CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 21, 2012

Para isteri..Jom ikut





















Penah x dengar satu kisah,di zaman Rasullulah.Ada seorang wanita yang digelar isteri yang solehah oleh baginda Rasullulah.

Bagaimana beliau mendapat gelaran itu?

Satu hari,suami sang wanita itu keluar berhijrah atas urusan kerja.Tidak lama kemudian,anak wanita itu sakit lalu meninggal dunia.Beliau pun terus menguruskan jenazah anak bersendirian tanpa memberitahu suami kerana tidak ingin menganggu saat suaminya berkerja.

Sepulangnya sang suami ke rumah,wanita itu menyambut suaminya dengan senyum dibibir,memakai pakaian yang paling cantik,berhias dan melayan suaminya dgn layanan yang istimewa.Wanita itu langsung tidak menunjukkan kesedihannya pada suami malah melayanya dgn penuh kasih sayang.

Setelah itu,barulah wanita itu bertanya kepada suaminya."Abang,kalau orang bagi pinjam barang pada kita dan dia mahu mengambilnya semula,abang akan marah ke?".Jawab sang suami "Mestilah tak,dah bukan kita punya"."Jadi kalau Allah ambil anak kita?"

Terkejut sang suami apabila kematian anaknya tidak diberitahu kepadanya.Lalu sang suami mengadu pada Rasullulah dan menceritakan hal tersebut.

Jawab Rasullulah"Itulah isteri yang solehah."

Pernah anda mendengar kisah ini?
Saat aku pertama kali mendengar kisah ini,aku berasa amat kagum.Seandainya aku boleh berjumpa dengan wanita ini.

Apabila anda merasa suami anda tidak tahu bertolak ansur.Tidak mahu berbincang dan tidak pernah mahu beralah dan tidak mahu menerima nasihat fikirkan kembali,adakah kamu juga telah sempurna menjalankan tanggungjawab seorang isteri kepadanya.

Banyak kisah-kisah yang boleh kita ambil sebagai contoh untuk kita ikuti seperti kisah diatas.
Apa kata andai kita tahu suami kita susah untuk menerima nasihat,tukar cara teguran kita.Adakala lelaki mudah merasa tercabar dengan teguran seorang wanita,maka kita yang bersalah kerana tidak mencari cara yang terbaek untuk menegur.

Teguran yang baek,adalah teguran yang dapat menyentuh hati suami sedikit demi sedikit untuk terus berubah.

Seperti kisah diatas,cuba kita tanya pada suami "Abang,kalau abang ada sahabat.Sahabat abang sayangkan abang.Dia nak abang berubah lalu dia nasihatkan abang.Abang akan marah tak?"."Kalau teguran tu untuk membina,abang tak marahla"."Emmm,cane pulak kalau seorang isteri yang sangat menyintai suami dia,nak tegur untuk membina.Abang akan marah tak? "

Insyallah dengan cara yang sebegini,suami kita pastinya akan tersentuh dan cuba berubah sedikit demi sedikit.Orang yang berkahwin itu,telah sempurnakan separuh dari imannya.Kerana setiap kesabaran,layanan,senyuman,perhiasan untuk suami itu adalah satu ibadah.Maka tinggal lagi separuh sahaja untuk kita lengkapkan untuk mengejar akhirat sana.Maka beruntunglah wanita yang solehah yang sentiasa menyenangi hati suami kerana syurgalah tempat untuknya di akhirat kelak.

Wallahualam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia