CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 21, 2012

Para isteri..Jom ikut





















Penah x dengar satu kisah,di zaman Rasullulah.Ada seorang wanita yang digelar isteri yang solehah oleh baginda Rasullulah.

Bagaimana beliau mendapat gelaran itu?

Satu hari,suami sang wanita itu keluar berhijrah atas urusan kerja.Tidak lama kemudian,anak wanita itu sakit lalu meninggal dunia.Beliau pun terus menguruskan jenazah anak bersendirian tanpa memberitahu suami kerana tidak ingin menganggu saat suaminya berkerja.

Sepulangnya sang suami ke rumah,wanita itu menyambut suaminya dengan senyum dibibir,memakai pakaian yang paling cantik,berhias dan melayan suaminya dgn layanan yang istimewa.Wanita itu langsung tidak menunjukkan kesedihannya pada suami malah melayanya dgn penuh kasih sayang.

Setelah itu,barulah wanita itu bertanya kepada suaminya."Abang,kalau orang bagi pinjam barang pada kita dan dia mahu mengambilnya semula,abang akan marah ke?".Jawab sang suami "Mestilah tak,dah bukan kita punya"."Jadi kalau Allah ambil anak kita?"

Terkejut sang suami apabila kematian anaknya tidak diberitahu kepadanya.Lalu sang suami mengadu pada Rasullulah dan menceritakan hal tersebut.

Jawab Rasullulah"Itulah isteri yang solehah."

Pernah anda mendengar kisah ini?
Saat aku pertama kali mendengar kisah ini,aku berasa amat kagum.Seandainya aku boleh berjumpa dengan wanita ini.

Apabila anda merasa suami anda tidak tahu bertolak ansur.Tidak mahu berbincang dan tidak pernah mahu beralah dan tidak mahu menerima nasihat fikirkan kembali,adakah kamu juga telah sempurna menjalankan tanggungjawab seorang isteri kepadanya.

Banyak kisah-kisah yang boleh kita ambil sebagai contoh untuk kita ikuti seperti kisah diatas.
Apa kata andai kita tahu suami kita susah untuk menerima nasihat,tukar cara teguran kita.Adakala lelaki mudah merasa tercabar dengan teguran seorang wanita,maka kita yang bersalah kerana tidak mencari cara yang terbaek untuk menegur.

Teguran yang baek,adalah teguran yang dapat menyentuh hati suami sedikit demi sedikit untuk terus berubah.

Seperti kisah diatas,cuba kita tanya pada suami "Abang,kalau abang ada sahabat.Sahabat abang sayangkan abang.Dia nak abang berubah lalu dia nasihatkan abang.Abang akan marah tak?"."Kalau teguran tu untuk membina,abang tak marahla"."Emmm,cane pulak kalau seorang isteri yang sangat menyintai suami dia,nak tegur untuk membina.Abang akan marah tak? "

Insyallah dengan cara yang sebegini,suami kita pastinya akan tersentuh dan cuba berubah sedikit demi sedikit.Orang yang berkahwin itu,telah sempurnakan separuh dari imannya.Kerana setiap kesabaran,layanan,senyuman,perhiasan untuk suami itu adalah satu ibadah.Maka tinggal lagi separuh sahaja untuk kita lengkapkan untuk mengejar akhirat sana.Maka beruntunglah wanita yang solehah yang sentiasa menyenangi hati suami kerana syurgalah tempat untuknya di akhirat kelak.

Wallahualam

Friday, March 16, 2012

Ketika Allah Ciptakan Wanita














Ketika Allah menciptakan wanita,

Mala...ikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

from:https://www.facebook.com/blogceritamamat

Tuesday, March 13, 2012

Sahabat usah tangisi cinta

Semalam,seorang sahabat aku sekali lagi menangis kerana cinta.Dan aku sebagai seorang sahabat turut merasa pedih.Pedih melihat titisan air mata kaum ku sendiri kerana seorang lelaki.Sahabat kuatlah,jangan dibazirkan air matamu.Tempoh setahun pengenalanmu terlalu singkat.Jika dari awal kamu sudah tahu perangainya,mengapa ingin membenarkan hati untuk terus dilukai.Bagaimana aku harus memberitahunya?.Apakah kau fikir dgn masa dia akan terus berubah.Tidak sahabatku.Percayalah dia akan melayanmu dgn teruk dan makin teruk dari hari ke hari.Kerana saat pertama kali rasa hormatnya padamu sudah hilang,ia akan terus hilang dan hilang.

Kecuali dia dapat petunjuk dari Allah.Tetapi seseorang tidak akan dapat petunjuk melainkan dia sendiri yang mencarinya.Titiskan air matamu pada Allah,agar dikurniakan dgn insan yang lebih baik.Dan seandainya dia yang terbaik yakinlah dia akn datang kembali padamu dengan keadaan diri yg dah bertaubat.Jangan perhambakan dirimu dgn cinta.

Fikir dgn hati yang waras,mengapa Allah menginginkan begitu.Kerana dia tidak baik untukmu.Percayalah dgn janji Allah.Wanita yang baek untuk lelaki yang baek.

Sahabatku,aku tidak bercakap kerana aku tidak faham.Tapi aku bercakap atas dasar seorang wanita yang turut pernah merasainya.Dan sesungguhnya aku telah pun melaluinya.

Lakukan solat malam.Persolehkan dirimu.Solat di awal waktu.Lakukan solat hajat minta padaNya.Jangan lupa mengaji setiap hari walau hanya satu muka surat.Kerana percayalah,perkara yang baik apabila ditinggalkan walau satu hari,untuk memulakan kembali sgt susah.Dan percayalah setelah itu kau akan menjadi wanita yang paling bahagia di dunia dan akhirat.Insyaallah.


Wallahualam

Friday, March 9, 2012

Melembutkan hati suami


Perkahwinan tidak selalunya indah.Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menjayakan sesebuah perkahwinan .Jadi amat penting untuk kita sbg wanita belajar bagaimana untuk menghadapi sesuatu permasalahan dalam sebuah perkahwinan sebelum ia berlaku supaya kita tidak cepat melatah dan dapat menghadapi dgn tenang.

Kerana itu islam menitikberat pemilihan jodoh yang sekufu.Sekufu bkn dari segi harta,pangkat malah pendapat dan pandangan haruslah sekufu.Adakala apa yang kita fikir tidak sama dgn apa yang orang lain fikir.Kadang-kadang kita bermaksud lain tetapi yang difahami si dia lain.Jadi akan terjadilah perbalahan pendapat.Permikiran dan pendapat kita tidak dapat diterima oleh pasangan,maka akan terjadilah konflik di dalam sebuah rumahtangga.

Selalunya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi lazimnya pada seorang isteri.Justeru itu,sebagai isteri kita perlu tahu bagaimana harus menjadikan diri kita dihormati di mata suami,agar kita menjadi tempat untuk suami mendapatkan nasihat.Tidak terlalu bergantung pada suami.Pandai berdikari dan juga sering menjadikan suami sbg tempat untuk meminta pandangan dan nasihat.Walaupun adakalanya pandangannya tidak dapat kita terima,jangan terus bangkang tapi ambillah dan ikutilah mana yang kita rasa terbaik.Sentiasa tunjukkan contoh yang baik dan juga sentiasa sabar dgn kerenah suami.

Ramai diantara para isteri bermasalah dgn perkahwinan kerana tidak tahu cara untuk mengatasinya.Bila masalah terjadi,mereka berjumpa ustaz untuk meminta air tawar untuk melembutkan hati suami.Sedangkan doa yang paling mustajab adalah doa dari mulut seorang isteri.Lakukanlah solat hajat setiap hari.Lakukanlah solat malam agar dilembutkan hati suami.

Selain itu,cara yang diberikan oleh penceramah ustaz kazim elias yang aku dengar:

Baca surah al-fatihah 7 kali sewaktu membasuh beras untuk menanak nasi suami.

pada bacaan terakhir ..ihdinassuratolmustaqim,berhenti bacaan sebentar,kemudian ramas beras dan kemudian kacau kembali dan teruskan bacaan sehingga habis.Dan hembuskan pada beras dan tanak dan berilah suami makan dengan nasi itu.Mudah-mudahan dilembutkan hati suami supaya dapat berbincang apabila menghadapi masalah dgn baik dan dapat menerima dan mengikuti nasihat isteri.

Rasulullah bersabda:

"Janganlah seorang yang beriman itu membenci perempuan yang beriman(isterinya),kerana sekiranya dia membenci perempuan itu akan sesuatu, maka nescaya dia pun akan menyukai perempuan itu pada perihal yang lain"

Firman Allah

"...Dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isterimu) dengan cara yang baik.."An-Nisa':19

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Berita Tentang Islam Di Seluruh Dunia