CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 25, 2012

Sampai bila aku harus dihanyutkan dengan perasaan ini?


"Sampai bila aku harus dihanyutkan dengan perasaan ini?"

Aku sangat terpanggil untuk menjawab persoalan ini.Soalan yang aku ambil dari sebuah blog yang aku baca.Tulisan hati dari wanita sepertiku.

Dulu,persoalan inilah yang selalu bermain-main dibenakku.Sampai bila?

Dan siapa sangka hari ini,sakitnya makin hilang dari hari ke hari.Seperti yang pernah aku ceritakan pada entri yang lepas.Melupakan adalah mustahil kerana ia terlekat dihati dan fikiran kita.Tetapi redhalah dan jadikanlah kenangan itu satu memori yang terindah dalam hidup kita.

Di sini aku ceritakan serba sedikit kisah antara aku dan dia.

Perkenalan kami sejak di bangku sekolah lagi.Bermula dari sahabat baik aku mula rapat dengannya.Oleh kerana terlalu rapat bibit cinta mula terbit di hati kami dan kami mula menjalinkan cinta.7 tahun perkenalan.

Dan aku sedar kesilapan aku dulu.Seusia 16 tahun aku cumalah remaja yang diselimuti dengan manisnya cinta.Dan aku fikir dialah cinta pertama dan terakhir sekaligus lelaki yang bakal menjadi suami dan pembimbingku.

Oleh kerana terlalu lama menjalinkan cinta maka semakin sukar untukku melepaskannya pergi.Satu jawapan dariku mungkin tiada jodoh antara kami.Mungkin aku pernah terluka tapi satu aku tidak pernah menyesal dengan kenangan ini.

Kenangan ini mengajar aku untuk lebih mencintaiNya.Kenangan ini menjadikan aku wanita yang lebih tabah dan matang.Kenangan ini juga mengajar aku agar tidak melatah lagi jika satu hari aku ditimpakan dengan ujian yang sama seperti ini contohnya selepas berkahwin.

Sungguh aku tidak pernah membenci dia.Malah aku sangat berterima kasih padanya untuk memori yang indah ini.Ya, hati ini pernah terluka tapi itu tidak bermakna tiada kebaikan padanya.Mungkin situasi,keadaan dan persekitaran yang menjadikan dia begitu.Mungkin dia tidak pernah bermaksud malah mungkin kesalahan itu pun tidak dia sengajakan.

Jadi dengan tulus hati aku memaafkan dia dan mendoakan agar dia bahgia dengan jalan yang dipilihnya.

Muslimah sekalian,

Bukalah hati dan maafkanlah dengan seikhlas hati.Itulah kuncinya.Dan perlahan-lahan hatimu akan tenang.

"Ya Allah, mengapa aku harus menempuhi ujianmu dengan cara sebegini?"

Kerana inilah selemah-lemah ujian untuk kita.Kerana jika Dia memberi ujian yang lain belum tentu kita mampu untuk mengatasinya.Kerana ujian inilah yang bersesuian dengan kemampuan kita.Jadi kita harus bersyukur dengan ujian ini.

Jika hati kita belum tenang bererti belum cukup lagilah amalan kita untuk menebus dosa-dosa lalu.Belum dekat lagilah hati kita denganNya.Belum cukup lagilah doa kita padaNya.

Maka teruskan perjuanganmu muslimah sekalian untuk mendekatkan lagi diri padanNYA.Ya ianya tidak mudah.Dan tidak akan pernah mudah.Tapi percayalah ianya tidak mustahil.Melupakan memang satu perkara yang amat sukar dan hampir mustahil tapi percayalah  sakit yang terasa itu akan berkurangan.

Dan satu saat bila sakit itu benar-benar hilang,kau akan tersenyum bahagia.Tersenyum dengan sebuah kenangan lalu.Tersenyum dengan saat indah itu.Dan tersenyum dengan pengajaran yang dapat kau ambil dari kisah itu.Dan dengan senyuman dan hati yang tenanglah dapat kau bangkit semula dan mendoakan agar kisah hidupmu yang akan datang seindah kisah Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s.Agar kisah hidupmu itu dapat kau coretkan untuk menjadi tauladan pada anak-anakmu di masa akan datang.

Ikhlas dari hati saya,
Nur 


Wallahualam




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia