita tidak
melakukan dosa tapi bila ditimbang2 dosa kita melebihi dosa orang y
melakukan dosa.Jadi apa pun mintalah ampunan dari Allah.Allah itu maha
pengampun "."Bagaimana ye kalau kita nak tahu laki tu dah bertaubat"."Hanya Allah yang tahu.Allah yang tahu akan hati manusia itu.Tapi sudah tentu2 orang yang bertaubat tidak akan meninggalkan orang lain sebegitu.Jika seseorang itu lebih membuat sesuatu demi kepentingan diri dan meninggalkan seorang perempuan tanpa membela maruah perempuan tersebut, adakah boleh dikira lelaki itu telah bertaubat?.Sedangkan rasulullah sendiri mengahwini janda2 untuk memelihara maruah seorang perempuan tanpa kepentingan diri sendiri,apatah lagi jika ianya dari perbuatan sendiri "
Itulah sedikit sebanyak perbualan aku
dengan seorang sahabat.Tidak dinafikan di akhir zaman ini terlalu ramai
wanita yang menjadi mangsa sebegini.Ambillah iktibar.Mintalah
perlindungan dari Allah.Dan satu lagi kisah yang ingin aku kongsikan
iaitu pengalaman salah seorang profesor aku.Kisah seorang wanita yang
telah bertaubat dan ganjaran yang Allah kurniakan pada beliau.
Melihat
perwatakan beliau tidak akan seorang pun yang dapat mengagak pengalaman
pahit yang pernah beliau alami.Seorang pensyarah bergelar
profesor,mempunyai rumah dan kereta yang agak mewah.Suami yang sangat
romantis bagiku.Anak2 yang comel.Wajah yang sentiasa tersenyum.Tapi
siapa sangka suami yang sekarang adalah suami yang kedua.
Beliau
menceritakan bagaimana beliau dahulu seorang yan liar dan tidak
mendengar kata ibu bapa.Beliau berkenalan dengan seorang jejaka bangsa
lain yang bukan beragama islam.Tapi kerana cinta beliau mengahwini
lelaki itu walaupun tanpa persetujuan ibu bapa.Saat beliau di US semasa
menyambung master disana dan setelah dikurniakan anak yan kedua,suaminya
berpaling arah.Lagi2 apabila tinggal di negara asing,suaminya mula
menunjukkan belang.Beliau diceraikan.Dengan hanya bantuan scholar untuk
membesarkan anak2 sudah tentu ianya tidak mencukupi.Beliau menceritakan
bagaimana masa itu susu anak habis dan beliau terpaksa menikat perut.Dan
malam itu beliau menunaikan solat nisfu syaaban berdoa memohon
pertolongan dari Allah.Keesokannya beliau berjalan tanpa arah tujuan
untuk mencari makanan,tiba2 datang seorang yang tak dikenali memberi
duit pada beliau.Ketika itu rasa kesyukuran yang tidak terhingga
dipanjatkan pada Allah.
Setelah membeli susu,sekali lagi
beliau berjalan.Tiba2 beliau terjumpa satu kertas yang menawarkan
perkerjaan sebagai pengajar dan kebetulan ianya bertarikh pada hari
itu.Beliau terus pergi untuk ditemuduga dan yang amat mengejutkan hanya
beliau sahaja yang datang untuk ditemuduga.Akhirnya beliau mendapat
perkerjaan tersebut.
Dan yang paling mengharukan
aku,pabila beliau bercerita bagaimana beliau merasa susah untuk
membesarkan anak2 tanpa kehadiran suami.Dan lai sekali dimalam nisfu
syaaban beliau meminta agar dikurniakan seorang suami yang dapat menjaga
beliau dan anak2.Dan sesungguhnya Allah itu maha pengasih pada
hambanya.Selang beberapa bulan beliau dipinang oleh seorang jejaka yang
berusia 26 tahun yang kini menjadi suaminya.Suami yang sangat romantis
bagiku sedangkan pada masa itu beliau sudah mencecah 40 tahun.Bayangkan
perbezaanya.Sesungguhnya ketika kita meminta yang terbaek,Allah akan
memberi yang lebih baek.Dan itulah sebaek ganjaran pada orang2 yang
bersabar.Semoga ianya menjadi iktibar kpd kita.
Wallahualam
Saturday, May 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment